05/10/2026
“Bisnes Dah Lebih 10 Tahun, Tapi Setiap Kali Tengok Angka Ni Dia Masih Rasa Tak Sedap Hati"
Puan Farah dah lebih 10 tahun berniaga dalam bidang kosmetik dan penjagaan diri. Kalau bab berniaga, memang bukan baru nak belajar. Customer dah ada, bisnes dah lama jalan, operasi pun nampak okay. Orang luar tengok mungkin fikir, “Lama dah berniaga, mesti semua dah teratur.” Tapi sebenarnya ada satu benda yang selalu buat dia tak senang duduk.
Dia sendiri tak berapa yakin dengan angka dalam rekod bisnes dia.
Duit masuk memang ada. Duit keluar pun ada. Tapi bila tengok balik rekod, mula timbul macam-macam soalan. Betul ke angka ni? Cukup ke semua rekod? Kalau nak guna angka ni untuk buat keputusan bisnes, boleh percaya ke?
Bila angka sendiri pun kita tak yakin, nak buat keputusan memang jadi serba salah. Puan Farah sampai susah nak rancang perbelanjaan untuk bulan depan. Nak keluarkan duit lebih takut tersalah langkah. Nak tambah belanja untuk bisnes pun fikir dua tiga kali sebab dia tak nampak keadaan kewangan dengan cukup jelas.
Paling buat dia risau bila tarikh akhir dah makin dekat, tapi persediaan akaun masih belum lengkap. Masa tu mulalah rasa kelam-kabut. Dokumen nak cari, rekod nak semak, akaun p**a belum betul-betul bersedia. Benda macam ni kalau sekali dua mungkin boleh tahan, tapi kalau setiap kali nak dekat deadline baru nak berkejar, memang penat.
Akhirnya Puan Farah jumpa WEKEYRA melalui media sosial. Team mula dengan kumpulkan dan semak maklumat yang diperlukan dulu supaya rekod yang digunakan lebih lengkap. Setiap kali ada benda yang nak dibuat, team terangkan dulu supaya dia faham apa yang sedang berlaku dengan akaun bisnes dia.
Lepas semuanya makin tersusun, urusan akaun tak lagi jadi kerja last minute. Rekod makin kemas, dia lebih faham kedudukan kewangan dan tanggungjawab cukai, malah masa yang sebelum ni habis fikir pasal akaun boleh digunakan semula untuk jaga customer dan operasi bisnes.
Kadang-kadang bisnes dah lama bukan bermaksud bab akaun kita automatik dah kemas. Bisnes kecil atau besar, kalau bab cukai dan akaun masih tak jelas, jangan tunggu sampai deadline dah depan mata baru nak kelam-kabut.
Kalau keadaan ni macam terkena dekat bisnes anda, boleh mula berbincang dengan team WEKEYRA dulu.