Ewallet Empire

Ewallet Empire Ewallet Empire menyediakan perkhidmatan pendaftaran merchant bagi jenama-jenama e-wallet secara percuma.

05/12/2022

Hanya muat turun aplikasi daripada platform aplikasi rasmi telefon pintar anda.

17/08/2022

Cashless Society

02/08/2022

Jom bersama kami dalam sesi webinar mengenai penipuan kewangan berkenaan isu kehilangan wang daripada akaun bank tanpa pengetahuan atau kebenaran.

Webinar ini akan berlangsung pada hari Khamis, 4 Ogos 2022, pukul 8.30 malam hingga pukul 9.30 malam.

Ikuti sesi webinar ini agar anda dapat:
- Ketahui modus operandi terkini dan peranan anda dalam mengelakkanya
- Fahami peranan BNM, institusi-institusi kewangan dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam membanteras penipuan kewangan
- Ketahui tentang keselamatan sistem perbankan terutamanya langkah-langkah yang diambil BNM dan institusi-institusi kewangan.

RSVP di : https://fb.me/e/1FMHN9q1K

Kongsikan webinar ini dengan ahli keluarga serta rakan-rakan anda!

01/07/2022

AWAS JERAT SINDIKET KELDAI AKAUN!

Keldai akaun adalah individu yang dengan rela atau tanpa paksaan menyerahkan akaun bank miliknya digunakan oleh pihak lain dan akaun tersebut kemudiannya digunakan bagi tujuan jenayah.

Jangan serah, pinjamkan, jual atau sewakan akaun bank anda kepada mana-mana pihak!

Jika anda telah serahkan akaun bank anda kepada mana-mana pihak, hubungi bank dan segera batalkan kad ATM serta perbankan internet akaun tersebut. Semak transaksi di dalam akaun bank tersebut. Jika transaksi wang adalah mencurigakan seperti kekerapan wang keluar masuk dari akaun tersebut, buat laporan polis.

Akaun anda mungkin telah digunakan untuk pemindahan wang hasil jenayah penipuan dll. Antara langkah untuk hapuskan scammer adalah kita hapuskan tempat scammer mengumpul wang. Akaun keldai!

SUMBER: JSJK PDRM


30/06/2022

Jangan Panik!

Jangan Terpedaya!​

Sumber: OCBC

27/06/2022

Sentiasa berwaspada dengan taktik-taktik yang digunakan Scammer agar tidak mudah terpedaya dan menjadi mangsa kepada mereka​

Sumber: KPDNHEP, JPN

14/06/2022

Hati-hati sekiranya anda diminta untuk membuat pelaburan ke dalam akaun peribadi.​

Semak dahulu melalui : bnm.my/FCA

13/06/2022

Pernah nampak iklan untuk pinjam/sewakan kad bank di sosial media?​

JANGAN sewa/serah! Anda boleh didakwa!​

Sumber: JSJK, PDRM

27/05/2022
27/05/2022

Berwaspada dengan modus operandi sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menggunakan nama BNM untuk memaklumkan tentang hutang yang tertunggak atau pembekuan akaun.

Jangan terpedaya dengan tipu helah mereka untuk mendapatkan butiran peribadi anda!

Jika ragu-ragu, hubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK menerusi talian 1-300-88-5465 atau laman bnm.gov.my/LINK

20/05/2022

Sejak 2021, seramai 12,659 pemilik akaun keldai telah ditahan dan dituduh di mahkamah kerana membenarkan pihak penjenayah menggunakan akaun bank atau kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka.

Ingat! Anda bertanggungjawab untuk memastikan kad ATM dan nombor PIN anda selamat dan tidak digunakan oleh pihak ketiga. Jika akaun anda didapati sebagai akaun keldai, anda boleh disiasat sebagai rakan sejenayah yang bersubahat.

Jika ragu-ragu, hubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK menerusi talian 1-300-88-5465 atau laman bnm.gov.my/LINK

20/05/2022

Orang ramai terutamanya umat Islam diingatkan agar perlu berhati-hati dengan tawaran pakej haji oleh agensi pelancongan bagi musim haji.

Address

Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60199904751

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ewallet Empire posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ewallet Empire:

Share