05/09/2023
1- Permintaan Gaji Yang Tidak Realistik
Walaupun anda berjaya semasa temuduga, jika anda mempunyai permintaan gaji yang terlalu tinggi, kemungkinan besar anda tidak akan mendapat pekerjaan tersebut. Permintaan gaji yang anda nyatakan perlu seiring dengan kemahiran/pengalaman yang anda miliki.
2- Resume yang Tidak Mengikut Format
Format resume yang tidak betul juga boleh menjadi punca anda ditolak. Contohnya, kesalahan ejaan, format yang salah, atau membuat resume yang panjang sehingga 5 muka surat. Majikan tidak akan mahu melihat resume anda jika anda membuatnya secara tidak teliti.
3- Keserasian Kemahiran dengan Deskripsi Kerja
Ramai calon mencari pekerjaan yang mempunyai kemahiran, tetapi sayangnya, kemahiran mereka tidak bersesuaian dengan deskripsi kerja yang ditawarkan. Oleh itu, pastikan pekerjaan yang anda mohon adalah sejajar dengan kemahiran yang anda miliki.