20/12/2023
Learn, unlearn & relearn
Kisah Rakyat Wangsa Delima
Suatu ketika dahulu, di sebuah bandar bernama Wangsa Delima, terdapat sebuah syarikat pemula milik keluarga bernama Stallion. Selama beberapa dekad, Stallion telah menjadi kebanggaan bandar tersebut kerana kerapkali berjaya menghasilkan produk dan perkhidmatan yang inovatif dan sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat Wangsa Delima.
Stallion mempuyai reputasi yang sangat baik dan kelihatan tidak tergoyah dan tidak terkalah kepada pesaing yang ada. Masa berlalu dan industri mula berubah, teknologi baharu mula muncul dan gelagat pengguna mengubah lanskap industri.
Hari-hari berlalu dan sedikit demi sedikit produk Stallion mula dimamah zaman. Permintaan mula jauh merosot dan Stallion kini hanya bermegah dengan kemahsyuran yang terdahulu. Di sebalik legasi dan sejarah kemahsyuran mereka, Stallion mendapati diri mereka bergelut untuk kekal relevan dalam menghadapi persaingan yang sengit.
Menyedari keperluan untuk berubah, Ketua Pegawai Eksekutif Stallion, Encik Asrijal, mengadakan satu mesyuarat tergempar dengan semua pekerjanya. Asrijal memperkenalkan konsep ‘Pemusnahan Kreatif’ @ ‘creative destruction’ dan menjelaskan bahawa kadangkala untuk membina semula kegemilangan, kita mesti bersedia untuk melepaskan cara lama dan menerima idea baharu.
Asrijal mengaitkan kemusnahan kreatif dengan konsep ‘learn, unlearn & relearn’. Asrijal juga berkongsi kisah dari kehidupannya sendiri, mengimbas kembali bagaimana dia sendiri terpaksa beberapakali mempelajari semula strategi baharu apabila polisi dan permintaan industri berubah.
Bagi memahamkan konsep ‘creative destruction,’ Asrijal mencertakan kisah seorang pengukir kayu ternama bernama Hamzan. Hamzan dikisahkan telah menghabiskan masa bertahun-tahun bagi menguasai seni ukiran menggunakan kaedah dan bahan tradisional. Bagaimanapun suatu hari Hamzan menyedari bahawa karya arca ukirannya mula menjadi tidak menarik dan berulang-ulang. Kalau dulu ukirannya dipuja kerana mempunyai ‘wow factor’ kini dia sendiri mual dan loya melihat ukirannya yang sudah tidak lagi mempunyai motif ukiran yang menarik. Hamzan sedar bahawa dia perlu menjalani proses ‘creative destruction’ bagi membina semula reputasi seninya.
Hamzan memutuskan untuk tidak menggunakan teknik lamanya dan lebih serius mentelaah teknik dan gaya baharu. Dia menghadiri bengkel, bekerjasama dengan artis lain, dan meneroka kaedah yang yang lebih terkini. Melalui proses ‘learn, unlearn & relearn’ Hamzan menemui kreativiti dan inovasi baharu yang menghidupkan kembali roh arcanya.
Akhirnya, semua pekerja dan rakan sepasukan Stallion mengambil inspirasi daripada kisah Hamzan. Stallion menerima ‘creative destruction’ dengan memulakan rombakan lengkap proses kerja mereka, melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, dan menggalakkan pekerja untuk mempelajari kemahiran baharu dan menyesuaikan diri dengan pasaran yang berubah.
Walaupun ia adalah satu perjalanan yang mencabar, Stallion Kembali muncul lebih gemilang berbanding sebelum ini. Mereka bukan sahaja berjaya menguasai semula pasaran tetapi juga berjaya meneroka pasaran baharu.
Masyarakat Wangsa Delima sekali lagi meraikan dan mengikonkan Stallion, bukan sahaja kerana kegemilangan masa lalu tetapi untuk keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan dunia yang sentiasa berubah.
-------
Berikut diatas hanyalah satu kisah dongeng khayalan saya tetapi mempunyai mesej jelas untuk saya sampaikan. Mesejnya mudah; untuk membina kembali kegemilangan, seseorang mesti bersedia untuk melepaskan amalan lama dan mempelajari semula pendekatan baharu.