DYNAMIQUE.Co

DYNAMIQUE.Co Together Everyone Achieve More - T.E.A.M

Nilai diri disisi Allah
02/01/2023

Nilai diri disisi Allah

Alhamdulillah...pampasan kematian dah pun masuk ke akaun balu bekas pemegang polisi dalam tempoh tak sampai sebulan sele...
15/08/2022

Alhamdulillah...pampasan kematian dah pun masuk ke akaun balu bekas pemegang polisi dalam tempoh tak sampai sebulan selepas kematian.

11/08/2021

Pecahan kes baharu mengikut negeri, 11 Ogos 2021

07/08/2021

Talian sokongan Malaysia.

1. Bantuan sokongan emosi dan kesihatan mental.

2. Bantuan keperluan asas atau bantuan sosial lain.

Pesakit COVID-19 di Lembah Klang yang sedang kuarantin di rumah dan memerlukan bantuan atau pertanyaan, hubungi :

Pusat Panggilan CAC
03-7723 9299 (8am -9pm setiap hari)

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC)
03-7723 9300 (8am -12am setiap hari)

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ...
07/06/2021

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

14/01/2021
30/08/2020

TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DALAM GERAN. NAK JUAL SUSAH, NAK BANGUNKAN PUN SUSAH. APA YANG PATUT DIBUAT?

1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.

2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.

3. Kesannya di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.

4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.

5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.

6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.

7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:

I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney - PA).

Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.

Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.

Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.

II. Semua penama jual bahagian masing-masing.

Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.

Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.

Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.

Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.

III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.

Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.

Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.

Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.

IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan

Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.

Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.

Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.

8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.

9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.

10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.

11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.

Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tak. Wallahuaklam.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI)

23/05/2020
Moratorium vs Premium Holiday. Dua perkara berbeza. Bergantung kepada perkara atau peristiwa tertentu.
26/03/2020

Moratorium vs Premium Holiday. Dua perkara berbeza. Bergantung kepada perkara atau peristiwa tertentu.

Benington Residence Setapak for rent. Fully furnished RM2500/month
12/03/2020

Benington Residence Setapak for rent. Fully furnished
RM2500/month

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60197340095

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DYNAMIQUE.Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DYNAMIQUE.Co:

Share