02/12/2023
PENGURUSAN INVENTORI
Masih ada bisnes yang ambil ringan terhadap aspek pengurusan inventori stok. Ramai tak perasan ada duit syarikat yang sedang membeku di dalam stor kerana tak jaga First In First Out flow dan Minimum Stock Level. Lebih-lebih lagi ketika sales sedang mencurah-curah masuk dalam syarikat. Kerana sedang teruja, maka bos pun arahkan Supply Chain Manager untuk sentiasa restock agar bekalan tidak terputus.
Dan selalunya waktu usahawan benar-benar perasan mereka terlebih order stok ialah apabila duit masuk mula berkurangan. Ketika ini baharulah mereka akan cenderung melihat berapa banyak stok yang ada untuk ‘dicairkan’ dan baru tersedar rupa-rupanya stok berlambak di dalam stor.
Bagusnya, ada stok yang boleh dijual. Tak bagusnya, duit-duit syarikat ‘beku’ dalam bentuk produk dan perlu ditukarkan kepada RM untuk bayar overhead syarikat.
Manager pulak kurang kompeten menguruskan inventori, maka setiap bulan konsisten dan disiplin menempah stok daripada pembekal tanpa gagal. Kelebihannya stok sentiasa ada. Pelanggan atau ejen tak perlu risau sebab HQ sentiasa ada ready stock.
Kelemahannya, order berlebihan sehinggakan banyak stok mencapai Tarikh luput (expiry date) dan tak boleh dijual lagi.
Pengurus Produksi perlu sentiasa peka, walaupun sales nampak cantik tetapi sebenarnya jika FIFO dan Minimum Stock Level tidak dijaga, ada duit-duit syarikat yang sedang melebur melalui stok-stok lama yang ‘membeku’ di dalam stor kerana tarikh luput dan prosedur First In First Out tidak dipantau. Malah ada stok yang sudah luput tanpa sedar.
Akhirnya, stok-stok ini dilupuskan begitu saja menyebabkan syarikat kerugian ribuan ringgit hanya kerana kecuaian dan ketidakcekapan pengurusan inventori.
Pengurusan inventori yang cekap penting demi menjaga kesihatan cashflow syarikat. Pengurus operasi & produksi perlu kawal urus pembelian bekalan stok baru agar tidak terlebih restock supaya duit syarikat masih boleh dibelanjakan kepada perbelanjaan lain yang turut penting.