HR Wealth Advisory

Directions Website

HR Wealth Advisory Welcome to the official HR Wealth Advisory page

Berita baik jemaah haji bayaran KEKAL bagi musim 2027
06/10/2026

Berita baik jemaah haji bayaran KEKAL bagi musim 2027

Kadar Bayaran Haji bagi jemaah Muassasah daripada kump**an B40 bagi musim 1448H/2027M kekal pada RM15,000 seorang, manakala Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) dikekalkan pada RM18,300 atau 55 peratus daripada kos keseluruhan. ๐Ÿ•‹๐Ÿ’ณ




26/09/2026
โ€œKalau sesuatu berlaku kepada kita hari iniโ€ฆ adakah keluarga tahu kita ada sijil takaful atau polisi insurans?โ€Ramai yan...
26/06/2026

โ€œKalau sesuatu berlaku kepada kita hari iniโ€ฆ adakah keluarga tahu kita ada sijil takaful atau polisi insurans?โ€

Ramai yang mencarum bertahun-tahun untuk melindungi keluarga. Namun, tidak semua waris mengetahui kewujudan perlindungan tersebut. Akibatnya, manfaat yang sepatutnya membantu keluarga kekal tidak dituntut.

Inisiatif terbaru โ€˜Semak Kasihโ€™ oleh Bank Negara Malaysia merupakan satu langkah yang sangat baik untuk membantu waris menyemak sama ada si mati mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang masih boleh dituntut. Dianggarkan kira-kira 50,000 polisi insurans dan sijil takaful yang melibatkan manfaat kematian masih belum dituntut oleh waris yang layak. ๏ฟผ

Namun, menyemak perlindungan hanyalah langkah pertama.

Sebagai pemilik sijil takaful atau polisi insurans, kita juga perlu memastikan:
โ€ข Penama (nominee) sentiasa dikemas kini.
โ€ข Ahli keluarga mengetahui kewujudan perlindungan tersebut.
โ€ข Dokumen penting disimpan di tempat yang mudah dikenal pasti.
โ€ข Perancangan pusaka dibuat supaya proses tuntutan dan agihan menjadi lebih lancar.

Meninggalkan perlindungan adalah satu tanggungjawab. Memastikan keluarga dapat menuntutnya p**a adalah satu amanah.

Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan portal โ€˜Semak Kasihโ€™ hari ini bagi memudahkan waris menyemak sama ada ahli keluarga mereka mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang masih boleh dituntut.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata portal berkenaan diperkenalkan bagi membantu waris menyemak kewujudan perlindungan insurans atau takaful serta menghubungi penyedia berkaitan untuk tindakan lanjut.

"Perlindungan insurans dan takaful tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia mampu membantu keluarga ketika berdepan pelbagai kesukaran termasuk kos rawatan perubatan, kebakaran dan kemalangan malah masih terdapat keluarga tidak menyedari bahawa insan tersayang telah meninggalkan perlindungan takaful atau insurans untuk kebajikan mereka."


Bank Negara Malaysia




Berita penuh: https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2573422

Jika seorang pemilik harta meninggal dunia, adakah waris boleh terus mengurus dan memindahkan semua aset yang ditinggalk...
14/06/2026

Jika seorang pemilik harta meninggal dunia, adakah waris boleh terus mengurus dan memindahkan semua aset yang ditinggalkan?

Jawapannya: Tidak semestinya.

Dalam banyak keadaan, pelaksanaan pembahagian pusaka memerlukan mekanisme tertentu termasuk Surat Kuasa Mentadbir yang hanya dikeluarkan apabila keadaan kes memerlukannya.

Perkongsian yang sangat baik untuk difahami oleh setiap pemilik harta dan waris.

๐’๐”๐‘๐€๐“ ๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐€๐Š๐“๐€ ๐Ÿ—๐Ÿ–

๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‘๐ž๐ฅ๐ข๐Ÿ ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง, ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐Œ๐ž๐ค๐š๐ง๐ข๐ฌ๐ฆ๐ž ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ

Di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98], pemula guaman yang diperuntukkan ialah Petisyen untuk Pembahagian (๐‘ƒ๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘› ๐‘“๐‘œ๐‘Ÿ ๐ท๐‘–๐‘ ๐‘ก๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›) dan bukannya prosiding khusus untuk mendapatkan kuasa pentadbiran ke atas harta pusaka.

Pendekatan ini berbeza dengan amalan di Mahkamah Tinggi bagi harta pusaka tak berwasiat yang bernilai melebihi RM5 juta, di mana permohonan difailkan secara khusus untuk mendapatkan Geran Surat Kuasa Mentadbir (๐บ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘ก ๐‘œ๐‘“ ๐ฟ๐‘’๐‘ก๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘  ๐‘œ๐‘“ ๐ด๐‘‘๐‘š๐‘–๐‘›๐‘–๐‘ ๐‘ก๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›) sebagai instrumen pentadbiran harta yang didukung oleh Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97].

Walau bagaimanapun, subseksyen 13(4) Akta 98 memberikan kuasa kepada Pegawai Pembahagian Harta Pusaka untuk mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) sama ada sebagai ganti atau tambahan kepada Perintah Pembahagian apabila keadaan sesuatu kes memerlukannya.

Frasa โ€œ๐‘–๐‘“ ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐‘›๐‘Ž๐‘ก๐‘ข๐‘Ÿ๐‘’ ๐‘œ๐‘“ ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐‘๐‘Ž๐‘ ๐‘’ ๐‘ ๐‘œ ๐‘Ÿ๐‘’๐‘ž๐‘ข๐‘–๐‘Ÿ๐‘’๐‘ โ€ menunjukkan bahawa Surat Kuasa Mentadbir bukanlah suatu relif permohonan (๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก๐‘ฆ-๐‘‘๐‘Ÿ๐‘–๐‘ฃ๐‘’๐‘› ๐‘Ÿ๐‘’๐‘™๐‘–๐‘’๐‘“) yang berdiri sendiri. Sebaliknya, ia merupakan mekanisme berdasarkan keperluan kes (๐‘๐‘Ž๐‘ ๐‘’-๐‘‘๐‘Ÿ๐‘–๐‘ฃ๐‘’๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘โ„Ž๐‘Ž๐‘›๐‘–๐‘ ๐‘š) yang hanya digunakan apabila terdapat halangan undang-undang, teknikal atau pentadbiran yang menghalang pelaksanaan terus Perintah Pembahagian.

Antara keadaan yang lazim mewajarkan pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir termasuklah:

๐Ÿ. ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ฒ๐š๐ข ๐ก๐š๐ค๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค.

๐Ÿ. ๐‡๐š๐ค๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ง๐š๐ฆ๐š ๐ฌ๐ข ๐ฆ๐š๐ญ๐ข (๐’‘๐’†๐’“๐’‡๐’†๐’„๐’•๐’Š๐’๐’ ๐’๐’‡ ๐’•๐’“๐’‚๐’๐’”๐’‡๐’†๐’“).

๐Ÿ‘. ๐’๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐š๐๐š ๐ก๐š๐ค๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค.

๐Ÿ’. ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐๐š๐ค๐ฅ๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ฐ๐š๐ซ๐ข๐ฌ.

๐Ÿ“. ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐š๐๐š๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐ฉ๐š๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง, ๐๐š๐ง

๐Ÿ”. ๐Š๐ž๐š๐๐š๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ญ๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ก๐š๐ค ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ง.

Oleh itu, Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta 98 hendaklah difahami sebagai suatu instrumen pelaksanaan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan sesuatu kes, dan bukannya suatu relif yang boleh dituntut secara bebas oleh pihak-pihak berkepentingan. Pendekatan ini memastikan Perintah Pembahagian dapat dilaksanakan secara sah, teratur dan berkesan selaras dengan tujuan Akta 98.



Address

Suite 31. 01, The Empire Signature Office, Level 31, AIA CapSquare Tower, 10 Jalan Munshi Abdullah
Kuala Lumpur
50100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HR Wealth Advisory posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share