Mat Ikan

Mat Ikan Kami menjual ikan, ayam, daging, sayur dan lain-lain untuk keperluan harian anda.



02/03/2022
03/02/2022

Jangan Lakukan

Dalam kita hidup bermasyarakat, pelbagai jenis manusia akan kita temui. Ada yang baik dan soleh serta tidak kurang juga yang membawa masalah dan berperangai tidak soleh.

Al-Quran mengingatkan kita dalam berhadapan dengan manusia agar tidak memiliki sifat yang kasar, sombong serta merendahkan orang lain.

1. Jangan berkata kasar dan jadilah pemaaf

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Surah Aali Imran ayat: 159)

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إنَّ اللَّهَ أمَرَنِي بِمُدَارَاةِ النَّاس كَمَا أمَرني بِإقَامَة الْفَرَائِضِ"

Daripada Siti Aisyah r.a. ia menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku agar bersikap lemah lembut terhadap manusia sebagaimana Dia memerintahkan kepadaku untuk mengerjakan hal-hal yang fardu.

2. Jangan berlaku sombong dan bongkak.

Dalam hidup bermasyarakat, jangan sekali-kali kita memiliki sifat dan perangai Iblis yang merasa lebih baik dari yang lain dan menyombong diri. Allah SWT berfirman:

قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

"Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". (Surah Al A’raaf ayat : 13)

3. Jangan mengejek dan memperlekeh orang lain.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekump**an orang laki-laki merendahkan kump**an yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan p**a sekump**an perempuan merendahkan kump**an lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah s**a mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al Hujuraat ayat: 11)

06/09/2021
02/07/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan....kami telah bermesyuarat bersama sama.. KAMI TELAH MEMUTUSKAN TIDAK BEROPERASI PADA ESOK HARI SEHINGGA DIBERITAHU KELAK 😞 KAMI HARAP SEMUA REHDO,TAWAKAL DAN KUATKAN IMAN DAN MENTAL MASING MASING APA YANG BERLAKU DIKAWASAN KITA 🙏🙏 KITA HARUNGI BERSAMA SAMA UJIAN INI 🤲🤲 SAYA DAN FAMILY MOHON MAAF JIKA TERKURANG ATAU TERLEBIH DARI PIHAK KAMI 🙏SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA MEMBERI SOKONGAN SELAMA INI 👏👏👏👏




Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan yang kami kasihi. Ampun maaf dipinta sekiranya ada salah, silap, ter...
14/05/2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan yang kami kasihi. Ampun maaf dipinta sekiranya ada salah, silap, terlanjur kata, terlebih gurau dan andai ada perbuatan atau kata menguris hati sepanjang perkenalan kita. Terima kasih di atas sokongan anda semua selama ini. Tanpa anda siapalah kami. Teruskan sokongan anda semua, in shaa Allah kami akan terus memberikan khidmat terbaik untuk anda semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Tulus ikhlas,

Pakndak & co

Address

Jalan Air Panas
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Tuesday 09:30 - 14:00
Wednesday 09:30 - 14:00
Thursday 09:30 - 14:00
Friday 09:30 - 12:30
Saturday 09:30 - 13:00

Telephone

+60163035756

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mat Ikan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mat Ikan:

Share