02/10/2026
JANGAN TUNGGU DUIT LEBIH BARU MENYIMPAN
Ramai orang sebenarnya mahu menyimpan, tetapi selalu menggunakan satu ayat yang sama, “Nanti kalau ada duit lebih bulan ini, aku simpan.” Masalahnya, apabila sampai hujung bulan, duit lebih itu selalunya tidak pernah muncul. Ada sahaja perkara yang perlu dibayar, dibeli atau digunakan.
Kenapa?
Sebab kebanyakan kita menyimpan menggunakan cara yang terbalik. Pendapatan masuk, kita bayar komitmen, berbelanja sepanjang bulan dan kemudian tunggu apa yang tinggal. Kalau ada baki, kita simpan. Kalau tiada, kita berjanji akan cuba lagi bulan depan.
Bulan depan perkara yang sama berulang.
Akhirnya bukan kita tidak mahu menyimpan. Kita cuma meletakkan simpanan di tempat terakhir dalam senarai kewangan kita.
Apa yang perlu diubah?
Cuba jadikan simpanan sebagai salah satu komitmen bulanan. Apabila pendapatan masuk, asingkan dahulu sebahagian untuk simpanan. Selepas itu, barulah kita mengurus baki yang ada untuk komitmen dan perbelanjaan.
SIMPAN DULU, BARU BELANJA. BUKAN BELANJA DULU, BARU TENGOK APA YANG TINGGAL.
Tak perlu bermula dengan jumlah yang besar. Kalau RM500 terasa berat, jangan paksa diri menyimpan RM500. Dengan Akaun GAP Public Gold, kita boleh mula membeli emas serendah RM100.
RM100 mungkin nampak kecil.
Tetapi matlamat pertama kita bukan untuk mempunyai emas yang banyak dalam masa sebulan. Matlamat pertama ialah membina tabiat supaya setiap kali pendapatan masuk, ada sebahagian daripadanya yang berjaya kita selamatkan daripada dibelanjakan.
Bayangkan kita lakukan perkara yang sama setiap bulan. Bermula RM100, kemudian RM100 lagi pada bulan berikutnya. Apabila kewangan semakin baik, kita boleh tingkatkan kepada RM150, RM200 atau lebih mengikut kemampuan.
Sedikit demi sedikit, gram emas mula terkumpul.
Tetapi ada sesuatu yang lebih penting sedang berlaku. Kita sedang mengubah diri daripada seorang yang menyimpan “kalau ada baki” kepada seorang yang memang mempunyai simpanan setiap bulan.
Itulah perubahan yang kita mahu.
Jangan tunggu pendapatan besar untuk menjadi seorang penyimpan. Mulakan dengan jumlah yang kita mampu hari ini, kemudian bina tabiat itu sedikit demi sedikit.
JUMLAH YANG KECIL TIDAK MENJADI MASALAH. YANG BAHAYA IALAH BERTAHUN-TAHUN LANGSUNG TIDAK BERMULA.
Simpan dahulu. Belanja selebihnya. Kemudian biarkan gram emas bertambah bersama masa.
Bukan emas yang membuat kita kaya, tetapi ILMU tentang emas yang membuat kita kaya.