Hadee.my

Hadee.my Event Sponsor / Snacks / Supplier

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍKita mengambil iktibar bagaimana hati seorang...
30/06/2023

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Kita mengambil iktibar bagaimana hati seorang mukmin. Bila terlepas dari perbuatan baik, hatinya sedih. Terlepas dari kebaikan, susah hati. Sifat orang beriman. Rasa sedih itu tanda kesempurnaan iman seseorang.

Tanda orang yang disayang oleh Allah SWT
1. S**a pada kebaikan
2. S**a pada orang yang baik
3. Senang untuk berbuat baik
4. Susah hati kalau terlepas peluang buat kebaikan

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍKekuasaan itu bukan ada nilai di sisi Allah p...
23/06/2023

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Kekuasaan itu bukan ada nilai di sisi Allah pada zatnya melainkan kepada wasilah untuk apa kuasa itu digunakan oleh orang yang berkuasa. Kalau kemuliaan itu ada pada kuasa, Allah tidak akan berikan kepada orang yang paling dimurka oleh Allah. Dajjal, Namrud, Firaun, Bukhtanashar juga berkuasa. Dengan demikian kekuasaan dan ke'raja'an itu sendiri bukan mulia pada zatnya melainkan mulia pada penggunaan kekuasaan itu untuk apa.

Di hari kiamat nanti tiada sesiapa yang boleh mengedepankan apa yang dia dapat pada kuasanya ketika berada di dunia. Kuasa adalah tanggungjawab yang berat. Rasulullah ﷺ bersabda, kamu suatu hari nanti akan berebut kuasa dan ianya di hari kiamat merupakan penyesalan.

Di hari kiamat nanti manusia tidak lagi dengan kuasanya seperti di dunia bahkan tidak miliki kuasa walaupun pada dirinya sendiri. Dia tidak boleh kawal lagi tangannya, mata, telinga, kakinya. Tiada kuasa pada diri sendiri.

Habib Ali Zaenal Abidin

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ𝙕 𝘼 𝙇 𝙄 𝙈“Apa yang kamu dapat daripada bersif...
15/06/2023

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙕 𝘼 𝙇 𝙄 𝙈

“Apa yang kamu dapat daripada bersifat zalim terhadap orang lain?

Puas hati? Kebendaan? Kesenangan?

Takda apa-apa.

Seorang ulama’ mengatakan:

‘Apabila kamu berlaku zalim ke atas orang lain, hakikatnya kamu zalim kepada diri sendiri.’

Andai seseorang itu tahu apa yang akan dia dapat di akhirat kelak jika berlaku zalim, takkan ada sesiapa yang akan zalim.”

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍDiturunkan al Quran untuk menjadi panduan uma...
08/06/2023

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Diturunkan al Quran untuk menjadi panduan umat manusia. Ianya adalah mukjizat terbesar dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad ﷺ dan ianya mukjizat kekal. Hampir keseluruhan mukjizat para Nabi sebelum Nabi ﷺ berakhir dengan wafatnya para Nabi tersebut. Tetapi mukjizat Rasulullah ﷺ berkekalan walaupun setelah zamannya, iaitu mukjizat al Quranul karim.

Marilah kita bersama-sama menjadikan al Quran sebagai penawar bagi hati. Pembimbing dalam perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini. Orang yang menjadikan al Quran 'di hadapan' akan selamat. Orang yang menjadikan al Quran 'di belakang' akan binasa.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ7 Golongan Yang Mendapat Naungan ALLAH di akh...
02/06/2023

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

7 Golongan Yang Mendapat Naungan ALLAH di akhirat kelak.

1• Pemimpin yang adil
2• Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah
3• Orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid
4• Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah, berkumpul dan berpisah juga kerana Allah
5• Lelaki yang diajak oleh wanita berharta dan cantik untuk melakukan zina, tetapi dia berkata: “Aku takut kepada Allah.”
6• Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya
7• Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitiskan air matanya kerana takut kepada Allah

https://t.me/habibalialhamid

Salam jumaat dari admin. Allahummar ummatan muhammad
24/02/2023

Salam jumaat dari admin.
Allahummar ummatan muhammad

24/02/2023
ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ Salam jumaat dari admin, Semoga ummat Nabi Muhammad yang ingin bertemu nabi dalam mimpi dikabulkan aamiinn 😭🤲🏻...
17/02/2023

ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Salam jumaat dari admin, Semoga ummat Nabi Muhammad yang ingin bertemu nabi dalam mimpi dikabulkan aamiinn 😭🤲🏻

‎ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ Salam jumaat dari admin, Semoga ummat Nabi ...
17/02/2023

‎ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Salam jumaat dari admin, Semoga ummat Nabi Muhammad yang ingin bertemu nabi dalam mimpi dikabulkan aamiinn 😭🤲🏻

AMALAN - AMALAN DI BULAN REJAB YANG JATUH PADA HARI ISNIN, 23 JANUARI5 Malam Mustajab Doa 1. Malam Jumaat2. Malam Hari R...
22/01/2023

AMALAN - AMALAN DI BULAN REJAB YANG JATUH PADA HARI ISNIN, 23 JANUARI

5 Malam Mustajab Doa
1. Malam Jumaat
2. Malam Hari Raya ‘Aidil Fitri
3. Malam Hari Raya ‘Aidil Adha
4. Malam Pertama Di Bulan Rejab
5. Malam Nisfu Sya’ban

(Imam As-Syafie)

“Jadi Malam ni InshaaAllah sama2 kita perbanyakkan berdoa untuk diri, keluarga, para sahabat, serta doakan untuk seluruh Ummat🤲🏻”

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-65 dari pada HADEE ANYTIME ✨
31/08/2022

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-65 dari pada HADEE ANYTIME ✨

30/07/2022

Selamat Menyambut Awal Muharam semua!!
Semoga semua di permudahkan urusan serta diberi hidayah aamiin.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:30
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60183660805

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hadee.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hadee.my:

Share