Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad

Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad
01-03A, No. 1, Jalan 6A/6,
Off Jalan Taman Ibu Kota,
53300 KL. Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad

20/07/2026

BENGKEL PEMANTAPAN TADBIR URUS DAN PENGURUSAN KoCIDB 2026

πŸ“… 16 – 18 Julai 2026
πŸ“ Hotel Dorsett, Putrajaya

Memperkukuh tadbir urus, memperkasakan pengurusan, dan merangka strategi ke arah kecemerlangan organisasi.

Bersama membina KoCIDB yang lebih mampan, berintegriti dan berdaya saing.

09/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN KOPERASI BELIA NASIONAL BERHAD (KoBENA) KE KOPERASI CIDB MALAYSIA BERHAD (KoCIDB)

Koperasi CIDB Malaysia Berhad (KoCIDB) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada barisan pengurusan Koperasi Belia Nasional Berhad (KoBENA).

Delegasi KoBENA telah diketuai oleh En. Shahrizal Sabarudin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KoBENA, bersama barisan pengurusan tertinggi KoBENA. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Cik Shariza Idris, Pengurus Besar KoCIDB, bersama barisan pengurusan KoCIDB.

Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua koperasi melalui perkongsian pengalaman, amalan terbaik dalam pengurusan koperasi serta perbincangan mengenai potensi kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, di samping memperkukuh pembangunan gerakan koperasi di Malaysia.

KoCIDB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada delegasi KoBENA atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga jalinan yang terjalin menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama yang strategik, mampan dan inovatif demi kemajuan kedua-dua organisasi serta memperkasa gerakan koperasi pada masa hadapan.

"Memperkukuh Jalinan, Meneroka Peluang Kerjasama."

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAHπŸ₯³Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pencapaian cemerlang sehingga berjaya berada dal...
08/07/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAHπŸ₯³

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pencapaian cemerlang sehingga berjaya berada dalam kelompok 𝟏𝟎𝟎 𝐀𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐒 π­πžπ«π›πšπ’π€ 𝐝𝐒 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚, dengan menduduki 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐀𝐞-πŸ”πŸ’.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan usaha berterusan ALK, warga kerja serta seluruh anggota dalam memartabatkan kecemerlangan KoCIDB. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang serta memperkukuh kedudukan KoCIDB pada masa hadapan.

25/06/2026

Wajah Baharu, Semangat Baru!

KoCIDB dengan bangganya memperkenalkan logo baru yang mencerminkan transformasi, kemajuan dan hala tuju koperasi ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan KoCIDB. Bersama kita melangkah lebih jauh dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Logo baharu, aspirasi baharu, kejayaan yang berterusanπŸ’ͺ🏻

25/06/2026
25/06/2026

πŸ“Έ Sorotan Lensa Mesyuarat Agung Perwakilan KoCIDB Kali Ke-24
Imbas kembali momen-momen sepanjang Mesyuarat Agung Perwakilan KoCIDB Kali Ke-24 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan, anggota serta warga kerja yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

16/06/2026
Belum memiliki Kad Hijau CIDB?Jangan lepaskan peluang untuk melengkapkan keperluan keselamatan anda di tapak bina. Serta...
04/06/2026

Belum memiliki Kad Hijau CIDB?
Jangan lepaskan peluang untuk melengkapkan keperluan keselamatan anda di tapak bina. Sertai Kursus Kad Hijau CIDB dan tingkatkan kesedaran keselamatan serta pematuhan kepada keperluan industri pembinaan.
Daftarlah sekarang dengan melayari laman sesawang kami bagi memastikan anda bersedia, berpengetahuan dan diiktiraf sebelum melangkah ke tapak pembinaan.
https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml

Address

Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60348161680

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad:

Shortcuts

Share