16/01/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ (๐๐)
KEM BATU KENTONMEN, 16 Jan 2026 โ Penolong Pegawai Pemerintah 13 Kompeni Angkut KPD (Askar Wataniah), Kapten Muhammad Rusydi bin Mustafa Kamal telah menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Kompeni Sarjan Mejar (KSM) 13 Kompeni Angkut KPD (AW) iaitu PW II Emy Rizan bin Mat Rodzi telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada PW II Sabree bin Rushidee yang baru.
Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan acara bergambar.
Seluruh warga Wataniah 13 Kompeni Angkut KPD (AW) mengucapkan terima kasih segala khidmat bakti yang disumbangkan sepanjang berada di pasukan ini dan selamat maju jaya diucapkan kepada PW II Emy Rizan bin Mat Rodzi.