05/04/2020
Wabak Covid-19. Adakah perniagaan anda terkesan?
Ramai yang menghubungi saya bertanyakan apakah perancangan terbaik yang perlu dibuat bagi mengatasi masalah kemerosotan ekonomi yang sedikit sebanyak
memberi kesan kepada perniagaan mereka disebabkan wabak Covid-19 ini. Ya, ianya tidak dijangka malah melanda di seluruh dunia dan proses untuk memulihkan ekonomi mungkin mengambil masa yang panjang.
Ada usahawan di luar sana yang hanya beberapa detik mengorak langkah namun telah diuji dengan situasi yang tidak disangka-sangka ini tetapi, nasihat saya USAHLAH BERPUTUS ASA dan teruskan berusaha untuk mencapai sasaran perniagaan anda.
Secara ringkas dari segi pengurusan, sekiranya anda masih baru :
1. Business plan - Seperti yang saya katakan masih terlalu awal untuk berputus asa, ROMBAK SEMULA business plan anda. Mulakan dengan modal yg sedikit terlebih dahulu. Jangan gopoh, perniagaan yang terbaik adalah mendapat keuntungan yang optimum walaupun dari modal yang kecil. (bukan MLM ya)
2. Target market - rancanglah perniagaan anda sebaiknya, cari peluang perniagaan yang sesuai untuk masa ini. Cari perniagaan yang menjadi keperluan dan dalam jangka masa pendek. (untuk jangka masa panjang, buku lain)
Bagi yang sedang di dalam fasa perniagaan,
3. Aset Syarikat- Gunakan segala sumber aset yang ada di dalam syarikat dengan sebaik mungkin - batalkan terlebih dahulu perancangan untuk menambah aset syarikat melainkan ianya tersangat penting untuk kesinambungan perniagaan.
4 Cash Flow - pastikan rekod aliran tunai (accounting records) syarikat dikemaskini supaya senang untuk membuat budgeting.
5. Overhead syarikat - berapa anggaran overhead bagi syarikat anda. Sekiranya overhead terlalu tinggi boleh menyebabkan kerugian di dalam syarikat maka rancanglah perbelanjaan yang minima.
Dan ingatlah peperangan bagi setiap usahawan pada kali ini tidak memerlukan senjata yang kuat tetapi KESABARAN dan DISIPLIN yang tinggi.
Bersama-samalah kita berdoa supaya wabak ini berakhir dengan segera Amiin.
Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat yang lebih mendalam dari segi struktur syarikat, kewangan mahupun percukaian bolehlah menghubungi saya.
Fadzli Abd Karim
Company Secretary
Account
Tax
Consultant
014-328 7734
www.wasap.my/60143287734