26/07/2021
Punca Loan Bank tak lulus- Dokumen tak strong
Banyak sebab Bank reject kita punya loan.
Yes perkara pertama yang kita akan check ada lah kelayakan loan. Secara kasarnya gaji bersih 4k lepas untuk beli rumah bernilai 200k. tapi..
Bank juga akan lihat kita punya dokumen. Ada loan yang kene reject atas sebab dokumen seperti:
i- EPF tak dicarum dengan jumlah yang sepatutnya. Company tak mencarum dengan jumlah % yg ditetapkan.
ii- EPF dah ditolak daripada gaji tapi 'majikan tak mencarum'. (KWSP detailed statement)
iii- Gaji dekat payslip tak tally dengan bank statement.
Contohnya: gaji yg dapat RM 2710 tapi yg masuk dalam bank RM 2860. So ada different RM 150 kat situ. bank akan enquiry kenapa amaun tu kurang atau lebih dan bank akan minta clarification.
iv- Bank statement given- must be able to see name account number & amount in every page.
v- Latest employment letter/ prove allowance/ prove savings & etc
** boleh rujuk screenshot berikut iaitu petikan daripada banker sendiri berdasarkan pengalaman saya sendiri berkenaan beberapa cases yg melibatkan payslip tak tally dengan bank statement, caruman KWSP & lain2.
Walaupun buyer ada kelayakan tapi dokumen tak cantik. Ini akan memberi kesan kepada profil yang tak strong. Atas sebab dokumen yang tak strong di atas, pihak bank akan minta bermacam-macam dokumen sokongan dan clarification.
-Ccris-
Boleh jadi juga buyer tiada rekod Ccris bermakna tiada apa2 rekod pinjaman. So, mana2 bank agak ralat untuk bagi kepercayaan untuk kita bayar komitmen setiap bulan. Oleh itu, sekurang-kurangnya kita perlu ada 1 komitmen bulanan seperti ASBF, personal loan atau Kredit kad & rekod bayaran kita pun cantik. Jadi, mudah untuk bank beri kelulusan.
-Savings-
Cantikkan baki akhir akaun anda. Pastikan ada lebihan duit pada gaji kita setiap bulan. Contohnya, rumah yang kita nak beli bayaran bulanannya RM 1,000. Pastikan, kita ada savings setiap bulan juga sekurang-kurangnya RM 1000. Oleh itu, bank akan lebih percaya yang kita mampu untuk beli rumah tersebut.
Kesimp**annya, walaupun kelayakan dah ada tapi dokumen tak strong boleh mempengaruhi kelulusan pinjaman kita. Manakala, jika kelayakan yang kita ok & dokumen pun cantik, complete & tersusun, pasti loan akan lulus.
Semoga bermanfaat.
Ariff Haikal | REN 41448
Aceakl Estate Agency Sdn Bhd
010-7904485