Mohd Apandi Original

Mohd Apandi Original Kongsi kebaikan dan kasih sayang sesama insan.

Assalamu'alaikum semua. Saksikan AzymaCare bersiaran di Wow Shop TV9 bermula 9.30 pagi, hari ini Selasa 27hb May 2025Doa...
26/05/2025

Assalamu'alaikum semua.

Saksikan AzymaCare bersiaran di Wow Shop TV9 bermula 9.30 pagi, hari ini Selasa 27hb May 2025

Doakan dipermudahkan segala urusan. Aamiiin3x

Appreciate Life - Hargai kehidupan
www.azymacare.com

Reset MindaPesanan untuk diri sendiri dan familyMarilah kita berusaha untuk memudahkan dan memberikan kegembiraan dalam ...
28/10/2024

Reset Minda

Pesanan untuk diri sendiri dan family

Marilah kita berusaha untuk memudahkan dan memberikan kegembiraan dalam hati saudara seagama kita. Mudah2an kita termasuk dalam mafhum hadis-hadis berikut. Aamiiin3x

1. Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah swt ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (Al-Baihaqi)

2. “Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah selepas amalan-amalan yang fardhu ialah menggembirakan seorang muslim, engkau berikan pakaian untuk menutup auratnya, atau engkau mengenyangkannya ketika dia kelaparan, atau engkau tunaikan hajatnya.” At-Tabrani.

3. Daripada Aisyah r.a. “Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali Syurga.” At-Tabrani.

Hidup biarlah beramal mati biarlah berbekal
Setiap saat berharga setiap saat dikira

Appreciate Life - Hargai kehidupan

Success demands these 6 things..  1.  Hard Work Don't believe in luck, believe in hard work. Stop trying to rush the pro...
21/10/2024

Success demands these 6 things..

1. Hard Work

Don't believe in luck, believe in hard work.

Stop trying to rush the process or searching for a shortcut.

There is none.

2. Patience

If you are losing the patience, you are losing the battle.

First nothing happens, then it happens slowly and suddenly all at once.

Most people give up at stage one.

3. Sacrifice

If you don't sacrifice for what you want, then what you want becomes the sacrifice.

Everything has its price. The question is: Are you ready to pay it for the life you desire?

4. Consistency

Consistency is what transforms average into excellence.

Without consistency, you will never achieve greater success.

5. Discipline

Motivation gets you going, but discipline keeps you growing.

There will be days when you don't “feel” like doing it.

You have to push through those days regardless of how you feel.

6. Self Confidence

Confidence is, I'll be fine if they don't like me.

Keep following

Terjumpa gambar lama semasa Hari Raya.Kami mengenali dan mengakui mereka ini adalah orang-orang yang baik dan daripada k...
11/10/2024

Terjumpa gambar lama semasa Hari Raya.

Kami mengenali dan mengakui mereka ini adalah orang-orang yang baik dan daripada keturunan orang yang baik-baik juga. Alhamdulillah

Sekian dimaklumkan. Lokasi adalah rahsia.

Hidup biarlah beramal mati biarlah berbekal
Setiap saat berharga setiap saat dikira

Appreciate Life - Hargai kehidupan

20/09/2024

AGSB berani mengiklankannya di lokasi yang paling sibuk kerana yakin ia produk berkualiti malah telah diperakui oleh pakar luar negara.

Cubalah sendiri untuk merasai kelebihannya dan pasti akan dapat membantu menyelesaikan masalah anda sekeluarga. Insya Allaah

Dermatologist Tested ✅️
Halal Jakim ✅️
Berada di Farmasi (terpilih) ✅️

Dapatkan segera di www.azymacare.com atau di semua saluran pemasaran yang ada serta associates kami di seluruh negara.

Kini AzymaCare telah berusia lima (5) tahun. Terima kasih kerana terus menyokong kami.www.azymacare.com
18/09/2024

Kini AzymaCare telah berusia lima (5) tahun. Terima kasih kerana terus menyokong kami.

www.azymacare.com


Cubaan scam daripada scammer berterusan. Semangat juang yang patut dicontohi tetapi sepatutnya dihalakan kepada perkara-...
18/09/2024

Cubaan scam daripada scammer berterusan. Semangat juang yang patut dicontohi tetapi sepatutnya dihalakan kepada perkara-perkara baik dan Taqwa.

Allahu musta'an

Assalamu'alaikum semua sahabat-sahabat. AWAS !!!Beginilah bermulanya modus operandi Scammer utk memperdayakan mangsa mer...
15/09/2024

Assalamu'alaikum semua sahabat-sahabat.

AWAS !!!

Beginilah bermulanya modus operandi Scammer utk memperdayakan mangsa mereka. Bermula dengan menggunakan gambar profile dan nama seseorang yg kita kenali. Mereka akan menghantar jemputan dan minta kita supaya membuka link PDF berkenaan.

PERINGATAN !!!

Jangan sekali-kali membuka link berkenaan.

Hidup biarlah beramal mati biarlah berbekal
Setiap saat berharga setiap saat dikira

Appreciate Life - Hargai kehidupan

13/09/2024

Kes Scammer

Saya telah dapat menguasai dan mengawal sepenuhnya semula aplikasi whatsapp dan fb saya pagi ini (Sabtu, 14hb September 2024). Alhamdulillaah

Saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat atas segala kesulitan dan gangguan.

Berikut kronologi gangguan Scammer:

1. Selepas Solat Subuh (Jumaat, 13hb September 2024), Sy telah mendapat whatsapp daripada no telefon (tidak didaftarkan) dari seseorang yang sangat dihormati dan dikenali yg mengirimkan 'Jemputan Kahwin' melalui PDF Link.

2. Aplikasi WA dan fb saya mula mengalami gangguan dan tidak dapat di akses atau dikawal. WA (sepenuhnya) dan fb (sebahagian).

3. Pukul 9.20 pagi mendapat panggilan telefon daripada sahabat yang inginkan pengesahan samada betul sy ada mengirim WA dan meminta bantuan kewangan.

4. Laporan polis dan beberapa usaha lain utk mengawal dan mengurangkan risiko kerugian dilakukan.

5. Panggilan telefon daripada rakan-rakan masuk bertalu talu samada memberikan makluman atau meminta pengesahan.

6. Setakat pengetahuan dan pemakluman, terdapat 3 orang mangsa yang telah berjaya diperdaya. Allahu musta'an.

Pengajaran:
1. Jangan terlalu cepat bertindak untuk 'memberikan bantuan kewangan'.
2. Segera hubungi (pengirim WA) utk mendapatkan kepastian melalui telefon atau video call.
3. Abaikan komunikasi yang pelik dan meragukan.

Akhir kalam:
Saya Mohd Apandi Hussian ingin memohon jutaan ampun maaf atas sebarang kesulitan dan kerugian. Sy juga berdoa supaya Allaah swt memberikan ganjaran terbaik kepada yang terkesan dan mendoakan supaya Allaah swt membalas dengan hukuman yang berat di dunia dan akhirat kepada si pelaku dan kumpulan mereka. Aamiiin3x

Hidup biarlah beramal mati biarlah berbekal
Setiap saat berharga setiap saat dikira

Appreciate Life - Hargai kehidupan

Awas semua... jgn sampai ada yg terkena.Jika perlu sila buat laporan polis, penama NURULAIN BINTI ALI beserta no akaun i...
13/09/2024

Awas semua... jgn sampai ada yg terkena.
Jika perlu sila buat laporan polis, penama NURULAIN BINTI ALI beserta no akaun ini adalah rakan subahat scammer.

Laporan polis telah dibuat. Semoga Allaah swt memelihara kita semua. Aamiiin3x Ya Rabb

Solat Subuh hari ini (Selasa) di Masjid Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota.Selesai solat, semasa bersalam salaman kami per...
06/09/2024

Solat Subuh hari ini (Selasa) di Masjid Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota.

Selesai solat, semasa bersalam salaman kami perasan seperti mengenali jemaah di sebelah, kemudian mengekori beliau hingga ke perkarangan masjid.

Datuk Munir kann ??. Yer sy Munir.

Kuat sungguh ingatan beliau. Alhamdulillah

Kami pernah bersama semasa bertugas di Jabatan Syariah Takaful Nasional manakala beliau merupakan salah seorang Penasihat Syariah. Paling akhir, ketika kami menjadi moderator forum khas selepas pemergian Tuan Guru Dato Dr Haron Din di Pusat Islam 6/7 tahun lepas.

Beliau masih ingat ada peristiwa lucu berlaku semasa beliau terlajak masa kerana terlalu asyik ketika menceritakan pengalaman beliau bersama ATGUH.

Semoga YBhg Datuk Dr Abdul Munir Yaakob sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allaah swt serta dipermudahkan segala urusan. Aamiiin3x

Hidup biarlah beramal mati biarlah berbekal
Setiap saat berharga setiap saat dikira

Appreciate Life - Hargai kehidupan

Address

Jalan Semarak Api 3
Kuala Lumpur
53000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Apandi Original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Apandi Original:

Share