14/08/2026
1. Jangan obses tengok harga setiap hari
Harga emas memang naik turun. Jangan biarkan pergerakan harian mempengaruhi emosi. Fokus kepada jumlah gram yang berjaya dikumpul dan matlamat jangka panjang.
2. Mulakan dengan jumlah yang mampu konsisten
Tak perlu tunggu ada duit banyak. Mula dengan jumlah yang selesa dan mampu dilakukan setiap bulan. Sedikit tetapi konsisten lebih baik daripada banyak tetapi hanya sekali-sekala.
3. Asingkan dana kecemasan dengan simpanan emas
Pastikan ada simpanan tunai untuk kecemasan. Emas lebih sesuai dijadikan simpanan jangka panjang, bukan duit yang perlu digunakan untuk keperluan harian.
4. Beli untuk jangka panjang
Jangan beli emas dengan harapan nak untung cepat. Tetapkan matlamat seperti persaraan, pendidikan anak, haji atau membina kekayaan.
5. Jangan panik bila harga turun
Harga turun adalah perkara biasa. Jangan terus menjual kerana takut. Jika matlamat kita jangka panjang, kekal dengan strategi dan teruskan menyimpan secara konsisten.
6. Elakkan beli ikut emosi
Jangan membeli hanya kerana orang lain membeli atau harga sedang naik. Setiap pembelian mesti ada sebab dan matlamat yang jelas.
7. Simpan rekod pembelian
Catat tarikh, jumlah gram dan harga belian. Rekod ini memudahkan kita melihat perkembangan simpanan dan jumlah emas yang telah berjaya dikumpulkan.
8. Jangan berhutang semata-mata untuk beli emas
Simpan emas ikut kemampuan. Jangan sampai keinginan memiliki emas menyebabkan kewangan terbeban dengan hutang.
9. Paksa diri simpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan
Jadikan simpanan sebagai komitmen bulanan. Bayar diri sendiri dahulu sebelum duit habis untuk perkara lain.
10. Menabunglah dengan ilmu
Jangan sekadar tahu cara beli emas. Fahami harga, spread, produk dan cara simpanan emas berfungsi. Kumpul emas bersama ilmu.
Bukan siapa paling banyak membeli yang menang, tetapi siapa yang mampu konsisten menyimpan untuk jangka panjang.
Nak Dr Aini bantu simpan emas, klik link di bio SEKARANG.