Ttc_upnm

Ttc_upnm Transfer Technology and Commercialization Unit

Knowledge Transfer Program dan Pengkomersialan Produk Aplikasi EmotiCare11 Julai 2026 – Knowledge Transfer Program dan s...
11/07/2026

Knowledge Transfer Program dan Pengkomersialan Produk Aplikasi EmotiCare

11 Julai 2026 – Knowledge Transfer Program dan sesi pengkomersialan bagi produk Aplikasi EmotiCare telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nur Diyana binti Kamarudin bersama Lt Kdr Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Norsyarizad bin Razali TLDM (Bersara), Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan. Program ini turut mendapat sokongan Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan UPNM dalam usaha memperkukuh agenda pemindahan ilmu serta pengkomersialan hasil penyelidikan universiti.

Program ini menjadi platform penting untuk memperkenalkan potensi Aplikasi EmotiCare sebagai inovasi yang dibangunkan bagi menyokong aspek kesejahteraan psikologi dan pengurusan emosi. Sesi perkongsian telah memberi penekanan kepada fungsi, kelebihan, impak serta potensi aplikasi ini untuk diperluaskan penggunaannya melalui kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan.

Aplikasi EmotiCare telah menarik minat Kepten Ahmad Rashidi bin Othman TLDM, Pengarah Strategi dan Perkhidmatan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bersama Kdr Azwanizam Hj Abu Bakar TLDM, PS1 Psikologi MTL, serta barisan Pegawai Psikologi TLDM, yang hadir bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai keupayaan, nilai tambah dan implikasi pelaksanaan aplikasi tersebut dalam menyokong pengurusan sumber manusia serta kesejahteraan psikologi warga TLDM.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen UPNM dalam memperkasa pemindahan ilmu, memperluaskan jaringan kerjasama strategik antara akademia dan industri pertahanan, serta merealisasikan agenda pengkomersialan hasil penyelidikan berimpak tinggi demi manfaat organisasi dan masyarakat.

FSTP UPNM
Bahagian Penyelidikan dan Inovasi UPNM
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

DSA & NATSEC 2026 20– 23 APRIL 2026  I  MITEC Penganjuran Defence Services Asia (DSA) 2026 dan NATSEC Asia 2026 berlangs...
28/04/2026

DSA & NATSEC 2026
20– 23 APRIL 2026 I MITEC

Penganjuran Defence Services Asia (DSA) 2026 dan NATSEC Asia 2026 berlangsung dalam konteks landskap keselamatan global yang semakin dinamik dan kompleks, merangkumi ancaman konvensional, siber serta ancaman bukan tradisional. Dalam era ini, kekuatan sesebuah negara tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada keupayaan ketenteraan fizikal, tetapi turut dipacu oleh penguasaan teknologi, inovasi strategik serta keupayaan industri pertahanan domestik.
Sejajar dengan keperluan tersebut, Pavilion Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsung dari 20 hingga 23 April 2026 telah menghimpunkan sembilan (9) buah Universiti Awam (UA) dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai peneraju utama. Penyertaan ini bertujuan mengetengahkan peranan institusi pendidikan tinggi dalam pembangunan teknologi strategik negara.
Sebanyak dua belas (12) produk inovasi telah dipamerkan, meliputi bidang teknologi pertahanan, keselamatan siber, sistem autonomi dan teknologi dwi-guna (dual-use technology) yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan serta menyokong keperluan industri di peringkat global.
Sepanjang penganjuran, Pavilion KPT turut menerima kunjungan delegasi antarabangsa dan menjadi platform perbincangan strategik antara pihak akademia, industri dan agensi kerajaan. Interaksi ini membuka peluang kepada Malaysia untuk memperkukuh kedudukan dalam rantaian bekalan global serta memperluas jaringan kerjasama strategik.

08/04/2026

“Prestasi aset pertahanan di laut terjejas oleh biofouling dan UPNM membawakan penyelesaiannya di DSA 2026.”

Dalam persekitaran tropika, biofouling dan kulat memberi kesan kepada prestasi, ketahanan serta kos penyelenggaraan aset pertahanan.

Memperkenalkan TropicShield, teknologi antifungal biofouling coating berasaskan nanoteknologi oleh Ts. Dr. Nik Noorul Shakira Mohamed Shakrin, Fakulti Pertahanan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP), UPNM, melalui kolaborasi industri bersama Dahan Tech Innovation.

Direka untuk operasi sebenar, TropicShield membantu melindungi permukaan aset marin serta menyokong kesiapsiagaan melalui peningkatan ketahanan dan pengurangan keperluan penyelenggaraan.

📍 DSA 2026 & NATSEC Asia 2026
🗓 20 - 23 April 2026 | 📌 MITEC, Kuala Lumpur
📍 UPNM @ Pavilion KPT
🏢 Booth 9704, Hall 9, Level 3

Saksikan bagaimana inovasi ini menyokong kesiapsiagaan aset pertahanan.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Kementerian Pertahanan Malaysia

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-9 Innovation and Technology Manager Association Malaysia (ITMA)Semoga semangat kebersam...
31/03/2026

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-9 Innovation and Technology Manager Association Malaysia (ITMA)

Semoga semangat kebersamaan, profesionalisme dan komitmen yang ditunjukkan akan terus memperkukuh peranan ITMA dalam memacu ekosistem inovasi, pemindahan teknologi dan pengkomersialan negara💪🏼

Lawatan Kerja MRANTI ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)📅 12 Februari 2026Universiti Pertahanan Nasional M...
12/02/2026

Lawatan Kerja MRANTI ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
📅 12 Februari 2026

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) dalam satu sesi lawatan kerja yang bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi akademia dan agensi pemacu inovasi negara.

Lawatan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi kepakaran serta membincangkan potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi, pemindahan ilmu, serta pengkomersialan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi. Sesi ini turut menjadi platform bagi meneroka peluang inisiatif bersama yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekosistem inovasi nasional yang lebih mampan dan kompetitif.

Diharapkan melalui interaksi ini, hubungan kerjasama antara UPNM dan MRANTI akan terus diperkukuh seterusnya membuka laluan kepada lebih banyak projek berimpak tinggi, perkongsian kepakaran rentas disiplin serta penghasilan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat, industri dan negara.

UPNM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak MRANTI meluangkan masa mengadakan lawatan ini dan berharap jalinan strategik yang terjalin akan terus berkembang pada masa hadapan.

📢 SESI PITCHING PRODUK PENYELIDIKAN📅 12 Februari 2026 (Khamis)📍 Pusat MarinTelah berlangsung Sesi Pitching Produk Penyel...
12/02/2026

📢 SESI PITCHING PRODUK PENYELIDIKAN
📅 12 Februari 2026 (Khamis)
📍 Pusat Marin

Telah berlangsung Sesi Pitching Produk Penyelidikan yang bertujuan untuk:

✅ Penilaian potensi pengkomersialan
✅ Menentukan sama ada pembaharuan paten wajar diteruskan atau sebaliknya
✅ Mendapatkan pandangan industri dan pakar strategik

Sesi ini turut menjemput panel jemputan iaitu Encik Mohamed Ikhwan Bin Shahdzul Bakri Pengarah Urusan, Invenxer dan Lt Kol Hairol Zaimy Bin Ibrahim TUDM PS 1 Inovasi MTU-Inspektorat

Diharapkan sesi ini dapat memperkukuhkan hala tuju pengkomersialan hasil penyelidikan serta memastikan inovasi yang dibangunkan memberi impak maksimum kepada organisasi dan industri.



LAWATAN INDUSTRI UPNM KE EMIRATES EQUIPMENT SDN. BHD.10 Feb 2026 : Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC),...
10/02/2026

LAWATAN INDUSTRI UPNM KE EMIRATES EQUIPMENT SDN. BHD.

10 Feb 2026 : Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan lawatan industri ke Emirates Equipment Sdn. Bhd. sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik.

Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang pemindahan teknologi, pengkomersialan hasil penyelidikan, serta potensi kolaborasi dalam pembangunan produk dan inovasi berimpak tinggi. Sepanjang lawatan, pihak UPNM turut diberi pendedahan mengenai operasi, kepakaran teknikal dan hala tuju perniagaan Emirates Equipment Sdn. Bhd.

Diharapkan lawatan ini dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat serta menyumbang kepada ekosistem inovasi dan industri negara.



LAWATAN RASMI CRADLE FUND SDN. BHD. KE UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONALMALAYSIA (UPNM)3 Feb 2026 : UPNM berbesar hati mene...
03/02/2026

LAWATAN RASMI CRADLE FUND SDN. BHD. KE UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL
MALAYSIA (UPNM)

3 Feb 2026 : UPNM berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., agensi utama di bawah MOSTI yang menerajui pembangunan ekosistem startup teknologi negara. Sesi perbincangan yang membina ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Aidy Ali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Antara intipati utama perbincangan termasuklah peluang untuk menjalinkan kolaborasi strategik dalam usaha mewujudkan startup di UPNM. Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai potensi pembiayaan, pemadanan produk, serta pelaksanaan program sokongan inovasi yang dapat membantu melonjakkan pertumbuhan startup. Perkongsian kepakaran daripada Cradle Fund juga dilihat mampu menyumbang secara signifikan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti secara menyeluruh.

Semoga sesi lawatan ini menjadi titik tolak penting ke arah menjalin kerjasama strategik yang lebih mantap, memperkukuh laluan komersialisasi dari kampus ke pasaran luar. Terima kasih Cradle Fund atas kesudian hadir dan komitmen untuk bekerjasama dengan UPNM!



Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan ...
23/01/2026

Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Bengkel Pengujian TRL (Technology Readiness Level) Tools sebagai usaha untuk menilai tahap kesediaan teknologi produk inovasi UPNM sebelum memasuki fasa pra-pengkomersialan dan pengkomersialan.

Bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir bin Omar, presiden Persatuan Pengurus Inovasi dan Teknologi Malaysia.

Bengkel ini bertujuan untuk membantu para penyelidik menilai kedudukan semasa tahap TRL produk, mengenal pasti keperluan bukti sokongan (evidence), memperkukuh dokumentasi, serta merancang tindakan penambahbaikan yang diperlukan bagi meningkatkan kesediaan teknologi produk.Ini kerana penilaian TRL yang tepat turut menjadi keperluan dalam permohonan dana pembangunan produk, perbincangan industri serta penyediaan strategi pengkomersialan.

Diharapkan agar bengkel ini dapat memberi impak dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan UPNM.

Bahagian Penyelidikan dan Inovasi UPNM
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia




Address

Universiti Pertahanan Nasional
Kuala Lumpur
57000

Telephone

+60390513400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ttc_upnm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ttc_upnm:

Shortcuts

Share