19/06/2026
13 Jun 2026, Kapar — Brown Cup 2026 bukan sekadar sebuah kejohanan, tetapi menjadi medan untuk mengeratkan hubungan, membina semangat berpasukan dan mencipta kenangan bermakna bersama warga kerja daripada pelbagai stesen janakuasa arang batu di bawah GENCO.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KEV dan GENCO atas peluang yang diberikan kepada MTM untuk turut serta dalam kejohanan ini. Penyertaan kali ini memberikan pengalaman yang sangat berharga, di samping membuka ruang kepada MTM untuk mengenali lebih ramai rakan seperjuangan dalam suasana penuh semangat kesukanan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran DCEO TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad. Kehadiran beliau bukan sahaja memeriahkan kejohanan, malah menjadi suntikan semangat dan motivasi kepada semua peserta untuk terus memberikan yang terbaik serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga GENCO.
Dalam ucapan beliau, DCEO menekankan bahawa semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan perpaduan yang dipupuk melalui kejohanan seperti ini merupakan elemen penting dalam membentuk warga kerja yang cemerlang dan berdaya saing. Nilai-nilai positif yang diterapkan sepanjang kejohanan ini diharap dapat terus menjadi pemangkin kepada kejayaan berterusan MTM dan TNB pada masa hadapan.
Majlis ini turut diisi dengan aktiviti menanam pokok buah-buahan sebagai simbolik kepada komitmen bersama dalam menyokong kelestarian alam sekitar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan MTM Marvel bagi acara bola jaring atas kejayaan meraih tempat ketiga. Tidak dilupakan juga pasukan MTM Eagles bagi acara bola sepak yang telah memberikan saingan sengit serta mempamerkan disiplin, komitmen dan semangat kesukanan yang membanggakan sepanjang kejohanan.
Terima kasih kepada KEV dan semua rakan dari stesen janakuasa arang batu lain atas kenangan, pengalaman serta persahabatan yang terjalin. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform yang menyatukan warga GENCO, di samping menjadi pemangkin kepada kecemerlangan MTM dan TNB.
Semoga kita bertemu lagi pada kejohanan akan datang dengan semangat yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih cemerlang.
Kredit photo : TNB Janamanjung