07/09/2022
TRADING TIPS📝
APAKAH ITU CHART PATTERN?
Chart Pattern adalah elemen penting dalam teknikal analisis. Setiap trader wajib tahu ilmu Chart Pattern sebagai panduan untuk mereka analisa pergerakan harga di dalam market.
Chart Pattern adalah pattern yang terbentuk dari pergerakan harga dan dapat membantu kita untuk menentukan kemana arah atau direction harga seterusnya. Pattern atau Corak harga ini dipandukan berdasarkan harga pasaran sebelumnya.
Chart Pattern lebih sesuai digunakan dalam carta Candlestick, ia bagi memudahkan lagi untuk kita mengenal pasti harga buka dan tutup pada pasaran.
JENIS CHART PATTERN
📌CONTINUATION PATTERN
Memberi signal di mana harga pasaran akan meneruskan kenaikan mengikut kepada trend harga semasa.
Contohnya apabila harga bergerak dalam keadaan uptrend, ia akan berehat membuat correction/retracement. Semasa retracement inilah akan terbentuknya Chart Pattern.
Sekiranya yang terbentuk adalah Continuation Pattern, maka harga pasaran akan meneruskan kenaikan mengikut trend sebelumnya.
📌REVERSAL PATTERN
Memberi signal sebaliknya dimana pattern ini dapat memberi tahu kita bahawa pasaran dalam keadaan lemah atau momentum dah tak kuat dan berkemungkinan boleh bertukar arah daripada uptrend ke downtrend atau sebaliknya.
Untuk reversal pattern, cara terbaik penggunaannya adalah dengan gabungan Support & Resistance.
📌NEUTRAL PATTERN
Keadaan dimana market dalam tidak ada arah tuju yang jelas atau kita panggil “sideway”.