Noor Atikah Rozemi

Noor Atikah Rozemi My professional expert are in strategic Business Plan & Business Model Canvas. My mission is to be your strategic partner!

Known as "Cik Helper Atikah" because of my passion to help startups and SME entrepreneurs. Freelance Business Consultant
Manager in Berembang Makmur Enterprise
Assistant Manager in Koperasi Amal Infak Kuala Lipis Berhad (KOAMIL)

SPRING SAKURA MALAYSIA is back!!!Let's talk more in science perspective!Malaysia not included in Spring equinox line of ...
24/03/2021

SPRING SAKURA MALAYSIA is back!!!

Let's talk more in science perspective!

Malaysia not included in Spring equinox line of the Earth equator but we still got chance to view the floral bloom panorama in our environmental culture version. Haha.

Malaysia's sakura or cherry blossom flower has its scientific name 'tabeuia rosea' and also known by local people as 'tecoma'.

This 'tecoma' bloom its flower every year.
In Malaysia, we have varities of tecoma that would produce either pink or white colour flower.

It is logic that this plant species bloom so densely because its inflorescence season may reach during March until April due to temperature and weather factors. Tecoma needs distinct dry season in order to burst the blooming flower and pollination happened. However, climate change has made it difficult to predict the blooming time in certain area.

In last previous years, the phenomenon of the appearance of cherry blossoms after the monsoon season and extreme heat in Malaysia happened beyond expectations.

This only happen when there is disruption in metabolic regulation process that may switch "on" and "off" the gene expression in the plant's inflorescence system. The blooming of T. rosea depended on the time of in-season rainfall ended. It also required a certain continuous dry period. It is believed to be approximately 60 days, depending on the rate of water evaporation.

This genus of plant may produce phytochemical or natural phenolic compound known as lapachol. Lapachol can be isolated from the bark of the tree. It might be use for some type of cancer treatment, antimalarial agents and antipanasomal effects. However, study not recommend due to high toxicity.

For those who are interested to pursue Master (Research) or PHD in science biology, I guess it is very interesting to study deeply this MALAYSIA'S SAKURA in aspect of "plant inflorescence system", "epigenetic", "enzyme-inhibitor" and "gene expression" in this plant species!

Cuti-cuti Malaysia by Cik Helper.
Please share with us your sakura photo in comment box ya. ✌️😉

Credit photo: paris ,





[EDISI START UP BISNES] HASIL PENDAPATAN DALAM BMC : NILAI PELANGGAN PERLU MEMBAYAR ATAU KOS PERNIAGAAN MANA LEBIH UTAMA...
06/09/2020

[EDISI START UP BISNES]
HASIL PENDAPATAN DALAM BMC : NILAI PELANGGAN PERLU MEMBAYAR ATAU KOS PERNIAGAAN MANA LEBIH UTAMA DALAM MENGIRA KEUNTUNGAN SYARIKAT?
Sebagai usahawan ataupun ahli perniagaan yang baru memulakan bisnes, hasil-hasil pendapatan perniagaan sangat penting untuk menentukan sejauh mana bisnes kita dapat melangkah jauh atau kekal lama.
Melalui jumlah yang pelanggan bayar kepada kita, baru kita mampu untuk menanggung kos-kos aktiviti dan sumber-sumber utama syarikat. Masalah yang sering dihadapi oleh usahawan yang baru memulakan perniagaan adalah mereka telah menawarkan nilai kepada pelanggan tetapi pelanggan p**a tidak bersedia untuk membayar nilai yang diterima.
Di dalam bisnes model kanvas, hasil-hasil pendapatan syarikat tidak semestinya melalui hasil jualan atau perkhidmatan 'direct' daripada pelanggan. Hasil-hasil pendapatan juga boleh didapati melalui alternatif-alternatif lain seperti saham, 'trading', iklan, komisen, yuran, sewa, emas, hartanah dan lain-lain.
Disebabkan hasil pendapatan utama syarikat adalah melalui nilai yang kita terima daripada pelanggan, jadi timbul persoalan seperti tajuk di atas.

Dalam mengira keuntungan kepada syarikat mana aspek yang harus diutamakan, nilai yang kita terima daripada pelanggan atau kos perniagaan?
Banyak kita lihat usahawan-usahwan lebih mengutamakan aspek kos yang ditanggung oleh syarikat. Contoh, kos untuk mengeluarkan sesuatu produk. Jadi, kualiti yang mereka sampaikan kepada pelanggan rendah.
Sewajarnya kita fokus kepada nilai yang kita tawarkan kepada pelanggan dan kemampuan mereka untuk membayar nilai tersebut. Strategi menjana pendapatan dengan fokus kepada nilai yang pelanggan terima secara berterusan adalah pilihan yang terbaik untuk bisnes jangka masa panjang!
Pentingnya anda buat survey pasaran dahulu, siapa segmen pelanggan anda? Nilai yang anda tawarkan kepada mereka, mampukah mereka membayar?
Sediakan anda. Langkah terakhir barulah fikir strategi harga dan mekanisme harga sebab ia bergantung pada "supply" dan "demand" semasa.
CARI COACH UNTUK BIMBING BUSINESS MODEL CANVAS ANDA?
======================
Jom sertai Coaching Bersama Sis Ika dan Team WriteUpViral SEPTEMBER 2020 ini.
CAJ YURAN ISTIMEWA BAGI 10 PENDAFTARAN TERAWAL!
Jimat sehingga RM798!
Klik pautan di bawah untuk pendaftaran segera ⤵️
m.me/writeupviral
m.me/writeupviral
m.me/writeupviral
Terima kasih. 😁













02/09/2020

Accounting is a part of any business and as a business owner, you should be able to know at least its basic terms and concepts. When I started my first business, I had no accounting background. I…

BATU PUN EMPUK, JANGANKAN HATI MANUSIA. INI KAN P**A SENYUMAN MU, UMPAMA SEMUT MEMPERSEMBAHKAN PAHA BELALANG KEPADA RAJA...
29/08/2020

BATU PUN EMPUK, JANGANKAN HATI MANUSIA. INI KAN P**A SENYUMAN MU, UMPAMA SEMUT MEMPERSEMBAHKAN PAHA BELALANG KEPADA RAJA 🐜🤭😁
Senyumlah, kerana disebalik senyuman itu anda akan dapat manfaat.
Kajian kata senyuman dapat merembeskan hormon-hormon positif yang diperlukan oleh otak dan tubuh badan manusia.
Endorphin dapat membuat anda lebih bersemangat malah senang hati, manakala hormon Oxytocin buat anda rasa seronok.. bahagia seperti sedang dilamun cinta.
Belum kira lagi saat kita tersenyum, hormon serotonin dihasilkan melalui neurotransmitters otak akan buat kita rasa nyaman, tenang dan bahagia. Saat kita mampu tersenyum, tubuh badan dan mental kita turut seiring merasa sihat dan kuat.
Senyuman mu adalah suatu yang tidak ternilai.
Kata Rasulullah SAW, senyuman dari seorang saudara kepada saudaranya yang lain yakni sesama Muslim adalah kira suatu sedekah.
Ini benar, senyuman dapat memberikan aura positif pada diri kita dan orang-orang yang berada di sekeliling kita. Kadangkala, senyuman yang penuh keikhlasan itu lebih diperlukan saat untuk merawat hati manusia yang sedang rawan atau jiwa yang sedang bersedih.
Senyuman yang manis dapat memadamkan api-api kebencian. Jika kita ingin mengubah persekitaran negatif menjadi positif, maka mulakan dari diri kita dahulu. Senyum. 🙃
Tidak susah pun untuk senyum, anda hanya perlu gerakkan 17 otot muka. Sebaliknya jika anda berada dalam keadaan marah, anda menggerakkan 43 otot muka. Jika berterusan, anda akan kelihatan lebih tua!
Anda mahu kelihatan tua? 🤭😁
Jadi senyumlah!

Sembunyikan derita mu.
Pamerkan senyuman mu.

SENYUM... ☺️


PENING MEMILIH "CHANNELS" YANG SESUAI DI DALAM "BUSINESS MODEL CANVAS"?"Channels" merupakan penghubung di antara suatu s...
29/08/2020

PENING MEMILIH "CHANNELS" YANG SESUAI DI DALAM "BUSINESS MODEL CANVAS"?
"Channels" merupakan penghubung di antara suatu syarikat dengan sasaran pelanggan mereka. Bagaimana sebuah syarikat itu ingin mencapai atau menyampaikan sesuatu 'output' kepada sasaran pelanggan?
"Channels" boleh dikategorikan sebagai pemasaran, jualan ataupun saluran-saluran pengedaran.
Setiap syarikat menggunakan medium yang berbeza untuk menarik pelanggan dan mereka juga mengasingkan strategi untuk mengekalkan pelanggan-pelanggan mereka.
Apa yang kami ingin fokuskan di sini adalah tentang "Distribution Channels " ataupun dikenali sebagai saluran-saluran pengedaran.
"Distribution Channels" mewakili kaedah-kaedah yang digunapakai oleh setiap syarikat untuk memastikan produk atau servis mereka mampu dimiliki oleh pelanggan-pelanggan akhir.
"Distribution Channels" boleh berlaku secara terus atau tidak terus. Pengilang yang menjual produk secara terus kepada pelanggan ataupun melalui perantara seperti pembekal, penjual, Agen stokis ataupun broker dikategorikan sebagai "Distribution Channels" secara terus.
Manakala, organisasi ataupun syarikat yang menjual produk ataupun servis dan perlu melalui banyak "Channel" untuk sampaikan suatu produk kepada pengguna akhir, ia dikenali sebagai "Distribution Channels" tidak terus.
Sebagai contoh, menjual melalui medium perantara seperti Google Ads, Shopee dan Lazada. Selain itu, "outsourcing" servis jualan daripada pihak luar juga.
Sebelum anda ingin buat keputusan untuk memilih saluran-saluran pengedaran yang terbaik untuk bisnes model anda, anda harus teliti 3 PERKARA ini:
1- Saiz pasaran dan segmen pelanggan anda;
2- Kos ataupun pelaburan yang diperlukan; dan
3- Standard produk anda.
Anda belajar sesuatu?
Jika anda perlukan bimbingan berkaitan bisnes, sila klik link di bawah ya ⤵️
http://bit.ly/CikHelperAtikah


URUS SUMBER MANUSIA MELALUI BUSINESS MODEL CANVAS. OH, BARU TAHU YA? 😁Tuan-puan yang dihormati sekalian, ada sebab sebel...
28/08/2020

URUS SUMBER MANUSIA MELALUI BUSINESS MODEL CANVAS. OH, BARU TAHU YA? 😁
Tuan-puan yang dihormati sekalian, ada sebab sebelum ini kami banyak tekankan tentang "Business Model Canvas".
Kami faham masalah yang dialami oleh kebanyakkan usahawan-usahawan. Ramai yang jadi "Rasyid" dan "Rasyidah", semua perkara A-Z tentang bisnes mereka cuba buat sendiri.
Ramai yang tiada halatuju khusus di dalam bisnes malah tidak fokus untuk kembangkan strategi bisnes masing-masing.
Sebelum ini kami ada terangkan kepentingan serta fungsi "Business Model Canvas". Kenapa anda perlu rangka "Business Model Canvas" sebelum membuat Rancangan Perniagaan? Anda perlu baca artikel-artikel kami sebelum ini.
Baiklah, hari ini team Writeupviral ingin berkongsi dengan tuan-puan ilmu baru tentang "Business Model Canvas (BMC)". Rupa-rupanya, kita boleh 'applied' ilmu BMC untuk rancang pengurusan sumber manusia (HR).
Bagaimana nak buat? Kita pecahkan dahulu kepada 9 ELEMEN PENTING di dalam BMC, seperti di bawah:
✅TAWARAN NILAI:
Apa nilai yang HR perlu buat untuk menyusun atur manusia yang tepat pada masa yang tepat?

✅SEGMEN PELANGGAN:
Apa sebenarnya yang HR perlu tawar kepada majikan dan pekerja-pekerja?

✅AKTIVITI UTAMA:
Apa aktiviti-aktiviti yang HR perlu laksanakan berkaitan dengan 'input', 'throughput' dan 'output' manusia?

✅SUMBER UTAMA:
Apa tindakan HR untuk menjadikan pekerja berpotensi tinggi (HiPo) sebagai aset syarikat?

✅HUBUNGAN PELANGGAN:
Dalam konteks HR, hubungan pelanggan dibina dan dijaga melalui pertemuan, layan diri dan nasihat peribadi. Apa yang HR boleh buat untuk jaga hubungan ini?

✅SALURAN:
Bagaimana kaedah HR untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada majikan dan pekerja?
Tugas HR menyampaikan orang-orang yang tepat di tempat yang tepat serta pada waktu yang tepat melalui portal HR, kedai, kakitangan, penasihat dan telefon dan lain-lain berkaitan.

✅RAKAN KONGSI:
- Siapa pihak atau organisasi yang paling penting terlibat untuk program serta aktiviti berkaitan pengurusan sumber manusia?

✅KOS STRUKTUR:
-Apakah kos penting dalam pengurusan sumber manusia?

✅HASIL PENDAPATAN:
Bagaimana cara HR untuk dapatkan bajet untuk melaksanakan program serta aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan sumber manusia?
Kalau dah pandai "Business Model Canvas", nampak mudah je kan untuk praktis dalam semua lapangan bisnes?
Ingat, anda sebagai usahawan tugas anda adalah merancang serta rangka strategi-strategi bisnes dari awal.
Kalau anda sendiri tidak nampak nak bawa halatuju bisnes anda ke mana, macam mana nak urus manusia?
Melalui "Business Model Canvas", ia memudahkan anda untuk buat keputusan-keputusan penting berkaitan perniagaan anda. Ringkas tapi padu!
Macam nak pergi perang, susun dulu strategi penting.
Rangka dulu elemen-elemen penting. Baru kita tahu nampak 'view' dan apa tindakan kita perlu buat?
Anda belajar sesuatu? Komen sikit.
LIKE dan SHARE lah kalau bermanfaat. 😉
Sebarang pertanyaan tentang masalah perniagaan, sila klik link di bawah ya ⤵️:
http://bit.ly/CikHelperAtikah
http://bit.ly/CikHelperAtikah
Terima kasih. 😁


Bikin "Business Model Canvas" dahulu sebelum ingin buat Rancangan Perniagaan (Business Plan). [Khas yang baru memulakan ...
27/08/2020

Bikin "Business Model Canvas" dahulu sebelum ingin buat Rancangan Perniagaan (Business Plan). [Khas yang baru memulakan perniagaan]
Selalunya usahawan-usahawan lebih fokus untuk membuat Rancangan Perniagaan semata-mata untuk mendapatkan geran, pinjaman dan bantuan kewangan daripada Kerajaan, pihak bank serta institusi-institusi atau pelabur luar demi untuk kembangkan bisnes mereka.
Sedangkan bagi memudahkan kita bila berkomunikasi dengan pihak-pihak tersebut cukuplah memadai dengan kita menyampaikan kandungan "Business Model Canvas" yang ringkas, padu, holistik dan sangat meyakinkan.
Bagi mereka yang baru bercadang untuk memulakan perniagaan, kami sarankan untuk anda tekan 9 ELEMEN PENTING ini:

✅TAWARAN NILAI:
- Apa masalah utama yang produk/servis anda mampu selesaikan?

✅SEGMEN PELANGGAN:
- Anda sebenarnya tawarkan nilai kepada siapa?

✅AKTIVITI UTAMA:
- Apa aktiviti yang paling bernilai dalam perniagaan anda?

✅SUMBER UTAMA:
- Apa sumber-sumber yang diperlukan untuk mencipta nilai dalam perniagaan?

✅HUBUNGAN PELANGGAN:
- Apa yang diharapkan oleh segmen pelanggan anda daripada anda?

✅SALURAN:
- Bagaimana tawaran nilai anda mencapai pelanggan anda?

✅RAKAN KONGSI:
- Siapa pihak yang paling penting terlibat?

✅KOS STRUKTUR:
-Apakah kos penting dalam perniagaan anda?

✅HASIL PENDAPATAN:
Bagaimana pelanggan memberi ganjaran kepada anda atas nilai yang anda berikan?
Rangka "Business Model Canvas" anda dahulu sekarang!
Apabila ia diisi dengan betul, hampir semua orang dapat memahami perniagaan anda dan fungsinya.
Mereka dapat melihat mengapa pelanggan menyukai perniagaan anda (atau akan menyukainya) dan bagaimana ia menguntungkan bisnes anda.
Satu hal lagi anda perlu tahu, "Business Model Canvas" tidak hanya digunakan untuk perniagaan baru. Agensi dan kontraktor juga boleh menggunakannya sebagai penyelidikan kajian pasaran.
Anda belajar sesuatu? Komen sikit.

LIKE dan SHARE lah kalau bermanfaat. 😉
Sebarang pertanyaan tentang masalah perniagaan, sila klik link di bawah ya ⤵️:
http://bit.ly/CikHelperAtikah
http://bit.ly/CikHelperAtikah
Terima kasih. 😁


Biar Jatuh Terletak, Jangan Jatuh Terhempas! Kisah seorang laki-laki yang bernama Ahmad. Beliau bekerja di firma syarika...
26/08/2020

Biar Jatuh Terletak, Jangan Jatuh Terhempas!
Kisah seorang laki-laki yang bernama Ahmad. Beliau bekerja di firma syarikat bertaraf konglomerat. Kehidupannya bekerja siang dan malam untuk syarikatnya. Dan begitulah rutin beliau hari demi hari.
Beliau anak muda yang bercita-cita tinggi dan berilmu. Berwawasan sekali ingin maju ke hadapan.
Tapi sayangnya persekitaran syarikat beliau tidak mendokong idealisme dan semangat beliau yang sentiasa berkobar-kobar.
Ragam politik di tempat kerja di mana sikap s**a mengampu-ngampu, berpuak-puak, bersaing secara tidak sihat dan s**a menindas siapa yang kelihatan lebih lemah.
Masing-masing sibuk mengejar menjadi jaguh di hadapan majikannya walhal di belakang majikan mereka tidak serupa sekali seperti yang diharapkan.
Suatu hari dalam perjalanan Ahmad ingin ke pantri, Ahmad terdengar perbualan antara Pengurus dan Timbalan Pengurus.

"Orang seperti Ahmad ini kita perlu singkirkan cepat. Kalau tidak, apa yang kita rancang sebelum ini tidak akan berjaya."

"Saya setuju. Kita perlu susun cara untuk menyingkirkan Ahmad tanpa perlu melalui proses yang rumit."
Dengan rasa berat hati, Ahmad ambil keputusan untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan. Tanpa berfikir panjang beliau terus mengemas barang-barang keperluan beliau.
Sebelum beliau berlalu pergi dari syarikat tersebut, Ahmad mengetuk pintu pejabat Pengurus. Ahmad meletakkan notis berhenti kerja dalam tempoh 24 jam di atas meja Pengurus beliau.
Ahmad terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Tercenggang Pengurus Ahmad melihat tindakan Ahmad yang sangat drastik.
Bermula saat itu Ahmad memulakan perniagaan pertama beliau. Bisnes model beliau adalah menyediakan menu burger daging bakar yang berkhasiat, lazat, mewah dengan sayur-sayuran, keju dan sos ramuan ciptaan beliau sendiri.
Lalu, Ahmad cepat-cepat mengambil suntikan Thypoid dan mendaftarkan perniagaan beliau.
Mula-mula Ahmad meniaga Burger di tepi jalan sambutan perniagaan beliau agak kurang. Ramai kritik bahawa harga Burger Ahmad mahal. Ahmad yakin kualiti dan persembahan produk beliau bagus. Jadi, Ahmad abaikan kritikan dan terus fokus meniaga Burger di kawasan tersebut.
Dalam sebulan, berapa orang sahaja yang menyinggah gerai burger Ahmad.
Keluarga Ahmad tidak pernah bersetuju dengan tindakan Ahmad untuk berhenti kerja. "Dah elok-elok kerja selesa, gaji besar... berhenti. Kau ni memalukan keluarga. Tak pernah dalam keluarga kita jual burger tepi jalan."
Ahmad tidak hiraukan komen-komen negatif. Beliau semakin bersemangat untuk mempromosikan produk beliau di dalam media sosial. Beliau manfaatkan sepenuhnya Instagram dan Facebook. Tak sangka p**ak Ahmad ramai p**ak permintaan di luar kawasan.
Ahmad bekerjasama dengan beberapa mat-mat motor. Mereka akan menjadi "runner" untuk menghantar produk kepada pelanggan-pelanggan yang berada di luar kawasan.
Semakin hari bisnes Ahmad semakin berkembang. Ahmad bercadang untuk "upgrade" gerai beliau. Ahmad berani mencuba sesuatu yang baru. Beliau tambah beberapa menu minuman berasaskan kopi dan tea. Beliau menjadikan Burger King sebagai "benchmark" untuk beliau maju ke hadapan.
Tersebutlah kisah Ahmad yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Seorang anak muda yang berani memulakan langkah awal.
Beliau rela kehilangan kerja daripada diberhentikan kerja dalam keadaan tidak bermaruah. Akhirnya beliau berjaya dengan cara tersendiri dan mampu menikmati hasil kerja keras beliau sendiri.
"Jangan takut gagal kerana orang yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah melangkah", kata Buya Hamka.
Biarlah kita gagal setelah mencuba jangan kita gagal kerana tidak mencuba lansung.
Belajar sesuatu?
Teruskan berjuang!
Selamat malam kawan.🥱


Entrepreneur vs. Intrapreneur: KENAPA PERLU GUNA BUSINESS MODEL CANVAS?Sebelum kita kupas lebih terperinci lebih baik ki...
26/08/2020

Entrepreneur vs. Intrapreneur: KENAPA PERLU GUNA BUSINESS MODEL CANVAS?
Sebelum kita kupas lebih terperinci lebih baik kita tahu perbezaan Entreprenur dan Intraprenur.
Entreprenur ialah seseorang yang mencipta dan melancarkan perniagaan baru. Mereka ini akan mengambil ganjaran dan risiko daripada perniagaan yang mereka jalankan.
Peranan “Entreprenur” adalah mencari idea-idea baru, membina jaringan luar dan merangka strategi baru untuk mengembangkan bisnes mereka.
Sebaliknya intrapreneur ialah seseorang yang menggunakan sepenuhnya kemahiran serta ilmu berkaitan dunia perniagaan untuk menguruskan syarikat ataupun organisasi mereka berkhidmat.
Peranan “Intrapreneur” adalah menjaga kewangan syarikat, mengurus sumber syarikat serta melaksanakan sesuatu aktiviti ataupun tugasan demi mencapai matlamat syarikat.
JADI APA FUNGSI “BUSINESS MODEL” CANVAS KEPADA ENTREPRENUR DAN INTRAPRENUR?
“Business Model Canvas” (BMC) boleh bantu kedua-dua pihak ini untuk tujuan inovasi model bisnes.
Ini kerana, “Business Model Canvas” menyampaikan TIGA PERKARA PENTING iaitu:-

✅FOKUS:
-BMC fokus perkara-perkara penting dalam asas logik bisnes.
-BMC menerangkan dengan cepat dan menunjukkan sama ada adakah perkara-perkara tersebut sesuai untuk pelaburan bisnes.

✅ FLEKSIBILITI:
- Idea-idea asal tentang bisnes senang untuk diubahsuai apabila ada “Business Model Canvas”.
- Ini sangat benar terutamanya apabila melibatkan kerjasama dengan banyak organisasi dan pekerjaan merentas pelbagai kemahiran.

✅ KETELUSAN:
- Memudahkan “team” untuk rujuk dan membuat keputusan berkaitan perniagaan.
- “Business Model Canvas” memudahkan perbincangan atau penyelidikan berkaitan kewangan, segmen pelanggan, sumber utama syarikat, aktiviti utama syarikat dan rakan kongsi.
Anda belajar sesuatu?
Cik Helper nak cari 10 orang TERHAD untuk "Personal & Group Business Coaching".

Untuk lihat testimoni kami, boleh klik link di bawah ⤵️
bit.ly/TestimoniWriteUpViral
bit.ly/TestimoniWriteUpViral

Anda ada masalah berkaitan bisnes?

Jika ingin team Cik Helper bantu , sila klik link di bawah ya ⤵️:
http://bit.ly/CikHelperAtikah
http://bit.ly/CikHelperAtikah

Terima kasih. 😁


MEMAHAMI PESAING-PESAING BISNES ANDA DENGAN MENGGUNAKAN “BUSINESS MODEL CANVAS”. ANDA TAHU TAK? INI RAHSIA PENTING TAU!S...
25/08/2020

MEMAHAMI PESAING-PESAING BISNES ANDA DENGAN MENGGUNAKAN “BUSINESS MODEL CANVAS”. ANDA TAHU TAK? INI RAHSIA PENTING TAU!
Syabas dan tahniah anda yang membaca artikel ini.
Sebenarnya kita boleh memahami bisnes pesaing-pesaing kita secara holistik dengan menggunakan “Business Model Canvas”.
Ini kerana, “Business Model Canvas” bantu anda untuk fokus perkara-perkara penting di dalam bisnes.
Dalam “Business Model Canvas” itu sendiri mengandungi 9 Elemen penting iaitu tawaran nilai, segmen pelanggan, saluran pengedaran, hubungan pelanggan, aktiviti utama, sumber utama, rakan kongsi, kos struktur dan hasil pendapatan.
Sebagaimana anda membuat “Business Model Canvas” untuk perniagaan anda, begitu juga anda boleh merangka satu persatu bisnes pesaing-pesaing anda dengan menggunakan kaedah yang sama.
Anda boleh merangka “Business Model Canvas” untuk pesaing-pesaing dengan bercakap dengan pelanggan, prospek anda, menggunakan solusi-solusi pesaing-pesaing anda, pemasaran dan aktiviti-aktiviti penjenamaan mereka.
Kemudian, anda boleh bandingkan “Business Model Canvas” pesaing-pesaing anda dengan “Business Model Canvas” syarikat anda. Lakukan perbandingan dan lihat aktiviti-aktiviti dalaman serta terhadap kekuatan pasaran.
Kesimp**annya, dengan menggunakan “Business Model Canvas” anda boleh lihat persaingan yang betul dan memahami bisnes mereka secara lebih menyeluruh.
“Business Model Canvas” dapat bantu anda merangka strategi bisnes dan membuat tawaran nilai lebih baik daripada pesaing-pesaing anda.
Anda belajar sesuatu?
Sebarang masalah berkaitan bisnes anda, Cik Helper sedia membantu.

Sila klik link di bawah ya:
http://bit.ly/CikHelperAtikah
Terima kasih. 😁


KESILAPAN BESAR DALAM PERNIAGAAN BILA ANDA TIDAK KEMBANGKAN STRATEGI PENGEKALAN YANG BERKESAN. APA TU? MEH NAK TERANGLAH...
24/08/2020

KESILAPAN BESAR DALAM PERNIAGAAN BILA ANDA TIDAK KEMBANGKAN STRATEGI PENGEKALAN YANG BERKESAN. APA TU? MEH NAK TERANGLAH NI.
“Tuan.. boleh saya tahu masalah dalam perniagaan tuan sekarang?”

“Cik Atikah, saya kerugian besar sejak akhir ini. Macam mana saya nak bangkit semula?”

“Boleh saya tahu macam mana status pelanggan tetap tuan sekarang? Tuan ada “follow-up” dengan mereka?

“Oh, tidak Cik. Sejak kami tutup kedai bermula hari PKP, kami hilang terus pelanggan tetap kami.”
Begitulah antara permasalahan klien-klien team Writeupviral.
Anda tahu tak punca syarikat-syarikat besar kerugian besar dalam perniagaan adalah mereka perlu menanggung kos perniagaan yang tinggi disebabkan kehilangan pelanggan tetap mereka.
Sekali pelanggan anda pergi meninggalkan “Brand” produk anda, potensi mereka untuk kembali kepada “Brand” yang sama iaitu produk anda sangatlah tipis.
Sekiranya anda gagal untuk kekalkan pelanggan tetap anda, anda perlu menanggung kos mencari pelanggan baru anda sebanyak LIMA KALI GANDA!
Sebab itu anda lihat banyak syarikat-syarikat besar terpaksa melabur ratus ribu malahan jutaan ringgit Malaysia untuk kos strategi pemasaran dan menaikkan semula penjenamaan syarikat mereka.
Anda sebagai usahawan SME, anda rasa anda mampu buat begitu? Lupakan.
Fokus anda adalah bangunkan semula strategi untuk mengekalkan pelanggan anda. Lupakan kisah lama dan belajar dari kesilapan ya!
Anda kena tahu DATA dan MAKLUMAT PROSPEK anda sangat penting untuk tujuan strategi pemasaran.
Fokus segmen pelanggan anda untuk kembangkan strategi pengekalan berkesan.
Nasihat kami kepada anda, pertama anda perlu kenalpasti pelanggan anda yang s**a membeli dan membayar lebih. Berikan tawaran eksklusif untuk bina perhubungan dengan mereka.
Kedua, susun semula prospek-prospek yang tidak membeli tapi berminat dengan tawaran nilai anda. Bina keyakinan mereka melalui penjenamaan diri serta team anda.
Ketiga, lihat semula "Business Model Canvas" anda. BMC akan bantu anda untuk fokus rangka strategi perniagaan semula.
Nak bina penjenamaan diri perlukan ilmu. Baru audiens sedap baca segala penerangan kita gaisss.

Nak Cik Helper bantu masalah bisnes anda?
Saya sedia mendengar dan cuba bantu anda.
Sila klik ya ⤵️:
http://bit.ly/CikHelperAtikah
Terima kasih. 😁


Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00

Telephone

+60144009206

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Noor Atikah Rozemi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Noor Atikah Rozemi:

Share