Kelas Design

Kelas Design Dengan Kelas Design, anda akan jumpa jalan shortcut untuk menjadi ! Kami bawakan kepada anda Real Expert dari dalam dan luar Malaysia.

Kelas Design merupakan satu platform untuk mereka yang ingin meningkatkan sales dan mengukuhkan nama didalam dunia perniagaan melalui grafik / Website. Selain itu Kelas Design juga platform untuk mereka yang ingin menambah nilai kemahiran terutamanya graduan

Q2 sudah melabuhkan tirainya. Bagaimana dengan progress kita dalam pelbagai urusan termasuk iman dan amal? Saya sedang f...
04/07/2024

Q2 sudah melabuhkan tirainya. Bagaimana dengan progress kita dalam pelbagai urusan termasuk iman dan amal?

Saya sedang fokus bagaimana nak tambahbaik Kelas Design dari pelbagai sudut. Saya mengambil kira feedback anda dengan serius

Selepas ini, video pembelajaran yang lebih menarik akan saya ketengahkan. Begitu juga fungsi yang sedia ada dan yang akan datang. Terima kasih kepada yang sudi berikan feedback yang membangun

Jika ada yang nak belajar bangunkan sebuah website dan belajar programming, boleh register secara percuma di : https://kelasdesign.com

Kalau nak masuk Premium Class (pelan Pro), gunakan code diskaun ini : jombelajarbersama
Muhamad Sulaiman
Salam Jumaat

TAMAT SERIES : BELAJAR WORDPRESS DARI AWALSaya baru saya upload 6 episod terakhir dalam Siri belajar WordPress dari awal...
29/06/2024

TAMAT SERIES : BELAJAR WORDPRESS DARI AWAL

Saya baru saya upload 6 episod terakhir dalam Siri belajar WordPress dari awal dalam platform E-learning Kelas Design

Kepada sesiapa yang berminat nak bangunkan website E-commerce, Landing Page, Corporat, Blog dan sebagainya, anda wajib dalami dan fahami bagaimana WordPress itu berfungsi dan apa yang ditawarkan kepada anda

Barulah anda pergi ke peringkat seterusnya. Ini adalah asas dalam memahami WordPress. Dengan memahami apa yang saya kongsikan, anda akan tahu betapa hebat dan mudahnya WordPress ini untuk perniagaan, hobi atau projek anda

Jumlah episod yang ada : 52

Daftar dan belajar disini : https://kelasdesign.com

Platform E-Learning Kelas Design adalah sebuah platform yang membantu anda untuk belajar ekosistem WordPress dan pembangunan WordPress. Lebih 400 video tutorial tersedia untuk anda pelajari

Bermula dari memahami bagaimana internet @ domain berfungsi sampailah anda publish website anda

Terdapat dua pelan. Entry (Free) dan Pro (Bayaran tahunan). Bayaran dikenakan setahun sekali dan anda boleh cancel bila-bila masa. Tiada kad kredit diperlukan. Saya berikan diskaun 40%

Dengan pelan Pro, anda boleh nikmati akses tanpa had. Bayar sekali, belajar sampai lebam kata kawan saya

Selain WordPress, saya kongsi bagaimana anda nak belajar tentang HTML, CSS, JavaScript, PHP, MySQL, RunCloud, CloudFlare, Digital Ocean, Pembangunan Resume, E-Commerce, Landing Page, Sales Page, Funnel Page, Email SMTP dan banyak lagi

Rugi tak daftar sementara diskaun 40% masih ada ;)
Muhamad Sulaiman
Pengajar utama Kelas Design

Minggu lepas saya ada kongsi yang saya mencari pengganti saya untuk bekerja di syarikat bertaraf MNC dengan gaji lima an...
22/05/2024

Minggu lepas saya ada kongsi yang saya mencari pengganti saya untuk bekerja di syarikat bertaraf MNC dengan gaji lima angka. Dan sudah berjaya mendapatkan calon tersebut melalui LinkedIn

Ramai yang PM saya dan bertanya bermacam jenis soalan tentang bagaimana nak dapatkan tempat di syarikat besar sebagai seorang Programmer. Sejak saya posting iklan tersebut

Saya ada buat video di TikTok sebenarnya. Tapi malangnya, video terakhir yang saya publish pada hari Ahad (19 May) telah menyebabkan akaun saya disekat. Video tersebut adalah saya kritik tentang syarikat tempatan

Bukan beri kritikan buruk. Tapi sekadar memberikan perbezaan antara syarikat tempatan, international dan Multi-national company. Alih-alih esoknya terus tak boleh nak login. Malas nak fikir panjang, biar je la. Nanti je baru buat baru

Saya berkongsi atas dasar pengalaman sendiri. Bukan pengalaman orang lain. Jadi jika kita ada perbezaan pendapat, saya raikan pendapat anda. Dan saya juga mahu anda raikan pendapat saya. Supaya harmoni hidup kita. Dunia IT kat Malaysia ni bukan besar mana ;)

Baik. Sebelum kita bicara tentang mendapat sesi temuduga, kita bahas dulu tentang Resume. Dan terlalu ramai programmer yang pandang enteng tentang hal Resume ini

Skop kerja saya sebagai Lead Developer adalah perlu hari-hari lihat Resume orang. Perlu baca. Perlu buat analisis. Apa yang saya simpulkan, programmer ni dia terlalu fokus nak beritahu apa yang dia tahu (which is dia listkan seberapa programming language yang dia tahu) dan menidakkan struktur Resume itu sendiri

Resume jadi carca marba. Ambil template dari Canva, Words, dan macam-macam platform lain. Kemudian tukar sikit-sikit

Dia tak letak apa yang sepatutnya. Hingga akhirnya, keputusan UPSR dimasukkan. Kerja sebagai Salesman selepas SPM pun dia masukkan. Walhal nak minta jawatan Programmer

Saya tidak pernah ambil template yang telah tersedia walaupun dia sebut "Best template". Sebab tidak ada bukti yang template tersebut "Convert"

Saya berguru dengan 2 pakar pembuatan Resume di UNIMAS dahulu. Mereka tak ajar cara design Resume. Mereka ajar macam mana dengan Structure Resume kita, boleh mempengaruhi pembaca. Kita gunakan ilmu psikologi

Dalam seni pembuatan Resume ini p**a, terbahagi kepada dua. Satu Junior level, satu lagi Senior level. Berdua ini, struktur tak sama. Walaupun content lebih kurang. Again, psikologi

Terlalu banyak yang saya nak kongsi. Tapi jadi panjang sangat nanti. Begini. Dalam Resume kalian, selepas ini buat begini. Kalau betul nak dapatkan sesi temuduga. Kita bagi lepas dahulu Resume

1 - KETEBALAN KERTAS RESUME. Jika anda perlu serahkan hardcopy, gunakan kertas ketebalan antara 130gsm ke 170gsm. Jadi lain dari yang lain. Bila HR pegang Resume anda, biar ada 'Wow Factor'. Sebab yang lain rata-rata gunakan 70 - 80gsm saja. Anda punya tebal. Sangat berbeza 'feeling'. Kalau jackpot, dapat HR orang kinestetik. Memang terpilih terus. Insya-Allah!

Kalau saya perlu berikan dalam bentuk softcopy, nanti waktu temuduga saya bawa yang hardcopy juga. Saya buat 2 cetakan

2 - GAMBAR DALAM RESUME. Please jangan bagi gambar passport! Itu Resume anda. Bukan borang minta kerja. Kalau borang minta kerja, memang kena bagi gambar passport. Tapi kalau resume anda sendiri, bagi gambar yang menunjukkan anda seorang yang sangat berkaliber. Posisi gambar tu p**a, jangan menegak macam nak berkawat.

Tunjukkan Power stand gesture. Ini ilmu psikologi. Walaupun gambar anda kecil, tapi impaknya besar. Gambar anda itu perlu dari kepala sampai ke pusat. Jangan bawah sangat!

3 - WARNA RESUME. Letakkan warna yang sama dengan warna syarikat anda nak mohon kerja. HR yang bersifat Visual akan lebih tertarik dengan Resume anda. Warna yang sama dengan warna syarikat secara tidak langsung nak beritahu kepada HR, "Hey, I'm ready to join your company. Look, I know your company color. I've done my research! ". Ya, begitulah

Kat mana nak letak warna ni? Saya letak pada Background Image saya. Kalau anda hebat dalam Photo Editing, Tie yang anda pakai tu tukar juga warnanya kepada warna syarikat yang anda nak mohon. Kalau nak mohon kerja di Air Asia, edit kasi Merah. Kalau Petronas, kasi hijau turquoise

Selesai yang tiga ini, kita akan bina Structure Resume lain p**a. Jangan percaya apa yang saya tulis. Buat dan lihat dulu. Confirm ada perbezaan yang positif dengan Resume yang anda ambil dari template luar sana

Ya, ianya penat dan mengambil masa sikit. Tapi kena ingat, dengan usaha keringat buat resume yang renyah inilah nanti insya-Allah dimurahkan rezeki kalian dalam mohon pekerjaan

Gambar ini diambil pada awal 2018. Dijemput oleh GPMS (Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung Malaysia) untuk berkongsi bagaimana nak buat Resume yang HR nak lihat dan s**a

Dalam bengkel ni, rezeki para peserta yang sertai. Ada yang berjaya upgrade gaji ketika itu daripada RM1,800 kepada RM3,200 dengan tukar Struktur Resume. Sebelum tu dia cari kerja lain dengan resume sama. Tapi tak dapat-dapat

Ada juga yang dah lama kerja "asal ada duit". Sebab mohon kerja tak dapat2. Dengan asbab 3 perkara diatas, dia mula dipanggil temuduga. Dan dia Whatsapp saya sendiri bila dapat kerja tu. Girang sungguh beliau. Tapi ada beberapa temuduga yang dia failed. Yang ini kita bahas lain masa

Alhamdulillah ala kulli hal

Saya bukan pakar, bukan ahli resume yang bertauliah (ada ke yang bertauliah). Saya cuma kongsi apa yang saya tahu, apa yang saya lalui sendiri. Kalau ada manfaatnya. Semoga urusan saya, anak saya, keluarga saya semua dipermudahkanNya

Next sharing, kita kupas structure resume.
Muhamad Sulaiman
Selamat Malam Malaysia

Hujung minggu ini, mari kita belajar WordPress dari awal. Kini kita telah sampai ke seksyen 8. Yakni kita belajar tentan...
19/05/2024

Hujung minggu ini, mari kita belajar WordPress dari awal. Kini kita telah sampai ke seksyen 8. Yakni kita belajar tentang WordPress Appearance

Lebih banyak Episode yang akan saya upload selepas ini. As for now, latest Episode adalah kita belajar tentang WordPress Customizer dan Customizer API

Bagi yang sudah mempunyai akaun, klik sini untuk terus ke page Series Tutorial ini : https://app.kelasdesign.com/series/belajar-wordpress-dari-awal

Untuk yang belum daftar, klik disini (link referral saya) : https://kelasdesign.com?ref=evfiC9vL

Alhamdulillah, sudah lebih 400 lebih video tutorial tentang WordPress dan Web Development yang anda boleh pelajari dalam platform Kelas Design ini

Terima kasih tak terhingga kepada lebih 1,300 active user yang terus menerus support platform ini. Ada bajet, kita buat makan-makan 🤣
Muhamad Sulaiman
Maju bersama

Baiklah, hari ini kita sambung sesi pembelajaran "WordPress : Belajar dari awal" dengan mengetahui apa masalah yang anda...
30/04/2024

Baiklah, hari ini kita sambung sesi pembelajaran "WordPress : Belajar dari awal" dengan mengetahui apa masalah yang anda bakal hadapi bilamana anda nak upload files

Masalah ni bukan beginner je pening, kadang yang dah berpengalaman pun pening macam mana nak selesaikannya. Jom saya tunjuk beberapa masalah yang mungkin anda akan hadapi dan macam mana nak selesaikannya

Kalau berminat nak belajar WordPress dari awal, tak perlu tahu coding, nak tahu in and out WordPress, inilah Series Tutorialnya

Klik sini untuk login / register -> https://bit.ly/daftar-kelas-design
Muhamad Sulaiman
Lunch mana

Kepada sesiapa yang berminat nak mendalami WordPress, saya persembahkan Series Tutorial terbaru dalam Kelas Design, Bela...
17/04/2024

Kepada sesiapa yang berminat nak mendalami WordPress, saya persembahkan Series Tutorial terbaru dalam Kelas Design, Belajar WordPress Dari Awal

Series ini tak sama dengan yang lain, Series ini melengkapi yang lain

Jika sebelum ini anda fokus belajar bina Landing Page, E-Commerce site, Membership site, develop plugin, develop Theme, Jadi Full Stack WordPress developer..

Series kali ni fokus untuk bantu anda menjadi seorang WordPress Advance User (WAU)

WAU adalah merujuk kepada mereka yang Faham dan boleh menggunakan Fungsi WordPress dengan baik. Fungsi apa? Semua yang ada dalam Dashboard admin

Basically lepas ni, kalau apa2 jadi dekat WordPress site anda, dah boleh tahu kat mana nak fix. Terkadang requirements / kerosakan tersebut tak perlu untuk develop plugin. Tapi hanya satu tick dalam menu Settings saja

Tapi sebab kita tak tahu, maka kita korbankan masa dan wang ringgit untuk perkara yang WordPress sendiri dah boleh setel

Atas maksud itu, mai sertai saya disini : https://bit.ly/daftar-kelas-design

Diskaun 40% telah diberikan secara automatik kalau nak upgrade membership..
Muhamad Sulaiman
Pengajar WordPress anda

Punya lama saya debug kenapa selepas saya update Livewire versi 2 kepada versi 3 untuk Kelas Design, rupanya puncanya ad...
14/04/2024

Punya lama saya debug kenapa selepas saya update Livewire versi 2 kepada versi 3 untuk Kelas Design, rupanya puncanya adalah dari CloudFlare Rocket Loader

Saya inspect browser, tiada error pada Console mahupun Network. Hampir give up juga tadi. Tapi tak semudah itu Sulaiman nak give up gais..

Bermacam-macam cara lakukan mengikut pengalaman dan bacaan dari internet. Tapi tak juga berhasil. Tiada p**a orang kongsi berkenaan dengan isu Rocket Loader


Saya menggunakan fungsi ini untuk mempercepatkan load time dalam applikasi Kelas Design. Untuk memberikan User Experience yang terbaik. Tapi ada cons bila menggunakan Laravel Livewire

Setakat ini, saya gunakan beberapa JS library, tiada masalah. Livewire versi 3 saja problem. Versi 2 juga tiada masalah.

Anda boleh buat bacaan disini untuk CFRL : https://developers.cloudflare.com/speed/optimization/content/rocket-loader/

Fungsi ini memang functions teruk lah. Dia bagi website kita load dengan pantas tanpa perlu kita pakai third party punya JS optimization.

Rocket Loader prioritizes your website’s content (text, images, fonts, and more) by deferring the loading of all of your JavaScript until after …

Series tutorial terbaru dalam Kelas Design : Belajar WordPress dari awalKepada sesiapa yang nak betul2 faham cara menggu...
13/04/2024

Series tutorial terbaru dalam Kelas Design : Belajar WordPress dari awal

Kepada sesiapa yang nak betul2 faham cara menggunakan WordPress, sekali dengan best practices, boleh join Series ini ya

Ramai orang yang tahu gunakan WordPress hanya dengan Page Builder. Tapi kalau anda tahu In & Out, anda boleh buat banyak lagi perkara dalamnya

Best part? Lepas ni anda akan straight away tahu kat mana nak buat something bila berlaku apa2 dalam website wordpress anda

Klik sini untuk sertainya -> https://app.kelasdesign.com/series/belajar-wordpress-dari-awal

Selain dari WordPess, kita ada tutorial yang sangat berbaloi untuk anda sertai. Semua ini diterangkan dalam Bahasa Melayu dan Friendly Begineer. Mana yang tak pernah coding, tak pernah guna WordPress, insya-Allah lepas ni boleh faham dengan jelas

Nak register? Tekan sini -> https://kelasdesign.com

Kursus MySQL : Junior to Senior Series dalam Kelas Design telah selesai dan anda boleh akses anytime, anywhere!Terdapat ...
30/03/2024

Kursus MySQL : Junior to Senior Series dalam Kelas Design telah selesai dan anda boleh akses anytime, anywhere!

Terdapat 29 episode untuk anda belajar bagaimana untuk bermain dengan MySQL menggunakan terminal

Dalam Kursus ini, saya tak kongsi bagaimana untuk menggunakan GUI seperti HeidiSQL atau PHPMyAdmin. Tetapi akan menggunakan Terminal (powershell)

Kita belajar dari asas powershell, asas MySQL sehingga anda boleh buat indexing dalam table

Kepada yang berminat, boleh klik link (referal) ini untuk register dan belajar -> https://bit.ly/daftar-kelas-design
Muhamad Sulaiman
Salam Moreh

Komen saya tentang Laravel Herd for Windows adalah, lebih baik stay dengan Laragon. Sebab lebih banyak applikasi yang di...
27/03/2024

Komen saya tentang Laravel Herd for Windows adalah, lebih baik stay dengan Laragon. Sebab lebih banyak applikasi yang didatangkan sekali dengan Laragon berbanding dengan Herd

Plus, untuk PHP Developer, Laragon memang adalah yang terbaik untuk anda yang menggunakan OS Windows

Yang baik pada saya untuk Herd ni adalah dia boleh running multiple PHP dan Node.js Version. Macam Docker jugalah

Memudahkan kerja-kerja development tanpa perlu bertukar version manually bila setiap kali tukar projek yang memiliki version yang berbeza

Sekian ulasan saya
Muhamad Sulaiman
Selamat Pagi Semua

Belajar macam mana nak combine Table p**a dalam Kelas DesignMari kita belajar SQL tahap Intermediate / Medium. Saya ajar...
20/02/2024

Belajar macam mana nak combine Table p**a dalam Kelas Design

Mari kita belajar SQL tahap Intermediate / Medium. Saya ajar Slow and steady je

Memahami SQL dan MySQL ni sangat penting sebagai seorang Back-end Developer. Sebelum kita gunakan ORM, Query builder, WP Fetch bagai tu. Kita faham asas dahulu. Nanti senang kita faham bagaimana yang advance2 ni berfungsi

Daftar sekarang di -> https://bit.ly/daftar-kelas-design

Ada diskaun 40%!
Muhamad Sulaiman
Pengajar Web Development Anda

Masih berlangsung Series belajar SQL kita di Kelas DesignPada siapa yang berminat, mari sertai dan belajar bersama bagai...
09/02/2024

Masih berlangsung Series belajar SQL kita di Kelas Design

Pada siapa yang berminat, mari sertai dan belajar bersama bagaimana saya selesaikan task SQL dari level junior hingga senior.

Task ini berdasarkan syarikat yang saya mohon kerja sebagai Senior Back-end Developer. Sambil menjawab, sambil kita belajar bersama.

Anda nak gunakan Laravel ke, WordPress ke, Apa jua platform yang melibatkan database, wajib untuk anda tahu untuk buat operation dengannya. Jadi kita akan belajar SQL dan MySQL.

Series ini akan menggunakan Terminal. Kita tak akan belajar menggunakan GUI version seperti PhpMyAdmin, HeidiSQL atau yang sama waktu dengannya.

Saya hanya kenakan sedikit yuran untuk anda belajar. Diskaun 40% masih berjalan.

Lihat disini untuk maklumat lanjut -> https://kelasdesign.com
Muhamad Sulaiman
Salam Jumaat ///

Address

Keramat Wangsa
Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Design posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelas Design:

Share