03/07/2022
Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
ADMIN PENIPU ni dia ingat bila dia Hide saya dari te ngok page dia.. dia boleh lah update macam2.. tapi dia silap.. ramai je pelanggan saya yang follow dia dan mereka sentiasa update pada saya..
Dari posting ni.. memang nampak sangat admin penipu ni tak selidik terlebih dahulu latar belakang Terra mega resources..
Saya yakin 100% customer yang follow kami, mesti tahu sejak 2015 lagi kami mula beroperasi dengan pakej Asrama.. Ini antara pakej yang kami tawarkan mula2 dulu.. inilah perbezaan pertama antara Terra mega resources @ mudah dobi dengan syarikat lain..
1) Fitnah.. kami tidak menjual pakej 18k.. tetapi kami menjual pakej bermula 39k untuk pakej asrama..
Kenapa mahal? Kerana kami sediakan semuanya, bukan sahaja mesin.. tetapi lokasi dan juga pemantauan mesin dan kelebihan untuk pakej asrama ni juga kami berikan sewaan percuma , ada 3 bulan, ada 6 bulan dan ada yang 1 tahun sewa percuma..
sama seperti konsep perkongsian, setiap pemasangan mesin di bawah jenama mudah dobi dan bina dobi kami menggunakan nombor syarikat sebagai nombor aduan 24jam..
Kami juga memberikan peluang pemindahan lokasi kepada pelanggan.. sama ada kos di tanggung oleh syarikat, pemilik mesin atau 60-40 antara syarikat dan pemilik mesin ianya bergantung pada terma dan syarat..
Tidak ada 1 syarikat pun di malaysia ini dapat berikan servis seperti yang kami tawarkan.
2) Fitnah.. kami tidak pernah berurusan dengan KV seremban.. kerana tiada KV seremban.. tetapi UMUM sedia maklum syarikat kami diberi kontrak untuk membuat pemasangan mesin basuh dan pengering layan diri di hampir semua kolej vokasional yang terpilih di seluruh malaysia.
Selain dari itu kami juga diberi kontrak untuk mengendalikan perkhidmatan dobi layan diri dalam pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh malaysia..
Tidak cukup dengan itu, kami juga di beri tanggung jawab untuk menaik taraf sistem kemudahan pelajar terutama berkaitan mesin basuh dan pengering.
Jadi rasanya Admin tidak cukup mengenali kami..
3) posting yang admin penipu ni paparkan adalah, ringkasan penerangan berkaitan program yang kami tawarkan kepada pelanggan melalui pesan ringkas whatsapp.. sama ada konsep asrama atau perkongsian..
Biasanya pelanggan akan dapat ringkasan penerangan ini selepas pelanggan whtsapp kami terlebih dahulu untuk bertanyakan tentang pakej dobi layan diri dan sekirnya pelanggan berminat baru lah kami tetapkan 1 temu janji untuk kami berjumpa dengan pelanggan supaya penerangan lebih jelas dan kami sendiri yang akan jumpa pelanggan tersebut, tidak ada wakil yang kami hantar, untuk mengelakkan sebarang penipuan, jadi secara tidak langsung pelanggan berurusan dengan pemilik syarikat sendiri, ianya lebih selamat, berbanding menghantar orang lain sebagai wakil, ini dapat di buktikan pada semua pelanggan kami sejak dari 2015, selepas penerangan diberikan kami juga akan memberikan masa kepada pelanggan untuk berfikir sama ada berminat atau tidak dengan pakej yang kami berikan (tiada paksaan) , kami akan berikan butiran seperti ini supaya pelanggan yang duduk jauh lebih faham sebelum berjumpa kami, tetapi jika pelanggan duduk berdekatan adalah wajib untuk pelanggan jumpa kami terlebih dahulu untuk mendapatkan penerangan secara ‘Face to Face’.. ringkasan penerangan ini akan diberikan kepada semua pelanggan yang whatsapp kami untuk bertanya tentang pakej dobi layan diri.
4) Admin penipu ada sebut tentang yayasan N9 jadi saya macam berminat nak tahu tentang yayasan N9 tu, apa jadi pada yayasan N9 tu ye.. admin jangan tau sebut je.. tau2 nanti diam.. sama la macam kes sebelum2 ni.. risik sana sini kesudahannya cerita merapu yang dia bagi pada follower dia..
5) kami tidak menyepi.. kami tetap menjalankan tugas kami seperti biasa, tawaran pakej kami bergantung pada permintaan dan keperluan..
Sebagai contoh sebelum ni kami fokus kepada konsep asrama kerana lokasi yang ditawarkan pada kami terlalu banyak, ada lokasi yang kami menguruskannya sendiri dan ada lokasi kami berikan kepada pelanggan yang berminat.. tetapi kami bantu dari segi pemantauan.. aduan pelajar kami juga yang urusankan siang dan malam.
6) Terra mega resources tidak pernah tutup, jika pelanggan pernah berurusan dengan kami pasti tahu, kami tidak hanya ada 1 jenama sahaja.. malah kami ada lebih dari 4 jenama yang telah beroperasi..
setiap jenama ada konsep yang tersendiri..
Admin sila selidik dahulu tentang Terra mega resources.. jangan main ambil info dari page kami sahaja tanpa ambil tahu jalan kerja.. nanti malu sendiri.. macam kes ‘AXIA CASH’
7) Harga jualan kami ada juga yang murah, bergantung pada pakej..
Contoh.. jika pelanggan beli mesin dan pemasangan sahaja kami jual harga biasa..tapi tidak lah dengan servis yang lain seperti asrama dan perkongsian..
Jika pelanggan pilih untuk ambil pakej asrama atau sharing.. lain la harganya.. sebab ada servis yang lain..
Sebab kami buat konsep.. bukan jual mesin semata2.. kena faham tu..
Kalau nak beli mesin dan setup biasa dengan syarikat atau dealer lain pun boleh.. tak perlu dengan kami pun tak apa..
Tetapi jika cari pakej yang murah dan mudah.. Insha Allah boleh berurusan dengan kami..
8 ) Di malaysia tiada kilang mesin basuh dan pengering layan diri ye admin penipu.. jangan pandai2 jika tak tahu.. di malaysia hanya ada DISTRIBUTOR.. dan kami adalah dealer kepada syarikat tersebut.. dan untuk pengetahuan admin penipu.. ada berpuluh lagi syarikat yang jadi dealer kepada jenama2 mesin basuh layan diri ni.. setiap syarikat ada konsep dan kelebahan.. minta admin penipu buat kajian sikit.. sebab nampak tak berapa bijak..
9) Admin penipu cuba perdaya follower dia,
Dia blok saya, supaya saya tak dapat tengok posting dia, dan bila saya tak dapat tengok posting dia mudah la dia nak menipu.. sebab admin penipu ni takut dengan fakta.. jadi bila saya tak dapat tengok posting dia saya tak boleh nak bagi maklum balas.. lepastu nanti dia cakap la saya takut sebab tak jawab FITNAH dia.. dia ingat orang ramai tak bijak macam dia kot..
10) kalau saya nak hide dia.. baik dari tahun lepas saya hide.. buat apa sekarang..😂😂😂..
Saya kalau nak hide posting admin untuk tujuan apa??
Bukan saya yang control page penipu tu..
Dia yang control..
Sedangakan page Terra mega resources saya yang control.. 😂😂 baik saya hide posting Terra mega resources dari admin tengok.. tapi tak.. saya buka pada public.. atau pun kalau saya takut baik saya delete page Terra mega resources.. kan lebih senang…😂😂
Ini page penipu saya p**ak yang nak hide?? Pening admin ni.. dah mula dah admin ni punya merapu…
Tujuan dia 1 je.. dia takut saya baca posting dia dan balas guna fakta..
Orang kalau menipu ni memang takut dengan fakta.. mula la dia merapu2..
Dia punya page.. saya p**ak yang hide?? Pening…
Saya tak boleh tengok posting dia.. bermaksud dia lah yang hide saya.. lepas tu berlakon konon2 tak tahu.. admin ni sekejap jadi pahlawan media soSIAL… lepas tu jadi mr bean p**ak buat lawak tak cerdik…
Sudah2 lah tu Admin penipu.. makin lama.. makin orang ramai tahu cerita2 FITNAH tu.. orang pun makin bosan dah..
Sikit2 Bak datang.. Bak datang..
-CEPAT ADMIN PENIPU, KAMI NAK DENGAR CERITA PENIPU PASAL YAYASAN N9 TU.. SENANG SAYA NAK SHARE DENGAN PIHAK PENGURUSAN YAYASAN.. NAK JUGA TANYA MEREKA, KESAHIHAN CERITA ADMIN TU, TAKUT TERMALU LAGI ADMIN PENIPU NI, KAMI TUNGGU YE-