22/07/2026
π KEDAH | Penutup Siri Jelajah Perancangan Cukai Pintar untuk Pembangunan PKS
Alhamdulillah, siri terakhir Perancangan Cukai Pintar untuk Pembangunan PKS telah berjaya dilaksanakan di Kedah, sekali gus melengkapkan siri jelajah kami di Ipoh, Pulau Pinang dan Kedah.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua usahawan, pemilik perniagaan dan peserta yang hadir serta memberikan komitmen sepanjang sesi. Sambutan dan penglibatan aktif daripada setiap peserta membuktikan bahawa kesedaran terhadap kepentingan perancangan cukai yang strategik semakin mendapat perhatian dalam kalangan PKS.
Sepanjang program ini, peserta telah didedahkan kepada:
βοΈ Asas sistem cukai perniagaan di Malaysia.
βοΈ Strategi mengoptimumkan penjimatan cukai secara sah.
βοΈ Pengurusan aliran tunai yang lebih berkesan.
βοΈ Pematuhan cukai dan pengurusan risiko.
βοΈ Perancangan cukai sebagai pemacu pertumbuhan perniagaan yang mampan.
Semoga segala ilmu, strategi dan pengalaman yang dikongsikan sepanjang siri jelajah ini menjadi panduan kepada para usahawan dalam membina perniagaan yang lebih kukuh, berdaya saing dan berdaya tahan.
Terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang menjayakan Siri Jelajah Perancangan Cukai Pintar untuk Pembangunan PKS.
Jumpa lagi dalam program-program akan datang! π€
KnowEdge AbdulQadirAros Kedah Roadshow2026 BusinessGrowth CashflowManagement TerimaKasih