05/09/2026
🌿 PROGRAM RESIDENSI 3 HARI 2 MALAM
KEMBALI KEPADA DIRI YANG SIHAT & SEJAHTERA SECARA ALAMI 2026
Untuk sesiapa sahaja individu, pasangan suami-isteri, keluarga dan pasukan organisasi.
Di Alambumi Raudhah Mutqan Sg Congkak, Batu 20.5, Hulu Langat
Pilih tarikh anda:
🏃 18-20 September 2026
🏃 16-18 Oktober 2026
🏃 27-29 Oktober 2026
🏃 17-19 November 2026
🏃 15-17 Disember 2026
BAGAIMANA JIKA ANDA TIDAK BOLEH MENYERTAI MANA-MANAPUN PROGRAM PADA TARIKH DI ATAS TETAPI INGIN SANGAT MENYERTAI DAN MELALUI PROGRAM INI?
Anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan tarikh yang khusus disediakan untuk kump**an anda meskipun untuk 2 orang.
KENAPA
Berikan diri anda ruang untuk berhenti seketika, berehat, belajar dan membina semula gaya hidup dalam suasana alam semula jadi yang tenang dan menyegarkan. Pemulihan diri tidak boleh ditangguhkan.
Program residensi 3 Hari 2 Malam ini (bermula 2 petang hari pertama dan berakhir jam 12 tengahari hari ke tiga), bukan sekadar percutian atau pengalaman pembelajaran. Ia adalah satu perjalanan untuk memahami diri, mengenali asas kehidupan sihat dan membina amalan gaya hidup yang lebih sejahtera secara alami.
🌱 Alam sebagai terapi
🥗 Pemakanan yang menyokong kesejahteraan
🏃 Pergerakan & aktiviti fizikal
🧠 Pemikiran positif & ketenangan minda
❤️ Hubungan yang bermakna
Pengalaman → Pembelajaran → Amalan → Perubahan
Pulanglah bukan sekadar dengan pengalaman yang indah, tetapi dengan ilmu, kesedaran dan amalan baharu yang boleh diteruskan dalam kehidupan seharian.
Program ini telah memberi manfaat kepada beratus orang dan kini kami sediakan berbentuk Kem Residensi "Nature's Wellness.
HARGA PAKEJ
RM220.00 - RM250 seorang bergantung kepada jenis dan bilangan peserta sebilik untuk penginapan
Harga Pakej termasuk penginapan chalet, makan-minum dan aktiviti gayahidup sejahtera.
Berapakah nilai sebenar untuk berada dalam keadaan sihat dan sejahtera? Tentunya tidak ternilai.
Hubungi kami segera.
ALAMBUMI RAUDHAH MUTQAN
Tempat pengalaman pembelajaran menuju kehidupan yang lebih sihat, sejahtera dan bermakna.
Hubungi:
011-2328 2965