23/10/2018
PAMPASAN MENINGGAL. BILA DAPAT?
1. Aku ambil ni, kaya raya bini aku nanti.
2. Aku ambil ni, laki aku kahwin lain nanti.
3. Biarlah anak-anak aku nanti usaha sendiri. Pandai-pandailah dia. Tak nak spoon feed.
============================================
Tuan Puan tahu tak, sebenarnya pampasan tu semua untuk tuan puan.
💵 Bayar hutang. Hutang dengan Allah & Hutang dengan Manusia.
Senarai-senarai hutang
✅ Bank
✅ Saudara/ Kawan/ Jiran/ Business Partner
✅ Hutang Fidyah Qada' Puasa/ Qada' Zakat Harta/Pendapatan dan lain-lain
📝 Buat wasiat sedekah. Sedekah atas nama siapa. Nama tuan puan. Mungkin masa tuan puan hidup, paling banyak pon bagi RM50. Tapi, kalau ada peluang buat sedekah RM100K , RM200K atau RM300K. Best tak. Banyak orang boleh dapat manfaat & banyak juga dapat pahala.
💵 Dana Pantas untuk proses urus pusaka. Saya yakin dah percaya, ramai antara kita yang ada harta, tapi tak sempat atau tak tahu untuk buat dokumen hibah. Akibatnya waris terpaksa tanggung kos pengurusan harta pusaka guna duit poket sendiri sebelum, duit si mati dapat digunakan. Jadi lebih molek, sediakan dana untuk pengurusan harta pusaka ni. Supaya waris-waris lain dapat manfaat.
💵 Duit belanja untuk anak dan isteri at least untuk setahun belanja. Kalau boleh beri lebih, lebih molek. Kalau tuan puan cerdik, dekat luar sana ada syarikat trustee yang boleh uruskan pampasan kematian tuan puan. Cara pembahagiannya pon lebih sistematik dan jujur. Tuan puan boleh beri elaun bulanan kepada waris, dermasiswa. Dan insha allah waris akan doakan kesejahteraan tuan puan.
Amin