Kisah kisah jenayah

Kisah kisah jenayah Perlunya CCTV, Alarm system untuk mengelak berlaku kejadian Jenayah

10 kenderaan berlanggarWartawan Sinar Harian23 Disember 2013ALOR SETAR - Sebanyak 10 kenderaan berlanggar dalam satu kem...
24/12/2013

10 kenderaan berlanggar

Wartawan Sinar Harian
23 Disember 2013

ALOR SETAR - Sebanyak 10 kenderaan berlanggar dalam satu kemalangan yang berlaku di K319 Lebuhraya Sultanah Bahiyah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah lori dan sembilan kereta mengalami kerosakan akibat rempuhan berkenaan.

Semua mangsa dilaporkan selamat dan tiada mengalami kecederaan, namun seorang bayi dikejarkan ke hospital berdekatan kerana terhantuk akibat hentakan.

Menurut mangsa yang enggan namanya disiar, sebanyak 10 kenderaan terbabit berada dalam satu barisan bahagian kiri jalan, malah kemalangan berlaku secara tiba-tiba sedangkan masing-masing bergerak perlahan dari arah Tecso Mergong menuju Shahab Perdana.

“Rasa pelik apabila kereta di bahagian kanan memandu perlahan dan memandang ke arah kami.

“Dalam sekelip mata, terasa kereta yang berada di belakang merempuh kenderaan saya. Saya tidak sangka ia berlaku kerana dibawa perlahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Manakala, kebanyakan orang awam turut memberhentikan kenderaan mereka sambil menghubungi beberapa pihak bertanggungjawab, sekali gus cuba membantu mangsa kemalangan berkenaan.

Perompak larikan cincin emasWartawan Sinar Harian23 Disember 2013SEREMBAN – Seorang peniaga kerugian RM1,000 apabila cin...
23/12/2013

Perompak larikan cincin emas

Wartawan Sinar Harian
23 Disember 2013

SEREMBAN – Seorang peniaga kerugian RM1,000 apabila cincin emas miliknya dilarikan penjenayah selepas rumahnya di Taman Makmur, di sini, dipecah masuk.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, S Kavary, 44, yang berniaga roti canai didatangi jirannya di kedai makan miliknya bagi memaklumkan rumahnya dipecah masuk dua lelaki.

“Saya segera pulang ke rumah dan terkejut melihat siling bilik tidur utama berlubang dipercayai menjadi pintu masuk penjenayah.

“Suspek hanya menggeledah bilik utama dan ruang tamu dan membawa lari cincin emas yang diletakkan di atas kabinet televisyen,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia percaya suspek memasuki rumahnya melalui rumah jiran sebelah sebelum mengangkat serpihan atap lalu memecahkan siling bilik tidur.

“Saya tidak menyimpan wang tunai, barang kemas dan barangan berharga lain di rumah jika tidak pasti kerugian puluhan ribu ringgit.

“Mujurlah ketika kejadian tiada sesiapa di rumah, jika tidak pasti kejadian buruk boleh berlaku,” katanya.

S Kavary berkata, dia percaya suspek sudah mengenal pasti rutin harian keluarga mereka yang kerap keluar rumah seawal 5.30 pagi untuk berniaga.

“Mungkin suspek sudah lama memerhati keluarga saya kerana kami memang selalu keluar rumah awal pagi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pusat pameran perabot musnah terbakarWartawan Sinar Harian22 Disember 2013KUALA LUMPUR - Sebuah pusat pameran perabot di...
23/12/2013

Pusat pameran perabot musnah terbakar

Wartawan Sinar Harian
22 Disember 2013

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat pameran perabot di Jalan Sultan Ismail, di sini, musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Komanden Operasi Kanan Bomba Kuala Lumpur, Che Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.17 malam dan seramai 39 anggota tiba dengan tujuh buah jentera ke lokasi kejadian 21 minit kemudian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak memusnahkan hampir 70 peratus bahagian di tingkat satu premis itu. Bagaimanapun kita berjaya mengawal kebakaran itu pada pukul 7.42 malam.”

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul terlibat dalam operasi itu” katanya

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, sementara punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak23 Disember 2013KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja ...
23/12/2013

Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak

23 Disember 2013

KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam.

Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.

Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.

Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. - Bernama

Gegaran mercun rampasanOleh Muhamaad Razis IsmailTumpat: “Bunyi letupan itu kuat seperti bom sehingga menggegarkan rumah...
23/12/2013

Gegaran mercun rampasan

Oleh Muhamaad Razis Ismail

Tumpat: “Bunyi letupan itu kuat seperti bom sehingga menggegarkan rumah sebelum saya melihat lapan cermin tingkap rumah saya pecah,” kata Che Asiah Che Mohamed, 59, menceritakan detik cemas mercun rampasan untuk dilupuskan yang diletakkan di empat tangki berisi air di dalam sebuah lori di kawasan stor milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pengkalan Kubor, di sini, yang terletak berhampiran rumahnya meletup, semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, lori berkenaan rosak teruk manakala serpihan cermin tingkap rumah Che Asiah yang pecah terkena lengan kiri seorang cucunya, Izzue Solehin Aizzudin, 4, menyebabkannya cedera ringan.

Ketika kejadian, Che Asiah berada di dalam rumah bersama enam ahli keluarganya termasuk anak perempuannya, Nurul Izzah Yaacub, 24, serta menantunya, Sarah Sulaiman, 27, kedua-duanya sarat mengandung.

Tiga sekeluarga itu terseliuh kaki berikutan terjatuh ketika menuruni tangga untuk keluar dari rumah sejurus selepas mercun berkenaan meletup.

Serpihan mercun yang meletup turut ditemui bertaburan di halaman rumah Che Asiah.

Menurut Che Asiah, sebelum kejadian dia sedang berehat di dalam biliknya sementara menunggu azan Zuhur manakala enam ahli keluarganya yang lain berada di ruang tamu menonton televisyen.

Katanya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi letupan kecil sebelum disusuli dengan bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumah.

“Pada mulanya saya menyangka kanak-kanak bermain mercun. Namun, saya mulai curiga kerana letupan semakin kuat dan berterusan dalam tempoh lebih lima minit.

“Saya mula menyangka ia letupan bom selepas melihat asap semakin tebal sebelum rumah seolah-olah bergegar dan beberapa cermin tingkap rumah pecah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, di sini.

Menurutnya, ketika itu keadaan di dalam rumah kelam-kabut apabila dia dan ahli keluarganya panik serta cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah.

“Saya hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika panik.

“Ketika cuba keluar dari rumah, saya terjatuh di tangga sehingga saya terseliuh. Anak perempuan dan menantu perempuan turut terseliuh di kaki selepas terjatuh ketika menuruni tangga bersama saya,” katanya.

Menantu Che Asiah yang juga suami Nurul Izzah, Mohd Arif Abdullah, 30, berkata, sebelum kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan isterinya selepas terdengar bunyi letupan itu.

“Saya keluar dari bilik selepas isteri memaklumkan mendengar bunyi letupan sebelum saya lihat cermin tingkap di dalam bilik pecah kesan daripada bunyi letupan yang kuat.

“Jika isteri tidak mengejutkan saya, mungkin serpihan cermin yang pecah itu terkena saya,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat Deputi Superintendan Sharifuddin Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, berdasarkan laporan diterima, sebelum berlaku letupan, kerja pemunggahan dilakukan dan mercun rampasan itu diletakkan di dalam empat tangki berisi air sebelum semua mercun akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah di Pengkalan Nangka, di sini.

“Bagaimanapun, salah seorang pekerja ternampak kepulan asap di salah sebuah tangki berkenaan sebelum mercun di dalam tangki meletup,” kataya.

Enam penjenayah pecah rumah diberkasOleh Wan Asrudi Wan HasanIPOH: Enam penjenayah yang melakukan kegiatan pecah rumah d...
23/12/2013

Enam penjenayah pecah rumah diberkas

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

IPOH: Enam penjenayah yang melakukan kegiatan pecah rumah dan samun di sekitar daerah ini diberkas polis dalam dua lokasi berasingan di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah sejak beberapa bulan lalu diberkas polis selepas menerima aduan daripada orang ramai.

"Dua lelaki berusia 33 dan 32 tahun warga tempatan ditangkap bersama barang yang dipercayai curi di kawasan perumahan Taman Lawan Kuda, Gopeng kira-kira 11 malam tadi.

"Sementara seorang wanita berusia 29 tahun serta tiga lelaki berusia 18 hingga 19 tahun ditangkap di Kampung Manjoi jam 1.30 pagi semalam," katanya pada sidang media di sini sebenar tadi.

Ajal potong pokokOleh Muhaamad Hafis NawawiPetaling Jaya: “Boleh diibaratkan hidup matinya diabadikan di tempat tinggaln...
23/12/2013

Ajal potong pokok

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Petaling Jaya: “Boleh diibaratkan hidup matinya diabadikan di tempat tinggalnya sejak kecil walaupun dia sudah berpindah dan tidak menyangka akhirnya dia menemui ajal di sini,” kata Azman Iskandar, 47, rakan kepada Zainal Abidin, 59, yang maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat terjatuh daripada pokok kelapa berketinggian 3.6 meter.

Dalam kejadian jam 5 petang Khamis lalu, mangsa, yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh penduduk, namun dia gagal diselamatkan selepas tiga hari bertarung nyawa dan meninggal dunia kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, Azman berkata, mangsa datang ke tempat kejadian di Jalan Aman 3/69 Kawasan Melayu, di sini selepas pemilik sebuah rumah di situ meminta bantuannya untuk menebang pokok kelapa itu kerana bimbang akan menghempap rumahnya.

Menurutnya, arwah memang dikenali penduduk kerana dia tinggal di sini sejak kecil sebelum berpindah ke Jalan Klang Lama beberapa tahun lalu, namun dia tetap datang ke sini berjumpa rakan-rakannya.

“Ketika kejadian itu, hujan renyai-renyai, namun arwah tetap meneruskan kerjanya, malah sebelum itu dia sudah terjatuh kali pertama.

Cinta murtadOleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah AlingKuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama...
23/12/2013

Cinta murtad

Oleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan ayah kandung dicekik abang teman lelakinya ketika si bapa cuba membawanya pulang dari rumah kekasih, di sini.

Lebih menyedihkan, si anak tidak menghiraukan rayuan ayah dan ibu kandungnya yang datang menjemputnya pulang, sebaliknya menyuruh kedua-dua orang tuanya itu membiarkannya tinggal di kawasan rumah panjang itu bersama teman lelakinya.

Menceritakan kisah itu, ayah malang yang hanya mahu dikenali Omar, 53, berkata, dugaan diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad.

“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.

“Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.

Libasan sabit penyamunOleh Abd Rahman AdamMiri:“Penjenayah bertindak ganas apabila melibas sabit ke arah suami dan nyari...
23/12/2013

Libasan sabit penyamun

Oleh Abd Rahman Adam

Miri:“Penjenayah bertindak ganas apabila melibas sabit ke arah suami dan nyaris mengenai saya serta anak lelaki berusia tiga tahun,” kata Gelimin Assan, 41, isteri mangsa yang cedera dalam kejadian rompakan bersenjata di rumahnya di Taman Palmvilla, semalam.

Kejadian pada jam 3 pagi menyebabkan mangsa, Sultan Gindie, 40-an, nyaris putus lengan, selain luka di tapak tangan kanan manakala isterinya luka di tangan dan kepala selepas berlaku pergelutan dengan seorang daripada dua suspek terbabit.

Difahamkan, perompak memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap belakang sebelum memasuki bilik tidur utama tiga beranak itu.

Gelimin berkata, dia menyedari rumahnya dimasuki penjenayah sebaik terdengar bunyi bising sebelum melihat dua lelaki bertopeng sambil memegang sabit di tangan masing-masing.

Katanya, ketika kejadian, suaminya sudah bangun dan cuba menghalang tindakan kedua-dua suspek menyebabkan berlaku pergelutan sebelum diserang menggunakan senjata berkenaan.

Misteri bau busuk terungkaiRIDAUDDIN DAUD21 Disember 2013KUALA KANGSAR - Misteri bau busuk yang kerap dihidu penduduk be...
21/12/2013

Misteri bau busuk terungkai

RIDAUDDIN DAUD
21 Disember 2013

KUALA KANGSAR - Misteri bau busuk yang kerap dihidu penduduk berhampiran surau lama di Kampung Batang Kulim sejak minggu lalu akhirnya terungkai apabila mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam sebuah rumah di sini, semalam.

Mayat berkenaan dijumpai seorang penduduk kampung yang pergi ke rumah berkenaan setelah hampir dua minggu tidak melihat kelibat warga emas tersebut.

Dia yang enggan dikenali berkata, isterinya menghubungi anak wanita tersebut pada pagi semalam namun anak wanita itu mengatakan ibunya masih berada di kampung dan tidak bersamanya di Kuala Lumpur.

Bimbang sesuatu mungkin terjadi kepada warga emas tersebut, dia bergegas ke rumah wanita itu dan mendapati ada bau busuk datang dari dalam rumah sebaik sahaja di tiba di pintu rumah berkenaan.

“Saya terpaksa panjat pagar rumah untuk masuk ke dalam kawasan rumah kerana pagarnya berkunci. Bila saya rapat dengan pintu rumah, saya terhidu bau yang kurang menyenangkan.

“Pintu rumah itu berkunci jadi saya terpaksa tendang pintu tersebut. Bila dah terbuka, saya lihat ada satu mayat terbaring di ruang tamu rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia segera pergi ke balai polis untuk melaporkan perkara berkenaan selepas melihat mayat wanita berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Sahak, 32, berkata, dia sudah beberapa kali terhidu bau busuk apabila melalui berhampiran rumah berkenaan namun dia tidak pasti bau tersebut datang dari mana.

“Memang selalu ada bau busuk bila lalu kawasan itu tapi saya tidak tahu itu bau apa. Rumah itu pun dah lama bergelap tapi kami ingat dia pergi ke rumah anaknya.

“Selalu pun kalau dia pergi ke rumah anaknya, memang rumah dia selalu bergelap pun,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengatakan ada terjumpa mayat dalam sebuah rumah beralamat di Jalan Batu 28 3/4, Kampung Batang Kulim.

Menurutnya, mayat wanita tersebut dikenal pasti sebagai Yulaizah Mohd Ariffin, 78, yang lebih dikenali sebagai Kak Yon di kalangan penduduk kampung.

“Dipercayai sudah hampir dua minggu mangsa meninggal dunia berdasarkan keadaan mayat yang sudah tinggal rangka. Si mati tinggal seorang diri dan mempunyai empat orang anak yang tinggal di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Sebab kematian masih belum diketahui dan mayat dihantar ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terhumban dalam lubang jalanRaiham Mohd Sanusi21 Disember 2013CHUKAI – “Saya terasa tubuh melayang sebelum pengsan,” kat...
21/12/2013

Terhumban dalam lubang jalan

Raiham Mohd Sanusi
21 Disember 2013

CHUKAI – “Saya terasa tubuh melayang sebelum pengsan,” kata penunggang motosikal, Shamsul Herman Abdul Rashid, 32, yang nyaris maut apabila terhumban dalam lubang jalan yang mendap sedalam kira-kira 1.5 meter, malam semalam.

Lubang besar itu terbentuk akibat banjir teruk yang melanda daerah ini, baru-baru ini menyebabkan tanah di situ mendap berikutan terdapat saluran pembetung di bawahnya.

Musibah tersebut menjadikan Shamsul mangsa kedua lubang disifatkan lubang maut oleh penduduk kerana selang sehari sebelum itu, seorang kanak-kanak patah tangan setelah terjatuh ke dalam lubang sama.

Shamsul berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Pengkalan Binjai menuju ke sebuah stesen minyak di Batu 4, Binjai untuk mengisi minyak motosikal dengan melalui
jalan pintasan Taman Semarak Binjai-SMK Binjai di Kampung Binjai.

Namun katanya, semasa melalui satu selekoh di jalan pintasan itu, dia tidak menyedari terdapat lubang besar berikutan kawasan sepanjang laluan tersebut gelap kerana tiada lampu jalan.

“Tiada langsung tanda amaran di sepanjang laluan tersebut, jadi saya tak tahu jalan di situ ada lubang besar.

“Lepas tersedar daripada pengsan, saya keluar dari lubang dan tunggang motosikal yang sudah bengkok rim bahagian depan untuk balik ke rumah yang jaraknya cuma 500 meter dari tempat kejadian,” katanya di wad lelaki Hospital Kemaman.

Akibat nahas tersebut, bapa kepada seorang anak yang bekerja sebagai buruh di Pengkalan Bekalan Kemaman, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal itu mengalami cedera teruk di bahagian muka dengan tiga batang gigi
bawah patah dan bibir terpaksa dijahit, malah ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, isterinya, Nurul Lailatul Akma Mohd Zulkafli, 20, berkata, dia terkejut apabila suaminya pulang dalam keadaan muka berlumuran darah kira-kira jam 9.30 malam.

“Tergamam saya lihat muka suami penuh darah, jadi saya tanya padanya kereta mana langgar dia. Dalam keadaan tak berdaya, dia jawab jatuh lubang,” katanya.

Oleh itu, Nurul Lailatul berharap pihak bertanggungjawab dapat membaik pulih segera jalan mendap itu agar tiada lagi pengguna jadi mangsa kerana lubang sedalam itu boleh mengundang nahas meragut nyawa.

Address

Kuala Lumpur
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kisah kisah jenayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share