BAKAT Markas ATM

BAKAT Markas ATM Laman ini diwujudkan bertujuan untuk menyalurkan segala maklumat dan hebahan penganjuran serta pelaksanaan aktiviti BAKAT MARKAS ATM.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ก, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKuala Lumpur, 9 Mei 2026 - Dalam usaha menyemai nilai...
11/05/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ก, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kuala Lumpur, 9 Mei 2026 - Dalam usaha menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga BAKAT, BAKAT Markas ATM telah mengadakan satu program ziarah kebajikan ke Rumah Kebajikan & Anak Yatim Darul Najjah (An-Najjah).

Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh pihak pengurusan rumah kebajikan yang diketuai oleh Yang Dihormati Encik Haji Amyn bin Hussain selaku pengasas Darul Najjah. Majlis dimulakan dengan ketibaan Pengerusi BAKAT Markas ATM iaitu Datin Seri Hjh Rosilawati binti Ahmad Tajri dan seterusnya aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama ahli BAKAT dan anak-anak An Najjah.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi BAKAT Markas ATM, pihak BAKAT Markas ATM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Darul Najjah kerana sudi menerima kunjungan tersebut. Program ini bukan sekadar satu aktiviti kemasyarakatan, malah merupakan manifestasi rasa kasih sayang dan komitmen berterusan BAKAT dalam menyantuni golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan masyarakat.

Menurut ucapan tersebut, program kebajikan seperti ini amat dekat di hati warga BAKAT kerana ia menjadi platform untuk mendekati serta memahami keperluan anak-anak yang kurang bernasib baik. Tugas menjaga dan membesarkan anak-anak yatim bukanlah satu amanah yang mudah kerana ia menuntut kesabaran, ketulusan serta pengorbanan yang besar. Justeru, segala usaha murni pihak pengurusan Darul Najjah disifatkan sebagai satu amal kebajikan yang amat mulia.

Program ini juga menjadi medium untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim antara BAKAT Markas ATM dan institusi kebajikan, sekali gus memupuk semangat kebersamaan dalam membina masyarakat yang harmoni dan penyayang.

Dalam kesempatan tersebut, kata-kata semangat turut disampaikan kepada anak-anak yang diraikan agar terus belajar bersungguh-sungguh, menghormati penjaga dan guru serta menanam azam untuk menjadi insan berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Majlis turut dihiasi dengan sambutan hari lahir anak-anak An Najjah, taklimat kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, pemeriksaan saringan kesihatan dan penyampaian sumbangan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan BAKAT Markas ATM kepada pihak Darul Najjah. Diharapkan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan urusan harian serta kebajikan anak-anak di institusi berkenaan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Berbahagia Datin Haslinda binti Mohd Ali; Timbalan Pengerusi BAKAT Markas ATM, Yang Berbahagia Datin Dr. Zaleha Binti Datoโ€™ Awang Ngah; Ketua Biro Agama Dan Kebajikan selaku Ketua Biro Penganjur, Yang Berbahagia Datin Nur Shahirah Binti Mohd Ibrahim; Ketua Biro Sukan, Yang Berbahagia Datin Hajah Habibah Binti Haji Mazlan; Ketua Biro Pendidikan, Yang Berbahagia Datin Indera Sharifah Murshida Binti Syed Zain; Ketua Biro Sosial/ Kebudayaan bersama barisan Penolong-Penolong Biro, Pegawai Kerja serta staf Urus Setia BAKAT Markas ATM.

Program berakhir dengan doa dan harapan agar Rumah Kebajikan & Anak Yatim Darul Najjah terus maju dan dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah yang mulia ini. Semoga anak-anak di bawah jagaan institusi ini sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta dikurniakan masa depan yang cemerlang.

โ€œBersama Berbaktiโ€

17/04/2026
BULETIN BAKAT MARKAS ATM๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ "๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—จ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก" ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKuala Lumpur, 16 April 2026 - M...
17/04/2026

BULETIN BAKAT MARKAS ATM

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ "๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—จ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก" ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kuala Lumpur, 16 April 2026 - Majlis โ€œSeraut Kasih Sejuta Kenanganโ€ anjuran Biro Sosial & Kebudayaan BAKAT Markas ATM telah berlangsung dalam suasana yang penuh bermakna dan tertib.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Rosilawati binti Ahmad Tajri,
Pengerusi BAKAT Markas ATM, bersama barisan kepimpinan serta ahli-ahli BAKAT yang sentiasa komited dalam menyokong setiap agenda organisasi.

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan daripada wakil yang diraikan iaitu Yang Berbahagia Datin Pahlawan Lynette Binti Tan Sri Mohamed serta ucapan oleh Pengerusi BAKAT Markas ATM yang sarat dengan amanat, penghargaan dan kenangan sepanjang kebersamaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian penghargaan kepada ahli BAKAT yang bersara iaitu Yang Berbahagia Datin Pahlawan Lynette Binti Tan Sri Mohamed dan bertukar keluar iaitu Yang Berbahagia Puan Norma Binti Ali. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bersama BAKAT Markas ATM. Sesungguhnya, segala kenangan yang terjalin akan terus terpahat sebagai memori yang tidak ternilai.

Majlis turut merakamkan penghargaan kepada Yang Berbahagia Datin Intan Diyana Binti Dato' Ahamad, Yang Berbahagia Datin Sharifah Balkhis Binti Syed Salim, Yang Berbahagia Puan Rose Lina Binti Osman dan Yang Berbahagia Puan Nur Zafifah Binti Md Akhir yang turut diraikan, yang tidak dapat bersama pada majlis ini atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka amat dihargai dan sentiasa dikenang.

Majlis turut diteruskan dengan jamuan makan serta tayangan montaj sebagai simbolik penghargaan dan kenangan, di samping meraikan sambutan hari lahir ahli bagi bulan Januari hingga April iaitu Yang Berbahagia Datin Nur Shahirah Binti Mohd Ibrahim, Yang Berbahagia Puan Aliza Binti Remeli, Yang Berbahagia Puan Mahani Binti Johir dan Yang Berbahagia Puan Zalina Binti Sulaiman.

Semoga hubungan silaturrahim yang telah terjalin akan terus kekal utuh dan diberkati, walau di mana jua berada.

Pihak penganjur, Biro Sosial & Kebudayaan BAKAT Markas ATM iaitu Yang Berbahagia Datin Indera Sharifah Murshida Binti Syed Zain, Yang Berbahagia Datin Norazlia Binti Abd Wahab dan Yang Berbahagia Pn Zalina Binti Sulaiman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian surat penghargaan dari Yang Berbahagia Pengerusi BAKAT Markas ATM kepada Biro Penganjur.

Turut hadir Yang Berbahagia Datin Haslinda Binti Mohd Ali, Timbalan Pengerusi BAKAT Markas ATM.

"Bersama Berbakti"

BULETIN BAKAT MARKAS ATM๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐— Kuala Lumpur, 14 Apr 2026 โ€“ Pengerusi BAKAT Mar...
15/04/2026

BULETIN BAKAT MARKAS ATM

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐— 

Kuala Lumpur, 14 Apr 2026 โ€“ Pengerusi BAKAT Markas ATM, Datin Seri Hjh Rosilawati binti Ahmad Tajri telah mengadakan sesi lawatan kebajikan kepada Datin Nor Rehan binti Ismail iaitu Penolong Biro Kraf Tangan / Masakan 2 bertempat di Laman Oakleaf, Bukit Antarabangsa, Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam lawatan tersebut, Datin Nor Rehan binti Ismail, isteri kepada Brig Jen Dato' Suhaimi bin Hj Shamsuddin, Ketua Provos Marsyal ATM, telah disahkan mengalami sakit '๐‘บ๐’„๐’Š๐’‚๐’•๐’Š๐’„๐’‚ ๐‘ท๐’‚๐’Š๐’' yang berpunca dari masalah saraf.

Lawatan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan BAKAT Markas ATM terhadap ahli BAKAT yang sedang melalui saat-saat sukar.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Datin Dr. Zaleha binti Datoโ€™ Awang Ngah, Ketua Biro Agama dan Kebajikan; Puan Hjh Anida binti Abdul Rahman, Penolong Biro Agama dan Kebajikan 1, Puan Mahani binti Johir, Penolong Biro Agama dan Kebajikan 2, Puan Nor Izan Zazila binti Idris, Penolong Biro Agama dan Kebajikan 3 bersama-sama Urus Setia BAKAT Markas ATM.

BAKAT Markas ATM akan terus komited melaksanakan program kebajikan bagi memastikan kebajikan keluarga anggota ATM sentiasa terpelihara. Inisiatif seperti ini diharapkan dapat memberi kekuatan dan semangat kepada ahli BAKAT serta keluarga mereka yang memerlukan sokongan.

โ€œBersama Berbaktiโ€

BULETIN BAKAT MARKAS ATM๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKUALA LUMPUR, 7 April 2026 โ€“ Mesyuarat BAKAT Markas ATM Tah...
08/04/2026

BULETIN BAKAT MARKAS ATM

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

KUALA LUMPUR, 7 April 2026 โ€“ Mesyuarat BAKAT Markas ATM Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Wisma Perwira ATM, dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Rosilawati binti Ahmad Tajri, Pengerusi BAKAT Markas ATM.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat rasmi pertama beliau sejak dilantik menerajui BAKAT Markas ATM, sekali gus menjadi platform penting dalam menetapkan hala tuju serta memperkukuh perancangan strategik organisasi bagi tahun 2026. Perbincangan yang berlangsung mencerminkan komitmen tinggi seluruh barisan kepimpinan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan keluarga warga Angkatan Tentera Malaysia sentiasa diberi keutamaan.

Dalam ucapan pembukaan, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa atas dedikasi dan sumbangan berterusan dalam memperkasakan peranan BAKAT Markas ATM. Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada Ketua Biro dan Penolong Ketua Biro yang mana suami masing-masing telah menamatkan perkhidmatan dan bertukar keluar atas segala jasa dan komitmen yang telah dicurahkan. Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli baharu dengan harapan agar dapat bersama-sama menyumbang idea, tenaga dan sokongan demi memperkukuh organisasi.

Dalam ucapan penutup, Pengerusi menzahirkan rasa syukur atas kelancaran perjalanan mesyuarat serta berharap segala keputusan dan ketetapan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, disiplin dan komitmen berterusan daripada setiap biro. Penekanan turut diberikan terhadap peranan Ketua-ketua Biro dan ahli jawatankuasa dalam membantu urusetia membuat persiapan rapi bagi pelaksanaan aktiviti BAKAT Markas ATM dan BAKAT ATM sepanjang tahun 2026. Kerjasama erat serta semangat kebersamaan disifatkan sebagai tunjang utama kejayaan setiap program yang dirancang.

Beliau turut merakamkan penghargaan khusus kepada barisan urusetia dan Pegawai Kerja BAKAT atas kesungguhan serta kerjasama padu dalam memastikan mesyuarat tahunan ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Mesyuarat diakhiri dengan doa agar segala perancangan yang telah dirangka dipermudahkan serta terus memperkukuh peranan BAKAT sebagai wadah kebajikan yang relevan dan berimpak tinggi.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Datin Haslinda binti Mohd Ali, Timbalan Pengerusi BAKAT Markas ATM; Datin Dr. Zaleha binti Datoโ€™ Awang Ngah, Ketua Biro Agama dan Kebajikan; Datin Hajah Habibah binti Haji Mazlan, Ketua Biro Pendidikan; Brigedier Jeneral Datoโ€™ Saipol Anuar bin Jaafar, Penasihat BAKAT Markas ATM; Penolong-Penolong Biro; 17 PKB BCJ serta urusetia BAKAT Markas ATM.

Mesyuarat BAKAT Markas ATM Tahun 2026 berakhir dengan semangat kesepakatan dan iltizam bersama untuk terus memperkukuh peranan BAKAT sebagai platform kebajikan yang progresif, sekali gus memastikan kesejahteraan ahli serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia sentiasa terpelihara.

โ€œBersama Berbaktiโ€

๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKUALA LUMPUR, 1 April 2026 โ€“ Pengerusi BAKAT Markas ATM, Yang Berbahagia Datin ...
03/04/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

KUALA LUMPUR, 1 April 2026 โ€“ Pengerusi BAKAT Markas ATM, Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Rosilawati binti Ahmad Tajri telah mempengerusikan Pra Mesyuarat BAKAT Markas ATM Tahun 2026 yang berlangsung di Rumah BAKAT Markas ATM.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan penstrukturan semula organisasi BAKAT Markas ATM bagi Tahun 2026 sejajar dengan transformasi terkini Markas ATM, di samping memperhalusi perancangan aktiviti tahunan agar selaras dengan hala tuju BAKAT ATM di peringkat pusat.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa setiap keputusan dan perancangan yang telah dipersetujui memerlukan komitmen serta kerjasama berterusan daripada semua pihak bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Beliau turut mengalu-alukan pandangan dan sumbang saran daripada semua Ketua Biro demi memastikan kebajikan ahli BAKAT terus terpelihara.

Selain itu, setiap biro yang dipertanggungjawabkan sebagai penganjur aktiviti Tahun 2026 diingatkan agar membuat perancangan yang rapi serta persediaan sewajarnya supaya setiap program memberi impak positif kepada seluruh ahli BAKAT.

Pada masa yang sama, peranan BAKAT sebagai pemangkin kesejahteraan keluarga terus diperkukuhkan dengan memberi tumpuan kepada aspek ekonomi, keusahawanan dan kebajikan ahli. Penekanan terhadap kesedaran kesihatan mental dalam kalangan keluarga Markas ATM turut diberi perhatian sebagai elemen penting dalam membentuk komuniti yang sejahtera.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Datin Haslinda binti Mohd Ali, Timbalan Pengerusi BAKAT Markas ATM; Datin Dr. Zaleha binti Datoโ€™ Awang Ngah, Ketua Biro Agama dan Kebajikan; Datin Norazizah binti Mahat, Ketua Biro Kraf Tangan dan Masakan; Datin Nur Shahirah binti Mohd Ibrahim, Ketua Biro Sukan; Datin Indera Sharifah Murshida binti Syed Zain, Ketua Biro Sosial dan Kebudayaan; Puan Shahida binti Abdullah, Penolong Biro Pendidikan mewakili Ketua Biro Pendidikan; Brigedier Jeneral Datoโ€™ Saipol Anuar bin Jaafar, Penasihat BAKAT Markas ATM; serta Urus Setia BAKAT Markas ATM.

Pra Mesyuarat BAKAT Markas ATM Tahun 2026 berakhir dengan semangat kesepakatan dan komitmen bersama, menegaskan tekad semua pihak untuk terus memperkukuhkan peranan BAKAT sebagai platform kebajikan yang relevan, sekaligus memastikan manfaat dan kesejahteraan ahli serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia sentiasa terpelihara.

'Bersama Berbakti'

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐— Kuala Lumpur, 12 Feb 2026 โ€“ Pengerusi BAKAT MK ATM, Datin Seri Hjh Rosi...
25/03/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐— 

Kuala Lumpur, 12 Feb 2026 โ€“ Pengerusi BAKAT MK ATM, Datin Seri Hjh Rosilawati binti Ahmad Tajri, telah mengadakan sesi lawatan kebajikan di Pejabat Ketua Staf Markas ATM.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi sokongan moral serta menyantuni keluarga anggota ATM yang mempunyai anak yang menghidap penyakit kronik, di samping menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka. Lawatan kali ini diadakan dengan kunjungan kepada 5008144 Sjn Nor Ain binti Nordin, Sjn Tadbir di Pejabat Ketua Staf Markas ATM, yang mempunyai seorang anak perempuan, adik Syarifah Aminah binti Syed Azari, yang menghidap penyakit Esophageal Stricture with Microgastria sejak lahir.

Adik Syarifah kini masih berada di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur sejak dilahirkan kerana kelahiran pramatang. Beliau masih berada di bawah pemantauan doktor sehingga mencapai berat badan yang sesuai sebelum pembedahan dapat dilaksanakan.

BAKAT MK ATM akan terus berusaha melaksanakan program kebajikan bagi memastikan kebajikan keluarga anggota ATM sentiasa terpelihara. Lawatan ini mencerminkan semangat keprihatinan ahli BAKAT terhadap keluarga Angkatan Tentera serta memberi sokongan moral kepada anggota dan keluarga mereka yang memerlukan.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐— Kuala Lumpur, 12 Mac 2026 โ€“ Pengerusi BAKAT MK ATM, Datin Seri Hjh Rosi...
25/03/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ง๐— 

Kuala Lumpur, 12 Mac 2026 โ€“ Pengerusi BAKAT MK ATM, Datin Seri Hjh Rosilawati binti Ahmad Tajri bersama Biro Sosial/Kebudayaan, Datin Indera Sharifah Murshida binti Syed Zain telah mengadakan sesi lawatan kebajikan di Rumah BAKAT MK ATM.

Dalam lawatan tersebut, Puan Wan Nur Syafiqah binti Saari, isteri kepada Kapt Muhammad Azim Ridhwan bin Mohd Azmi, PS 3 BAKAT MK ATM, telah dipersilakan hadir bagi menerima kunjungan dan sokongan moral daripada pihak BAKAT MK ATM berikutan beliau yang baru sahaja mengalami keguguran anak dalam kandungan.

Lawatan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan BAKAT MK ATM terhadap ahli serta keluarga Angkatan Tentera yang sedang melalui saat-saat sukar.

BAKAT MK ATM akan terus komited melaksanakan program kebajikan bagi memastikan kebajikan keluarga anggota ATM sentiasa terpelihara. Inisiatif seperti ini diharapkan dapat memberi kekuatan dan semangat kepada anggota serta keluarga mereka yang memerlukan sokongan.

Majlis Tadabbur Al-Quran BAKAT ATM Tahun 2026KUALA LUMPURโ€“ Tanggal 12 Mac 26 bersamaan 22 Ramadhan 1447H, BAKAT ATM tela...
13/03/2026

Majlis Tadabbur Al-Quran BAKAT ATM Tahun 2026

KUALA LUMPURโ€“ Tanggal 12 Mac 26 bersamaan 22 Ramadhan 1447H, BAKAT ATM telah memanfaatkan bulan kemuliaan dengan mengadakan Majlis Tadabbur Al-Quran BAKAT ATM Tahun 2026 bertempat di Dewan Mulia, Rumah BAKAT ATM.

Terdahulu, majlis telah dihadiri oleh Datin Hajah Siti Juana binti Md Ibrahim selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bersama-sama Pengerusi-Pengerusi Perkhidmatan dan 105 ahli BAKAT ATM yang lain.

BAKAT MARKAS ATM telah dilantik sebagai penganjur majlis ilmu ini. Turut hadir ialah Datin Seri Hajah Rosilawati binti Ahmad Tajri merangkap Pengerusi BAKAT MARKAS ATM serta Datin Haslinda binti Mohd Ali selaku Timb Pengerusi BAKAT MARKAS ATM.

Pengisian utama majlis adalah sesi tadabbur Al-Quran yang telah dipimpin oleh Lt Kol Hj Mohd Na'im bin Hj Ahmad, PS 2 Sel Agama MK TD. Sesi tadabbur dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari petikan Surah An-Nisaa ayat 35- 41. Menelusuri sesi ilmu ini, kupasan yang disampaikan memfokus kepada pengajaran serta hikmah yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut sebagai panduan dalam kehidupan seharian khususnya usaha memupuk amalan masyarakat berakhlak mulia berteras nilai-nilai Islam.

Pengerusi menyifatkan agar program berunsur keagamaan ini dapat terus menyemarakkan kecintaan terhadap kitab suci Al-Quran sekali gus memperkukuh penghayatan ajaran Islam di kalangan warga BAKAT ATM.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dizahirkan kepada penceramah serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai momento kenangan.

Address

Kuala Lumpur
54100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BAKAT Markas ATM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share