aidaq eperolehan/MOF

Call Directions Website Contact the business

aidaq eperolehan/MOF Penyedia Latihan & Bimbingan HRDC & Pusat ePerolehan Service Point (ePSP) Kepada Usahawan Pembekal & Kontraktor Bekalan Perkhidmatan MOF/eP.
(2)

Di Aidaq, kami sediakan bimbingan & panduan lengkap kepada usahawan yang ingin menjadi pembekal produk atau servis ke jabatan dan agensi kerajaan. Teknik yang sama juga boleh digunapakai ketika berurusan dengan Badan Berkanun dan GLC. Anda boleh jimatkan kos dengan ilmu yang kami kongsikan. Melalui kolobrasi dengan MARA & syarikat pemfaktoran, peserta IMGC boleh dapatkan sokongan kredit (modal) sehingga RM1juta untuk urusniaga dengan jabatan Kerajaan, Badan Berkanun & GLC. Nak tahu bagaimana sokongan kredit ini boleh kukuhkan kedudukan kewangan syarikat anda? Daftar Intensive Mini Group Coaching (IMGC) - Strategi Tembusi Pasaran Kerajaan & Swasta hari ini. Tuan puan boleh hubungi Cik Khadijah di talian 019-228 6493 / 012-6169034

- Perintis Laluan Usahawan

SME YANG KUAT, NEGARA JADI LEBIH KUAT. Sebuah syarikat kecil mungkin hanya ada 3 orang pekerja tapi apabila syarikat itu...
16/09/2026

SME YANG KUAT, NEGARA JADI LEBIH KUAT.

Sebuah syarikat kecil mungkin hanya ada 3 orang pekerja tapi apabila syarikat itu berkembang, ia mula membeli daripada supplier lain, menggaji lebih ramai pekerja, membayar cukai dan apabila cukup syarat, mengeluarkan zakat.

Satu bisnes menghidupkan bisnes yang lain sebab itu bagi AIDAQ, membangunkan usahawan bukan sekadar membantu mereka “dapat projek”.

Kita mahu mereka BERSEDIA apabila peluang datang.
Ada pasaran.
Ada sistem.
Ada cashflow.
Ada kemampuan melaksanakan kontrak.
Ada ilmu untuk mengurus pertumbuhan.

Kerana peluang tanpa persediaan boleh menjadi beban tetapi peluang yang bertemu dengan syarikat yang bersedia boleh menjadi titik mula kepada pertumbuhan yang jauh lebih besar.

📌 BUSINESS INSIGHT
Jangan hanya bina syarikat yang pandai MENCARI peluang.
Bina syarikat yang cukup BERSEDIA untuk MELAKSANAKAN peluang itu apabila ia datang.

Peluang → Readiness → Ex*****on → Growth → Impact

Sempena Hari Malaysia, penghargaan kami kepada setiap usahawan, pembekal, kontraktor, majikan dan pekerja yang terus membina perniagaan serta mencipta nilai untuk orang lain.

🇲🇾 Malaysia dibina oleh kita semua.





DAPAT PELUANG PROJEK RM50,000, JANGAN TERUS NAMPAK RM50,000!Ini antara perangkap kontraktor baharu.Bila nampak satu pelu...
11/09/2026

DAPAT PELUANG PROJEK RM50,000, JANGAN TERUS NAMPAK RM50,000!

Ini antara perangkap kontraktor baharu.
Bila nampak satu peluang bernilai RM50,000, kita mudah teruja.

Dalam kepala...“Kalau dapat kerja ni, bagus!”
Tapi sebelum fikir berapa banyak kita boleh dapat, cuba tanya satu soalan lain:

Berapa banyak duit syarikat perlu keluarkan dahulu untuk menyiapkan kerja ini?

Contohnya:
Barang perlu dibeli dahulu.
Pembekal mungkin minta deposit.
Ada kos penghantaran.
Ada pekerja yang perlu dibayar.
Ada kos pemasangan atau pelaksanaan.
Mungkin ada kos yang kita langsung tak jangka ketika membuat harga.

Dan yang paling penting, bila sebenarnya kita akan menerima bayaran?

Kontrak RM50,000 tidak bermaksud syarikat mempunyai RM50,000 dalam bank pada hari pertama.

Sebab itu sebelum menerima sesuatu kerja, kontraktor baharu perlu sekurang-kurangnya tahu 3 angka:

1. Kos sebenar untuk menyiapkan kerja.
Bukan harga barang sahaja.

2. Modal kerja yang perlu dikeluarkan sebelum bayaran diterima.

3. Margin yang benar-benar tinggal selepas semua kos.

Jangan sampai kita menang peluang, tetapi sepanjang tempoh menyiapkannya kita terpaksa mencari duit sana sini untuk membayar supplier dan menjalankan operasi.

Lebih bahaya kalau kita terpaksa menggunakan duit daripada projek lain untuk menampung projek yang sedang berjalan.

Itu bukan pertumbuhan yang sihat.

Sebelum kata “Saya boleh buat”, biasakan tanya:

“Syarikat saya mampu siapkan kerja ini dengan baik tanpa menjejaskan cashflow syarikat?”

Kontraktor yang bagus bukan kontraktor yang mengambil semua peluang yang datang.

Dia tahu peluang mana yang syarikatnya benar-benar bersedia untuk laksanakan.

🦺 Supplier Insight™
Knowledge Powered By Experience™



Peluang kontrak boleh dibuka. Tapi persoalannya...BILA PELUANG ITU DATANG, SYARIKAT KITA DAH BERSEDIA KE?Semalam saya be...
09/09/2026

Peluang kontrak boleh dibuka. Tapi persoalannya...
BILA PELUANG ITU DATANG, SYARIKAT KITA DAH BERSEDIA KE?

Semalam saya bertemu dengan pihak pengurusan sebuah syarikat kuari di Malaysia.

Antara perkara yang kami bincangkan ialah bagaimana kami boleh berkolaborasi untuk membantu vendor-vendor mereka menjadi lebih bersedia sebelum menyertai mana-mana kontrak yang ditawarkan.

Saya s**a konsep ini.

Sebab ia melengkapkan satu ekosistem yang selama ini saya cuba bina melalui RTES™.

RTES™ membantu usahawan membentuk syarikat mereka menjadi KONTRAKTOR BEKALAN yang lebih bersedia.

Mereka belajar memahami pasaran, mengenali pembeli, melihat kemampuan syarikat, menyediakan dokumen dan membina strategi sebelum mengejar sesuatu peluang.

Paymaster/client p**a membuka peluang kontrak kepada vendor.
Tetapi peluang sahaja belum tentu menghasilkan kejayaan.

Vendor tetap perlu tahu:
+ Apa sebenarnya yang pembeli perlukan?
+ Adakah syarikat kita memenuhi keperluannya?

Dokumen dah lengkap?
Modal kerja cukup?

Kapasiti untuk melaksanakan kontrak ada?

Dan kalau peluang itu diperoleh nanti...mampukah kita deliver dengan baik?

Inilah yang saya maksudkan dengan BUSINESS READINESS.
Usah tunggu kontrak keluar baru nak bersedia.

Sebab pada waktu itu, kita mungkin sedang berlumba dengan vendor lain yang sudah membuat persediaan lebih awal.

Itulah juga sebab saya selalu beritahu peserta RTES™...
Kita bukan belajar semata-mata untuk tahu bagaimana mahu masuk pasaran kerajaan.

Kita sedang MEMBENTUK SYARIKAT supaya lebih bersedia menjadi kontraktor bekalan.

Bila syarikat dah bersedia, barulah peluang daripada kerajaan, GLC, badan berkanun mahupun Paymaster swasta boleh dinilai dan dikejar dengan lebih strategik.

Sebab tu RTES™ bagi saya bukan sekadar kelas.
Ia adalah BUSINESS READINESS.
Peluang boleh datang daripada banyak pintu.
Tugas kita ialah memastikan bila pintu itu terbuka...

SYARIKAT KITA DAH BERSEDIA UNTUK MASUK.

InsyaaAllah.

RTES™
Road To ePerolehan Success
Strategi Tembusi Pasaran Kerajaan & Swasta





09/09/2026

Baru nak masuk bisnes dengan kerajaan tapi tak tahu nak mulakan dari mana?

Ramai pembekal baharu silap pilih jenis kontrak dan akhirnya rugi masa, duit, dan tenaga.

Bila anda tahu kontrak yang betul untuk dimulakan, peluang dapat projek kerajaan jadi jauh lebih mudah dan realistik.

Hubungi kami sekarang, kami bantu anda kenal pasti kontrak kerajaan yang paling sesuai untuk perniagaan anda! Cik Setia 017-2447900 / Pn Nas 011-25059415


Sales besar boleh membunuh bisnes.Bunyinya pelik.Tapi kalau order berkembang lebih cepat daripada modal kerja, “kejayaan...
08/09/2026

Sales besar boleh membunuh bisnes.

Bunyinya pelik.

Tapi kalau order berkembang lebih cepat daripada modal kerja, “kejayaan” itu boleh menjadi masalah seterusnya.

BALIK DARI KELAS, ISNIN NAK BUAT APA?Ini soalan yang saya rasa lebih penting daripada:“Berapa banyak ilmu peserta dapat ...
07/09/2026

BALIK DARI KELAS, ISNIN NAK BUAT APA?

Ini soalan yang saya rasa lebih penting daripada:
“Berapa banyak ilmu peserta dapat sepanjang 2 hari training?”

Minggu lepas dalam RTES™, peserta bukan sekadar belajar tentang pasaran pukal kerajaan dan swasta.

Mereka perlu melihat semula syarikat sendiri.
+ Apa yang syarikat sudah ada?
+ Apa yang masih belum bersedia?
+Pasaran mana yang mahu difokuskan?
+ Siapa pembeli yang patut disasarkan?
+ Kod bidang mana yang relevan dengan keupayaan syarikat?

Dan selepas kelas…
+ Apa tindakan pertama yang perlu dibuat?

Sebab salah satu masalah selepas menghadiri training ialah kita p**ang dengan banyak nota dan banyak idea.

Semangat memang ada.
Tapi sampai pejabat…
“Okay. Aku nak mula yang mana dulu?” 😄

Sebab itu dalam RTES™, kami mahu peserta membina roadmap tindakan mereka sendiri.

- Bukan roadmap syarikat orang lain.
- Bukan sekadar ikut apa yang trainer buat.

Tetapi berdasarkan kedudukan dan keupayaan syarikat masing-masing.

Matlamatnya supaya peserta tidak hanya keluar daripada kelas dengan lebih banyak pengetahuan.

Mereka keluar dengan lebih jelas:

+ DI MANA syarikat mereka sekarang.
+ KE MANA mereka mahu pergi.
+ APA yang perlu disediakan.
+ SIAPA yang perlu disasarkan.
+ Dan APA tindakan yang perlu dimulakan selepas kelas.

Kerana dalam pasaran pukal, mengetahui bahawa peluang itu wujud belum cukup.

Syarikat perlu bersedia untuk bertindak apabila peluang itu datang. Itulah yang kami maksudkan dengan Business Readiness.

RTES™ bukan sekadar belajar tentang ePerolehan.

Ia membantu pembekal dan kontraktor menyusun langkah sebelum bergerak.

Ilmu memberi kita kefahaman.
Roadmap membantu kita bertindak.

RTES™ | Road To ePerolehan Success
AIDAQ Services Corp Sdn Bhd




Semalam dalam RTES™, ada satu angka yang buat peserta terus terdiam sekejap.37% berbanding 0.8%.Saya selitkan kisah baga...
04/09/2026

Semalam dalam RTES™, ada satu angka yang buat peserta terus terdiam sekejap.

37% berbanding 0.8%.

Saya selitkan kisah bagaimana usahawan yang berniaga melalui sesetengah platform online boleh berdepan pelbagai kos platform sehingga lebih 37%.

Bila jual RM100, bukan RM100 itu masuk poket kita.

Ada fee.
Ada komisen.
Ada kos promosi.
Ada kos untuk kekal visible dalam platform.

Sebab tu jualan nampak banyak, tapi bila kira betul-betul...margin makin nipis.

Kemudian saya tunjuk satu lagi perspektif.

Berbisnes dengan kerajaan melalui ePerolehan, kos platformnya sekitar 0.8%.

Terus nampak muka peserta berubah.

Itulah antara “aha moment” mereka semalam.

Bukan bermaksud kita kena tinggalkan online.

Jangan.

Kalau channel itu menghasilkan jualan, teruskan.

Cuma sebagai bisnes owner, kita kena mula fikir lebih jauh.

Kenapa bergantung kepada SATU sales channel kalau kita boleh bina satu lagi?

Online boleh jalan.
Retail boleh jalan.
Corporate boleh jalan.
Pasaran kerajaan pun boleh kita usahakan.

Kita belajar dulu.
Kita faham cara pasarannya.
Kemudian cuba.

Sebab akhirnya kita bukan sekadar mahu MAXIMAKAN JUALAN.

Kita mahu MINIMAKAN KOS dan MAXIMAKAN UNTUNG.

Bila syarikat semakin untung dan kukuh, barulah kita mempunyai kemampuan untuk menjadi penyumbang zakat dan pembayar cukai yang konsisten.

Itu matlamat yang lebih besar.

Untung bukan sekadar untuk kita.

Daripada keuntungan itulah kita boleh membina syarikat, menggaji orang, membantu lebih ramai manusia dan menyumbang kembali kepada ummah dan negara.

Sebab tu dalam RTES™, saya tak mahu peserta sekadar belajar “macam mana nak jual kepada kerajaan”.

Saya mahu mereka nampak satu lagi SALES CHANNEL yang mungkin selama ini mereka tak pernah serius usahakan.

Belajar dan cuba dahulu.

Lepas tu baru kita tahu kenapa pasaran pukal kerajaan dan swasta patut ada dalam radar pertumbuhan syarikat kita.

RTES™ – Road To ePerolehan Success
Strategi Tembusi Pasaran Kerajaan & Swasta





01/09/2026
31/08/2026

Nak Jadi Pembekal Kerajaan? Ini Cara Mudah Dapatkan Nombor Pendaftaran Anda!

Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak mula berbisnes dengan kerajaan?

Jawapannya mudah. Langkah pertama anda adalah mendaftar sebagai pembekal kerajaan yang sah.

Berikut adalah cara mudah untuk mulakan proses pendaftaran anda:

✅ Langkah 1 - Daftar dengan layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di ePerolehan. Di sinilah semua pendaftaran pembekal kerajaan diuruskan secara rasmi.

✅ Langkah 2 - Sediakan Dokumen Penting
Pastikan anda ada dokumen-dokumen ini:
• Sijil SSM (pendaftaran syarikat)
• Penyata bank syarikat
• Maklumat pengarah/pemilik syarikat
• Dokumen sokongan berkaitan bidang bekalan atau perkhidmatan anda

✅ Langkah 3 - Pilih Kod Bidang Yang Tepat
Ini sangat penting! Pilih kod bidang yang betul-betul sepadan dengan perkhidmatan atau bekalan yang anda tawarkan.

✅ Langkah 4 - Hantar Permohonan dan Tunggu Kelulusan
Setelah semua maklumat lengkap, hantar permohonan anda. Proses kelulusan biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja.

Setelah berdaftar, anda sudah boleh mula menyertai pembelian terus, sebut harga dan tender kerajaan!

Ingat - perniagaan yang berdaftar dengan betul adalah perniagaan yang dipercayai. Mulakan perjalanan anda hari ini!


Address

Lot 3. 30B, Tingkat 2, Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
50350

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60126169034

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when aidaq eperolehan/MOF posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to aidaq eperolehan/MOF:

Shortcuts

Share