MyTakaful Family

Call Directions

MyTakaful Family Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MyTakaful Family, Consulting Agency, Kuala Lumpur.

30/08/2021
Sedang mencari pelan perlindungan untuk anda dan keluarga? Dapatkan IKHLAS Dariku pada 18-24 November ini sempena Minggu...
10/11/2020

Sedang mencari pelan perlindungan untuk anda dan keluarga? Dapatkan IKHLAS Dariku pada 18-24 November ini sempena Minggu Saham Digital.




Hadiahkan anak anda pelan pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka. IKHLAS Education Takaful Plus dapat membantu...
28/10/2020

Hadiahkan anak anda pelan pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka. IKHLAS Education Takaful Plus dapat membantu anda merealisasikan impian mereka






Website : www.takaful-ikhlas.com.my
Facebook : Takaful IKHLAS
Instagram : takafulikhlas.official
Linkedin : Takaful IKHLAS

Buat para wanita, pernah tak terfikir soalan ini; "Adakah polisi hibah takaful suami Puan-puan sudah secure?Baca situasi...
27/10/2020

Buat para wanita, pernah tak terfikir soalan ini; "Adakah polisi hibah takaful suami Puan-puan sudah secure?

Baca situasi di bawah.

Isteri pujuk suami untuk sign up polisi takaful dan letak nama isteri sebagai penerima hibah.

Isteri ada kesedaran tapi suami tak ada kesedaran.

Selepas dipujuk-pujuk, suami pun bersetuju. Siapa tak sayang bini oiii..

Suami pun langgan polisi takaful, dan letakkan nama isteri sebagai penerima hibah.

Isteri sudah rasa lega dah selamat sebab jika berlaku musibah kepada suami, persediaan sudah dilakukan. Isteri rasa secure.

Benarkah sudah secure?

Sebenarnya masih belum.

Ada beberapa kemungkinan;

1. Selepas beberapa ketika, suami tak bayar pun polisi berkenaan dan ia menjadi lapse.

2. Suami tukar nama penerima hibah kepada nama orang lain atau tambah penerima hibah lain tanpa pengetahuan isteri.

Kedua-dua situasi berlaku tanpa pengetahuan isteri.

Apa solusi terbaik untuk mengelakkan ia terjadi?

Jawapannya: LOVING COUPLE POLICY.

Pernah dengar konsep "Loving Couple Policy" takaful?

Ia bukan produk takaful, tapi konsep dalam melanggan takaful.

“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami sebagai pemegang polisi isteri dan isteri sebagai pemegang polisi suami.

Dengan kata lain;

POLISI A : Suami sebagai pemegang polisi dan isteri sebagai orang yang dilindungi, dan

POLISI B : Isteri p**a sebagai pemegang polisi dan suami sebagai orang yang dilindungi.

Kedua-dua polisi ada rider manfaat pembayar atau "payor saving / payor benefit"

Berbanding situasi langganan polisi biasa; Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan.

Kelebihan polisi jenis ini ialah:

1) Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama atau hibah kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama atau hibah boleh diletakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.

2) Tidak ada isu faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.

3) Tidak perlu dijadikan hibah kerana faktor no (2)

4) Ia lebih selamat berbanding meletakkan nama pasangan sebagai hibah yang bila-bila masa pemilik polisi boleh ubah penama hibah dalam polisi tanpa pengetahuan penerima hibah.

5) Atas faktor nombor 4, jika hendak buat perubahan perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Jika hanya satu pihak yang setuju, maka perubahan tidak boleh dilakukan.

6) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah “dibayar” oleh pasangan yang sudah pergi. Sebab itu dia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.

Saya sudah, anda bila lagi?

Saya langgan, saya bayar dan letak nama isteri sebagai pemilik polisi dan saya sebagai orang dilindungi.

Elakkan sentuhan fizikal seperti "fist bump" bagi mencegah jangkitan COVID-19. Cukup sekadar meletakkan tangan di dada d...
27/10/2020

Elakkan sentuhan fizikal seperti "fist bump" bagi mencegah jangkitan COVID-19. Cukup sekadar meletakkan tangan di dada dan tunduk hormat.





Kebahagiaan itu terletak pada diri kita sendiri. It is not how much we have but how much we enjoy, that makes happiness....
23/10/2020

Kebahagiaan itu terletak pada diri kita sendiri. It is not how much we have but how much we enjoy, that makes happiness.


Hadiahkan perlindungan yang menyeluruh daripada Takaful IKHLAS kepada insan tersayang. Hubungi wakil takaful keluarga ka...
21/10/2020

Hadiahkan perlindungan yang menyeluruh daripada Takaful IKHLAS kepada insan tersayang.

Hubungi wakil takaful keluarga kami atau layari laman web dan akaun media sosial kami untuk maklumat lanjut.




Jom sertai kami sebagai wakil takaful dan kecapi ‘Work Life Balance’.Hubungi wakil agensi kami atau layari laman web dan...
08/10/2020

Jom sertai kami sebagai wakil takaful dan kecapi ‘Work Life Balance’.

Hubungi wakil agensi kami atau layari laman web dan akaun media sosial kami untuk maklumat lanjut.






Website : www.takaful-ikhlas.com.my
Facebook : Takaful IKHLAS
Instagram : takafulikhlas.official
Linkedin : Takaful IKHLAS

Takaful IKHLAS baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Yayasan IJN (IJN Foundation) bagi me...
07/10/2020

Takaful IKHLAS baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Yayasan IJN (IJN Foundation) bagi menaja 250 unit PPE untuk petugas barisan hadapan di Institut Jantung Negara (IJN). Sumbangan ini adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat Takaful IKHLAS, sekaligus dapat membantu menambah peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kakitangan barisan hadapan IJN.


Address

Kuala Lumpur
59200

Telephone

+60183929550

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyTakaful Family posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share