21/08/2026
๐ท๐น๐ถ๐ฎ๐น๐จ๐ด ๐ท๐ถ๐ผ๐ต๐ซ ๐ญ๐ฐ๐ป๐ต๐ฌ๐บ๐บ ๐ฉ๐จ๐ฒ๐จ๐ป ๐ด๐จ๐น๐ฒ๐จ๐บ ๐จ๐ป๐ด
KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2026 โ BAKAT Markas ATM telah menganjurkan Program Pound Fitness BAKAT Markas ATM bertempat di Dewan Desa Wangsa Keramat sebagai salah satu inisiatif dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan ahli BAKAT.
Program yang dilaksanakan pada sebelah petang itu menghimpunkan ahli-ahli BAKAT daripada pelbagai Biro dan pasukan. Ketibaan Pengerusi BAKAT Markas ATM turut disusuli dengan sesi bergambar sebagai simbolik kebersamaan dan sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti berorientasikan kesihatan dan kecergasan.
Program dimulakan dengan kata-kata aluan dan bacaan doa sebelum diteruskan dengan sesi Pound Fitness yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan. Aktiviti senaman yang bertenaga serta berasaskan muzik tersebut bukan sahaja memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para peserta, malah membantu meningkatkan daya tahan fizikal, kekuatan otot, koordinasi serta kecergasan keseluruhan.
Selain itu, penganjuran program ini juga memberi ruang kepada ahli-ahli BAKAT untuk melepaskan tekanan melalui aktiviti yang sihat di samping mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama sesama peserta. Suasana program yang ceria dan penuh bertenaga mencerminkan komitmen BAKAT Markas ATM dalam membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan ahlinya.
Sebagai tanda penghargaan, majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada jurulatih jemputan serta penyampaian Sijil Penghargaan kepada Biro Sukan iaitu YBhg Datin Hajah Habibah binti Hj Mazlan; Ketua Biro Sukan, YBhg Puan Aliza binti Remeli; Penolong Biro Sukan 1 dan YBhg Puan Zalina binti Sulaiman; Penolong Biro Sukan 2 atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program tersebut. Program kemudiannya diteruskan dengan jamuan minum petang sebelum majlis berakhir.
Secara keseluruhannya, Program Pound Fitness BAKAT Markas ATM telah berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan menggabungkan elemen kecergasan, kesihatan, keseronokan dan kebersamaan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam melahirkan warga BAKAT yang sihat, cergas dan sentiasa mengamalkan gaya hidup positif.
Turut hadir ialah YBhg Datin Sri Haslinda binti Mohd Ali; Timbalan Pengerusi BAKAT Markas ATM, YBhg Datin Hajah Habibah binti Hj Mazlan; Ketua Biro Sukan selaku Biro Penganjur, Ketua-Ketua Biro BAKAT Markas ATM, Penolong-Penolong Biro BAKAT Markas ATM, Pegawai Kerja BAKAT serta Urus Setia BAKAT Markas ATM.