31/08/2021
| 5 Tips Nak Mulakan Bisnes Vending Machine |
1. Lokasi
Lokasi adalah perkara paling penting dalam bisnes vending machine sebab walaupun dalam vending machine tu ada barang yang kata orang konfem laku pon tapi kalau letak vending machine dekat tempat terpencil dan orang tak nampak masih tidak boleh nak jana sales.
Nota Penting: Orang kebiasaannya beli dari vending machine sebab “Impulse Buying”, takda orang yang saja2 keluar rumah untuk beli air tin dekat vending machine
2. Produk
Andai kata anda dah ada tempat yang strategik untuk letak vending machine anda tapi produk yang anda stok dalam vending machine p**a yang tak laku atau barang yang orang tak minat nak membeli. Apabila jadi macam ni apa yang anda perlu lakukan adalah buat research dulu market tempat anda tu nak produk yang macam mane contohnya buat survey katakan atau anda boleh try and error produk dalam mesin anda tu. Proses ini mungkin akan makan masa sedikit tapi untuk jangka masa panjang sangat berbaloi.
3. Sikit2 Lama2 Jadi Bukit
Hampir semua orang pernah dengar peribahasa tersebut, jadi kita konsep yang sama kitab oleh guna pakai untuk bisnes vending machine ini. Mulakan bisnes anda dengan beli 1 atau 2 mesin dahulu untuk permulaan, cari lokasi yang strategik dan dari situ anda boleh tambah lagi mesin.
4. Pilihan Bayaran
Di zaman sekarang ini “Cashless Payment” adalah mod pembayaran yang hamper semua orang gunakan, jadi anda sebagai pemilik bisnes perlu ikut arus modenasi teknologi supaya anda boleh memudahkan untuk bakal pelanggan anda untuk beli produk anda.
5. Ekspektasi Realistik
Lumrah berniaga ada jatuh bangunnya yang tersendiri, jadi jangan terlupa bahawa tidak ada orang yang kaya dengan sekelip mata. Sentiasa ingat untuk terus berusaha sampai Berjaya.