Repair Gambar Lama

Call Directions Website Contact the business

Repair Gambar Lama H O M E of P.
(2)

R A M L E E in C O L O R
[email protected]
0176572565

Admin:
Era Azman
Hidir Ali Razali
Danial Aziz Ahmad
Aiman Hakim

“AKU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI” KATA KERAMAT ATAU KATA YANG DIULANG?“Aku akan hidup seribu tahun lagi…”Benarkah ini k...
30/09/2026

“AKU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI” KATA KERAMAT ATAU KATA YANG DIULANG?

“Aku akan hidup seribu tahun lagi…”

Benarkah ini kata-kata P. Ramlee?

Ungkapan tersebut memang sudah begitu sinonim dengan legasi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Namun, menariknya, ayat itu tidak pernah ditemui dalam mana-mana rakaman temu bual televisyen, majalah, atau sidang media rasmi beliau setakat hari ini.

Versi yang paling banyak diwariskan datang daripada cerita orang terdekat. Dalam buku Bapaku P. Ramlee, Nasir P. Ramlee menceritakan perbualan peribadi bersama bapanya pada tahun-tahun terakhir kehidupan beliau.

Sementara itu, Allahyarham Datuk Aziz Sattar p**a beberapa kali mengimbau bahawa P. Ramlee pernah berkata kepadanya:

“Kalau gua mati, gua akan hidup seribu tahun lagi. Ajis, seni aku bukan untuk wang, tapi untuk masyarakat…”

Dari situlah ungkapan tersebut semakin kuat melekat dalam ingatan masyarakat sebagai "kata keramat" P. Ramlee.

Tetapi ada satu persoalan yang menarik.

Frasa "Aku mau hidup seribu tahun lagi" sebenarnya merupakan baris terakhir puisi Aku karya penyair Indonesia, Chairil Anwar, yang ditulis pada 1943.

Jadi, sejauh mana ungkapan itu benar-benar berasal daripada P. Ramlee? Adakah beliau memang pernah mengucapkannya dalam perbualan peribadi seperti yang diceritakan Datuk Aziz Sattar dan Nasir P. Ramlee, atau kemudiannya menjadi sebahagian daripada mitos besar yang terbina di sekeliling seorang seniman yang terlalu besar legasinya?

Di sinilah kita perlu berhati-hati.

Cerita Datuk Aziz Sattar tetap penting sebagai kesaksian orang yang rapat dengan P. Ramlee, tetapi ia tetap sebuah kesaksian lisan bukan rakaman suara atau dokumen sezaman yang boleh kita semak sendiri.

Mungkin juga, konteks asalnya jauh lebih sederhana daripada versi yang kita kenal hari ini.

Awal tahun 1970-an, P. Ramlee ketika itu berada dalam fasa kehidupan yang penuh tekanan, kecewa dan terkilan dengan industri. Maka persoalannya adakah seseorang dalam keadaan begitu benar-benar akan melafazkan kata-kata yang begitu yakin tentang dirinya akan "hidup seribu tahun lagi"?

Atau mungkin maksudnya bukan tentang dirinya sebagai manusia, tetapi tentang karya dan seninya yang beliau yakin akan terus hidup selepas kematiannya?

Kita mungkin tidak akan pernah memperoleh jawapan mutlak.

Apa yang pasti, P. Ramlee sudah tidak ada lebih 50 tahun. Tetapi filem, lagu dan pemikirannya masih dibicarakan hingga hari ini. Mungkin di situlah ironi paling menariknya.

Sama ada beliau benar-benar pernah berkata "Aku akan hidup seribu tahun lagi" atau tidak, karyanya ternyata sudah membuktikan maksud ungkapan itu.

Teks : Era Azman, Aiman Hakim, Danial Aziz Ahmad & Hidir Ali Razali

Sumber :

Kisah Hidup Seniman Agung - SN Datuk Abdullah Hussain

Sesi temubual bersama SN Datuk Abdullah Hussain - Universiti Malaya, 2001

Sesi temubual bersama Nasir P. Ramlee - Istana Budaya, 2002

SELAMAT JALAN TAN SRI L. KRISHNAN24 September 2026, dunia perfileman Melayu kehilangan seorang tokoh penting, Tan Sri L....
25/09/2026

SELAMAT JALAN TAN SRI L. KRISHNAN

24 September 2026, dunia perfileman Melayu kehilangan seorang tokoh penting, Tan Sri L. Krishnan, yang meninggal dunia di Chiang Mai, Thailand pada usia 104 tahun.

Antara kisah menarik yang pernah beliau kongsikan bersama Repair Gambar Lama (RGL) pada tahun 2019 ialah bagaimana beliau memberi peluang kepada P. Ramlee menjadi hero dalam filem Bakti (1950).

Ketika itu, L. Krishnan yakin dengan bakat P. Ramlee walaupun pilihannya pada awalnya mendapat bantahan. Run Run Shaw akhirnya meminta beliau melakukan screen test terhadap P. Ramlee.

Dalam ujian tersebut, P. Ramlee diminta menyebut dialog:

“Apa khabar Encik Bakar?”

Pada percubaan berikutnya, kerana terlalu gementar, beliau tersasul:

“Apa Bakar Encik Khabar?”

Detik kecil itu kemudiannya menjadi sebahagian daripada sejarah. Filem Bakti membuka laluan penting kepada perjalanan P. Ramlee sebagai pelakon utama sebelum beliau berkembang menjadi antara seniman paling dikenang dalam sejarah seni Melayu.

Sebuah screen test. Sebuah dialog pendek. Seorang anak muda yang gementar. Dan seorang pengarah yang percaya kepada bakatnya.

Selamat jalan, Tan Sri L. Krishnan. Jasa dan sumbangan beliau kepada sejarah perfileman Melayu akan terus dikenang.

Teks: Era Azman, Aiman Hakim, Danial Aziz Ahmad & Hidir Ali Razali

Sumber:
National Archives Singapore
Sandakiah Azez
Sembang Santai Repair Gambar Lama (2019)

KISAH PERSAHABATAN LATIFAH OMAR & SALOMA ​Hubungan kami bukan sekadar rakan seperjuangan dalam dunia seni, tetapi sebuah...
14/09/2026

KISAH PERSAHABATAN LATIFAH OMAR & SALOMA

​Hubungan kami bukan sekadar rakan seperjuangan dalam dunia seni, tetapi sebuah ikatan jiwa yang bermula sejak kami masih di usia belasan tahun. Pernah tinggal di bawah satu bumbung dan berkongsi s**a duka bersama, Saloma ialah insan yang memegang dan menyimpan rapi segala rahsia hidup saya. Rahsia yang kini dibawanya pergi buat selama-lamanya.

​Apabila mengenangkan kembali detik-detik akhir hayatnya, dada saya sentiasa dihimpit penyesalan dan kesedihan yang amat mendalam. Pada petang 24 April 1983, saya terpaksa p**ang ke rumah kerana anak saya tidak sihat dan perlu dibawa berubat. Sekitar jam 10 malam, saya cuba beristirehat. Namun, tepat jam 12 tengah malam, saya tersentak dari tidur. Hati saya gelisah, resah tanpa sebab, dan mata ini langsung tidak boleh dipejamkan lagi.

​Tiba-tiba, kedengaran pagar rumah saya digoncang seseorang. Tanpa bertanya lanjut, gerak hati saya sudah dapat mengagak berita duka yang dibawanya. Sebaik membuka pintu, soalan pertama yang keluar dari mulut saya ialah,

"Pukul berapa sekarang?"

​"Pukul 3 pagi," jawab rakan yang berdiri di luar.

​"Pukul berapa dia tiada lagi?" soal saya lagi dengan dada yang berdebar.

​"Tepat pukul 12," balasnya.

​Jawapan itu meragut separuh daripada jiwa saya. Ruang waktu tepat jam 12 malam saat saya tersentak daripada tidur rupanya detik dia menghembuskan nafas terakhir.

​Saloma ialah seorang sahabat yang tiada galak gantinya. Dia sangat memahami emosi rakan-rakan. Jika ada sebarang masalah, dia akan turut berasa resah. Pernah satu ketika saya menangis di pangkuannya, dan dengan gelisah dia tergesa-gesa mencari Rosnani untuk bersama-sama membantu menyelesaikan kemelut saya.

​Sepanjang tempoh Saloma terlantar sakit, saya, Rosnani, dan ahli keluarganya bergilir-gilir menjaga dan menunggunya di hospital. Rosnani yang tinggal berdekatan sering memasak dan membawa makanan kegemaran Saloma.

Namun, takdir menentukan Rosnani berada di sisinya pada saat-saat akhir, manakala saya tidak sempat berada di situ untuk menyambut helaan nafas terakhirnya.

​Saloma di mata dunia adalah seorang penghibur yang sentiasa melupakan duka demi menceriakan peminatnya, walaupun hatinya sendiri kadang kala sepi dan luluh. Bagi saya, biar tidak mempunyai ramai sahabat, cukuplah ada seorang dua seperti Saloma dan Rosnani yang ikhlas mengerti, mempercayai, dan menghormati erti sebuah persahabatan.

​Kini, sebahagian daripada hidup saya telah hilang bersama perginya Saloma. Yang tinggal hanyalah kenangan abadi dan persahabatan kami yang tidak akan pernah padam.

Teks : Era Azman, Aiman Hakim, Danial Aziz Ahmad & Hidir Ali Razali

Sumber :
Catatan Latifah Omar
Sesi temubual bersama Bahyah Mahmood

HITAM PUTIH KEHIDUPAN ZAINON FIJINama Zainon Fiji mungkin tidak segah Saadiah, Sarimah atau Zaiton. Namun dalam sejarah ...
09/09/2026

HITAM PUTIH KEHIDUPAN ZAINON FIJI

Nama Zainon Fiji mungkin tidak segah Saadiah, Sarimah atau Zaiton. Namun dalam sejarah perfileman Melayu klasik, beliau tetap terpahat bukan kerana pop**ariti, tetapi kerana watak-watak yang sering dibawanya dengan penuh jiwa.

Zainon, atau nama sebenarnya Zainon binti Ibrahim, memulakan langkah di Studio Jalan Ampas pada usia 22 tahun sebagai penari. Dari situlah lahir bakat yang kemudian menghiasi layar perak. Filem-filem awalnya hampir semuanya menampilkan beliau sebagai penari, sebelum peluang yang mengubah hidupnya muncul.

Tahun 1955, P. Ramlee memilih Zainon untuk melakonkan watak orang gaji di rumah Orang Kaya Marzuki dalam sebuah filem arahannya. Watak kecil itu membuka ruang besar kepada Zainon yang diberi peluang dialog buat pertama kali. P. Ramlee menitipkan pesanan yang sentiasa diingati:

“Biar kecil mana pun watak, bawalah dengan bersungguh-sungguh.”

Pesanan itu menjadi prinsip hidupnya.

Dalam satu temubual, Zainon mengakui ada dua watak yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam. Pertama, sebagai bomoh dalam filem Hantu Jerangkong (1957) arahan K.M. Basker dan kedua, Mami dalam Ibu Mertua Ku (1962) arahan P. Ramlee.

“Watak-watak ini benar-benar mencabar kemampuan saya,” katanya, mengenang detik-detik yang membuktikan dirinya bukan sekadar pelakon sampingan.

Zainon pernah berkahwin dengan Ali Fiji, juga pelakon di Jalan Ampas pada awal 1950-an sebelum berpisah pada 1979.

Selepas penutupan Studio Jalan Ampas pada 1967, kehidupan Zainon berubah sepenuhnya. Beliau meneruskan kehidupan di Singapura dengan menjual kuih dan menjadi tukang urut khususnya untuk para ibu selepas bersalin. Dari layar besar ke kehidupan sederhana, Zainon tetap teguh berdiri.

Pada 26 Mei 1992, Zainon Fiji menghembuskan nafas terakhir akibat sesak nafas. Beliau dikebumikan di Pusara Aman, meninggalkan legasi sebagai pelakon yang tidak pernah memandang kecil apa jua watak yang dipikulnya.

Zainon Fiji mungkin satu nama yang tidak gah, tetapi bakti dan lakonannya kekal abadi.

Teks: Era Azman, Aiman Hakim, Hidir Ali Razali & Danial Aziz Ahmad

Sumber:
Berita Harian, 1 Julai 1984
Berita Harian, 1 Julai 1990
Di Sebalik Tirai Layar II

PENGAMPU ORANG KAYASamseng penambang mungkin tidak digeruni tanpa kewujudan seorang fighter handalan (Sharif Dol) dengan...
07/09/2026

PENGAMPU ORANG KAYA

Samseng penambang mungkin tidak digeruni tanpa kewujudan seorang fighter handalan (Sharif Dol) dengan seorang taikun berpengaruh (Ahmad Nisfu), serta kuncu-kuncu mereka yang lain.

MERDEKA DI JALAN AMPASGambar ini dirakamkan pada 30 Ogos 1957 apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengumumkan tarikh...
31/08/2026

MERDEKA DI JALAN AMPAS

Gambar ini dirakamkan pada 30 Ogos 1957 apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengumumkan tarikh kemerdekaan Malaya jatuh pada 31 Ogos 1957. Kelihatan bintang filem dan para krew di syarikat Malay Film Production bersorak gembira di hadapan studio A di Jalan Ampas apabila Malaya diisyitiharkan Merdeka.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69!



Teks : Era Azman, Aiman Hakim, Danial Aziz Ahmad & Hidir Ali Razali

Sumber :

Majalah Filem

BADANG MAKAN MUNTAH HANTUSiapa sangka, antara babak paling pelik dalam filem Badang (1962) sebenarnya menggunakan bahan ...
28/08/2026

BADANG MAKAN MUNTAH HANTU

Siapa sangka, antara babak paling pelik dalam filem Badang (1962) sebenarnya menggunakan bahan yang cukup biasa!

Pelakon dan pelawak terkenal era 1950-an dan 1960-an, Wahid Satay, pernah mendedahkan dalam sebuah temu bual bahawa “muntah hantu” yang dimakannya dalam filem tersebut sebenarnya hanyalah kuah dhal.

Dalam kisah legenda Melayu, Badang diceritakan sebagai seorang lelaki yang memperoleh kekuatan luar biasa selepas memakan muntah hantu yang sering mencuri hasil tangkapan ikannya. Badang kemudiannya memilih untuk memiliki kekuatan seperti sekump**an gajah dan sanggup memenuhi syarat tersebut.

Namun, kisahnya hadir dengan satu syarat yang cukup mengerikan. Badang tidak boleh bercinta atau berkahwin. Jika melanggar pantang tersebut, dia dikatakan akan mati dalam keadaan yang mengerikan.

Dan kini, selepas lebih enam dekad, pendedahan Wahid Satay tentang “muntah hantu” itu memberikan sisi menarik kepada filem legenda tersebut.

Teks: Era Azman, Aiman Hakim, Hidir Ali Razali & Danial Aziz Ahmad

Sumber:
Temubual Wahid Satay dalam podcast No Tapis (2019)

HAJI MAHADI: DAKWAH DI SEBALIK LAYARDalam sejarah perfileman Melayu, nama Allahyarham Haji Mahadi sering dikenang sebaga...
28/08/2026

HAJI MAHADI: DAKWAH DI SEBALIK LAYAR

Dalam sejarah perfileman Melayu, nama Allahyarham Haji Mahadi sering dikenang sebagai seorang seniman yang berwibawa. Namun, di sebalik layar perak, beliau turut memainkan satu peranan yang jarang diketengahkan, iaitu sebagai seorang pendakwah dan pembimbing agama dalam kalangan masyarakat seni.

Haji Mahadi atau nama sebenarnya Haji Mohd Mahadi Haji Mohd Said dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat pegangan agamanya di Kampung Merbuk, Negeri Sembilan pada tahun 1914. Ayahnya, Syaikh Muhammad Said Jamaluddin Al-Linggi, merupakan seorang tokoh agama yang terkenal sebagai seorang yang alim dan warak. Abang sulungnya, Tuan Sheikh Haji Ahmad Muhammad Said p**a pernah menjadi Mufti Negeri Sembilan. Latar belakang keluarga ini sedikit sebanyak membentuk asas keagamaan yang kukuh dalam diri Haji Mahadi sejak kecil.

Ketika berusia 14 tahun, beliau dihantar ke Makkah untuk mendalami ilmu agama di Madrasah al-Falah selama dua tahun. Pendidikan agama yang diterimanya bukan sekadar menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup beliau, malah terus diamalkan walaupun kemudiannya memilih bidang seni sebagai kerjaya. Haji Mahadi juga mempunyai murid yang berguru dengannya dalam bidang agama.

Penglibatan dalam dunia seni tidak menyebabkan Haji Mahadi meninggalkan tanggungjawab dakwah. Ketika tinggal di kawasan yang dikenali sebagai perkampungan artis Malay Film Productions di Boon Teck Road, Singapura, beliau aktif memberikan bimbingan agama dan turut mengambil berat soal kebajikan para seniman yang tinggal di situ.

Menurut seniwati Normadiah, Haji Mahadi dianggap seperti seorang ayah kepada para artis Melayu ketika itu. Beliau dihormati kerana sifatnya yang pengasih dan tidak jemu memberikan panduan dalam soal kehidupan, agama serta kebajikan.

Bagi Haji Mahadi, kehidupan sebagai seorang seniman tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melupakan tanggungjawab terhadap agama. Seniman Datuk Ahmad Daud pernah mengingati antara nasihat yang sering diberikan Haji Mahadi kepada rakan-rakan artis, iaitu supaya mereka tidak melupakan tanggungjawab terhadap akhirat walaupun sibuk dengan kerjaya seni.

Beliau turut menggunakan sebuah madrasah di Boon Teck Road sebagai tempat menyampaikan dakwah, khususnya kepada golongan artis. Di situ, Haji Mahadi bukan sekadar dikenali sebagai rakan seperjuangan dalam dunia seni, tetapi juga sebagai tempat para seniman mendapatkan nasihat dan panduan dalam kehidupan.

Pandangan Haji Mahadi terhadap hubungan antara seni dan agama juga menarik untuk diperhatikan. Ketika isu kafir-mengkafir hangat diperkatakan, terutama apabila beliau terlibat dalam dunia seni, beliau pernah memberikan pandangan bahawa hukum agama tidak seharusnya disempitkan.

“Hukum agama kita, yang diakui Allah itu luas. Mengapa mesti disempitkan?” katanya.

Pandangan itu menunjukkan bahawa Haji Mahadi tidak melihat kerjaya seni sebagai sesuatu yang perlu dipisahkan daripada kehidupan beragama. Sebaliknya, beliau membawa ilmu dan nilai agama bersamanya ke dalam dunia perfileman.

Di sebalik kemasyhuran sebagai seorang seniman, Haji Mahadi menggunakan kedudukannya untuk membimbing dan mengingatkan rakan-rakan artis tentang kehidupan dan tanggungjawab terhadap akhirat. Dakwah beliau tidak hanya disampaikan melalui pengajaran agama secara formal, tetapi juga melalui nasihat, keprihatinan dan cara beliau membawa diri dalam kalangan masyarakat seni.

Sebab itu, legasi Haji Mahadi tidak hanya tercatat sebagai seorang pelakon atau pengarah dalam sejarah filem Melayu. Dalam kehidupan masyarakat artis di Boon Teck Road, beliau turut dikenang sebagai seorang yang membawa nilai agama dan menjadi tempat rakan-rakan seniman mendapatkan bimbingan. Itulah sisi Haji Mahadi yang boleh dianggap sebagai dakwah di sebalik layar.

Teks : Era Azman, Aiman Hakim, Danial Aziz Ahmad & Hidir Ali Razali

Sumber:
Berita Harian, 27 Febuari 1983

SIAPA P. RAMLEE TANPA SHAW BROTHERS?Nama P. Ramlee hari ini berdiri sebagai satu legenda besar dalam sejarah seni Melayu...
27/08/2026

SIAPA P. RAMLEE TANPA SHAW BROTHERS?

Nama P. Ramlee hari ini berdiri sebagai satu legenda besar dalam sejarah seni Melayu. Namun, persoalan yang jarang direnungkan ialah, siapakah P. Ramlee tanpa Shaw Brothers?

Hakikatnya, P. Ramlee mula melangkah ke dunia seni sebagai penyanyi. Beliau hadir ke Malay Film Productions (MFP) untuk diuji bakat sebagai playback singer, bukan untuk menjadi pelakon. Pada ketika itu, tujuan asal beliau ialah merakamkan suara untuk filem, selaras dengan bakat nyanyiannya yang semakin mendapat perhatian melalui corong radio.

Namun, P. Ramlee mungkin melihat bahawa dunia perfileman menawarkan ruang yang lebih luas untuk beliau berkembang. Peluang berada dalam lingkungan produksi MFP membuka jalan untuk beliau mencuba bidang lakonan. Shaw Brothers memberikan ruang itu. Dari seorang penyanyi, P. Ramlee berkembang menjadi pelakon, pengarah, penggubah lagu dan akhirnya seorang tokoh seni yang luar biasa.

Maka, wajar ditanya, jika Shaw Brothers tidak memberikan peluang tersebut, adakah P. Ramlee akan menjadi P. Ramlee seperti yang kita kenali hari ini?

Jawapannya mungkin s**ar dipastikan. Bakat P. Ramlee sememangnya luar biasa, tetapi bakat tanpa peluang tidak semestinya melahirkan sebuah legenda. Shaw Brothers menyediakan ekosistem, kemudahan studio, modal, tenaga kerja dan ruang berkarya yang memungkinkan bakat besar itu berkembang sehingga mencapai kemuncaknya.

Oleh itu, dakwaan bahawa Shaw Brothers telah menganiaya P. Ramlee tidak seharusnya diterima secara melulu. Setakat fakta yang dapat dipertanggungjawabkan, tidak pernah terbukti bahawa P. Ramlee dianiaya oleh Shaw Brothers. Malah, apabila beliau ingin berhijrah ke Kuala Lumpur, Shaw Brothers sanggup membeli kepentingan dalam Studio Merdeka bagi membolehkan beliau meneruskan perjuangan seni di sana.

Begitu juga dengan dakwaan bahawa P. Ramlee tidak menerima royalti filem daripada Shaw Brothers. Perkara ini perlu difahami dalam konteks sistem industri perfileman pada ketika itu. P. Ramlee ialah pekerja dan seniman bergaji. Kos penerbitan, modal dan risiko kewangan ditanggung oleh syarikat penerbitan. Konsep pembayaran royalti kepada pelakon berdasarkan keuntungan atau penayangan semula filem bukanlah amalan kontrak biasa dalam sistem studio ketika itu.

Ringkasnya, tanpa Shaw Brothers, mungkin P. Ramlee tetap menjadi seorang penyanyi terkenal. Namun, tanpa peluang, sistem dan pelaburan yang disediakan oleh Shaw Brothers, sejarah mungkin tidak mengenal P. Ramlee sebagai seniman serba boleh terbesar yang pernah dilahirkan oleh dunia Melayu.

P. Ramlee mempunyai bakat yang luar biasa, tetapi Shaw Brothers menyediakan pentas untuk bakat itu menjadi legenda.

Teks : Era Azman, Aiman Hakim, Danial Aziz Ahmad & Hidir Ali Razali

Sumber :

Gagak Di- Rimba - Abdullah Hussain
P. Ramlee Tiada Yang Kedua - HAR

NORDIN AHMAD & LATIFAH OMAR“Loving Couple on Silver Screen”Seniman Nordin Ahmad dan seniwati Latifah Omar merupakan anta...
22/08/2026

NORDIN AHMAD & LATIFAH OMAR
“Loving Couple on Silver Screen”

Seniman Nordin Ahmad dan seniwati Latifah Omar merupakan antara pasangan pelakon yang paling serasi dalam sejarah sinema Melayu klasik. Keserasian gandingan mereka paling ketara menerusi filem-filem terbitan Cathay-Keris Film Productions.

Gandingan mereka bukan sahaja membentuk satu pasangan layar yang ikonik, malah turut mencetuskan suatu fenomena dalam perkembangan filem Melayu pada era tersebut. Filem-filem yang menampilkan mereka sebagai pasangan utama sering mendapat sambutan penonton dan mencatatkan prestasi kutipan yang baik di pawagam.

Kejayaan ini memberikan nilai komersial yang penting kepada Cathay-Keris dalam persaingannya dengan Malay Film Productions, khususnya dalam menghasilkan filem-filem Melayu yang mempunyai kekuatan dari sudut cerita, pengarahan, lakonan serta daya tarikan bintang (star appeal).

RINGKASAN DAN FAKTA

Nordin Ahmad dan Latifah Omar pertama kali muncul dalam filem yang sama menerusi Panggilan Pulau (1954), arahan S. Ramanathan. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai babak bersama dalam filem tersebut.

Hang J***t (1961), arahan Hussain Haniff, merupakan filem pertama yang menggandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar sebagai pasangan kekasih secara langsung dalam naratif filem.

Ketika berkhidmat di bawah Shaw Brothers, hanya sebuah filem yang menampilkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar mempunyai babak bersama, iaitu Bernoda (1956).

Dalam kehidupan sebenar, hubungan Nordin Ahmad dan Latifah Omar tidak semesra seperti yang digambarkan menerusi filem-filem mereka. Mereka dikatakan jarang berbual dan pernah melalui tempoh tidak bertegur selama kira-kira enam bulan atas sebab-sebab tertentu. Namun begitu, apabila berada di set penggambaran dan digandingkan sebagai pasangan utama, kedua-duanya tetap memberikan komitmen profesional serta menghasilkan lakonan yang meyakinkan. Hal ini memperlihatkan tahap profesionalisme mereka yang tinggi, apabila urusan kerja dapat dipisahkan daripada permasalahan peribadi.

Ketika penggambaran Laila Majnun (1962), hubungan antara mereka sebenarnya masih dalam keadaan dingin. Namun, apabila filem tersebut ditonton, chemistry mereka di layar tetap kelihatan begitu meyakinkan, khususnya dalam babak-babak romantik yang memerlukan interaksi emosi yang kuat.

Pada tahun 1962, apabila M. Amin dilantik sebagai pengarah dan menghasilkan filem pertamanya, Lanchang Kuning, Nordin Ahmad dan Latifah Omar sekali lagi digandingkan sebagai pasangan utama. Penggambaran filem ini menjadi antara titik penting dalam pemulihan hubungan mereka.

Latifah Omar kemudiannya berlakon dalam tiga buah filem arahan Nordin Ahmad, iaitu Wan Perkasa (1964), Kaseh Ibu (1965) dan Naga Tasek Chini (1966).

Latifah Omar turut dipilih untuk membintangi Pl***oy (1967), arahan Nordin Ahmad. Bagaimanapun, atas beberapa perkara tertentu, beliau menarik diri pada saat-saat akhir dan wataknya kemudiannya diberikan kepada Rosnani Jamil.

Kebanyakan filem yang menampilkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar sebagai pasangan utama mendapat sambutan baik di pawagam dan mencapai tahap kutipan yang memberangsangkan. Antaranya termasuk Hang J***t, Laila Majnun, Lanchang Kuning, Chuchu Datok Merah, Gul Bakawali, Patong Chendana dan Gurindam Jiwa.

Latifah Omar pernah menyifatkan Nordin Ahmad sebagai antara hero filem Melayu yang terbaik daripada kalangan yang terbaik dalam sejarah sinema Melayu.

Ketika menerima berita mengenai kematian Nordin Ahmad melalui siaran radio, Latifah Omar berada di Kuala Lumpur selepas selesai menjalani penggambaran filem Putus Sudah Kaseh Sayang (1971). Beliau dikatakan begitu terkejut dan s**ar mempercayai berita tersebut sebelum akhirnya menangis.

Selepas pemergian Nordin Ahmad, Latifah Omar tidak lagi menonton filem-filem yang menampilkan gandingan mereka. Menurut beliau, setiap kali menontonnya, kenangan terhadap Nordin Ahmad akan kembali dan menimbulkan kesedihan. Hanya pada sekitar tahun 1990-an beliau mula mempunyai keberanian untuk menonton semula filem-filem tersebut, namun pengalaman itu tetap diselubungi air mata dan kenangan.

FILEM-FILEM NORDIN AHMAD & LATIFAH OMAR

Panggilan Pulau (1954)
Bernoda (1956)
Serangan Orang Minyak (1959)
Raden Mas (1959)
Gado-Gado (1961)
Hang J***t (1961)
Laila Majnun (1962)
Lanchang Kuning (1962)
Chuchu Datok Merah (1963)
Gul Bakawali (1963)
Patong Chendana (1965)
Gurindam Jiwa (1966)

KESERASIAN DI LAYAR, PROFESIONALISME DI SET

Kisah Nordin Ahmad dan Latifah Omar memperlihatkan bahawa chemistry di layar tidak semestinya lahir daripada hubungan peribadi yang rapat di luar set. Sebaliknya, ia boleh terbentuk melalui disiplin lakonan, pemahaman terhadap karakter, kawalan emosi serta keupayaan dua orang pelakon untuk membina hubungan dramatik yang dipercayai oleh penonton.

Dalam konteks sinema Melayu klasik, gandingan Nordin Ahmad dan Latifah Omar merupakan contoh menarik tentang bagaimana kekuatan star pairing mampu membentuk identiti sesebuah filem dan pada masa yang sama menjadi faktor penting dalam daya tarikan komersial sesebuah produksi.

Di layar mereka mungkin pasangan kekasih yang penuh romantisme, di luar layar, hubungan mereka jauh lebih kompleks. Namun, apabila kamera mula merakam, segala perbezaan diketepikan dan mereka mampu menghasilkan antara gandingan paling berkesan dalam sejarah filem Melayu.

Teks: Era Azman, Aiman Hakim, Danial Aziz Ahmad & Hidir Ali Razali

Sumber:

Buku Sinopsis Laila Majnun

Layar Perak dan Sejarahnya - M. Amin & Wahba

Dari Keris Film Ke Studio Merdeka - Hamzah Hussin

Address

Kuala Lumpur
50470

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00

Telephone

0176572565

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Repair Gambar Lama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Repair Gambar Lama:

Shortcuts

Share