Koperasi Tabung Haji Berhad

Koperasi Tabung Haji Berhad Bergiat dalam bidang Perniagaan, Pelaburan dan Perusahaan

Koperasi Tabung Haji Berhad telah didaftarkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad pada 23 Disember 2000. Bergiat secara aktif dalam bidang Pelaburan, Perniagaan dan Perusahaan di mana hasilnya memberi faedah, keuntungan dan kebajikan kepada anggota.

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat Menyambut Ibadah Qurban ✨Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini mengeratkan s...
27/05/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat Menyambut Ibadah Qurban ✨

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini mengeratkan silaturahim, memupuk nilai keikhlasan serta membawa kebahagiaan dan kejayaan berterusan kepada kita semua.

🚫 MAKLUMAN PENTING 🚫Pihak Koperasi Tabung Haji Berhad ingin memaklumkan bahawa koperasi TIDAK ADA menjual atau membuat s...
10/05/2026

🚫 MAKLUMAN PENTING 🚫

Pihak Koperasi Tabung Haji Berhad ingin memaklumkan bahawa koperasi TIDAK ADA menjual atau membuat sebarang tempahan/penghantaran Air Zam-Zam seperti yang tular di media sosial.

Sebarang iklan, pautan atau promosi yang menggunakan nama koperasi berkaitan penjualan Air Zam-Zam adalah bukan di bawah urusan rasmi pihak koperasi.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak membuat sebarang pembayaran kepada pihak yang tidak disahkan bagi mengelakkan penipuan.

Terima kasih.

📢 DIPERLUKAN SEGERA! INTERN LATIHAN INDUSTRI   KEMASUKKAN JUN 2026Kami sedang mencari pelajar Latihan Industri untuk pos...
30/04/2026

📢 DIPERLUKAN SEGERA! INTERN LATIHAN INDUSTRI KEMASUKKAN JUN 2026

Kami sedang mencari pelajar Latihan Industri untuk posisi:
🎯 Pelatih Pemasaran Multimedia

💼 Elaun: RM750/sebulan

✅ Kelayakan:
- Diploma / Sarjana Muda Komunikasi Media & Pemasaran
- Minat dalam bidang marketing & content digital

🛠 Tugas:
- Membantu pelan pemasaran syarikat
- Menghasilkan grafik & video kreatif (Adobe / Canva)
- Mengurus & memantau media digital

📩 Hantar resume anda ke: [email protected] & [email protected]

📍 Lokasi: Lembaga Tabung Haji Jalan Tun Razak HQ

✨ Peluang terbaik untuk tambah pengalaman & bina portfolio!
Jangan lepaskan peluang – mohon sekarang!

🌙 Jadual 10 Malam Terakhir Ramadhan 202610 malam terakhir Ramadhan adalah waktu terbaik untuk memperbanyakkan ibadah dan...
11/03/2026

🌙 Jadual 10 Malam Terakhir Ramadhan 2026

10 malam terakhir Ramadhan adalah waktu terbaik untuk memperbanyakkan ibadah dan doa dalam usaha mengejar Lailatul Qadar, malam yang penuh keberkatan dan lebih baik daripada seribu bulan.

Gunakan jadual ini sebagai panduan untuk kita menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan dengan:
✨ Solat malam
✨ Membaca Al-Quran
✨ Berzikir dan beristighfar
✨ Memperbanyakkan doa

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan kesempatan untuk bertemu Lailatul Qadar.

🤲 “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr… Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah Al-Qadr: 1–3)

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan buat kita semua.

🌙 Doa Selamat – Ramadhan 21/30Marilah kita memperbanyakkan doa di bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Allah SWT meng...
11/03/2026

🌙 Doa Selamat – Ramadhan 21/30

Marilah kita memperbanyakkan doa di bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kebaikan di dunia dan juga di akhirat, serta melindungi kita daripada azab neraka.

🤲 “Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qina ‘azaban nar.”

Semoga setiap amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima dan dilipatgandakan ganjarannya.

✨ Selamat meneruskan ibadah Ramadhan.

🌙 Ramadhan 19/30Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan daripada Allah SWT.“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbu...
09/03/2026

🌙 Ramadhan 19/30

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan daripada Allah SWT.

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.”
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan s**a memaafkan, maka maafkanlah aku.

Semoga di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, segala dosa kita diampunkan dan hati kita disucikan.

🤲 Perbanyakkan istighfar, doa dan amal kebaikan.

🌙 Zikir Penenang Hati | Ramadhan 16/30Dalam kesibukan kehidupan, hati kita sering diuji dengan pelbagai rasa – resah, pe...
06/03/2026

🌙 Zikir Penenang Hati | Ramadhan 16/30

Dalam kesibukan kehidupan, hati kita sering diuji dengan pelbagai rasa – resah, penat dan gelisah. Namun ketenangan sebenar datang apabila kita kembali mengingati Allah. 🤲

Amalkan zikir ini sebagai penenang hati dan penguat jiwa:

“Hasbi Rabbi jallallah, ma fi qalbi ghairullah. Nur Muhammad sallallah, la ilaha illallah.”

Maksudnya:
Cukuplah Allah bagiku, Tuhan yang Maha Agung. Tiada apa di dalam hatiku melainkan Allah. Cahaya Nabi Muhammad SAW, selawat serta salam ke atas Baginda. Tiada Tuhan melainkan Allah.

✨ Semoga setiap zikir yang kita lafazkan menjadi penenang hati, penghapus kegelisahan dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

🌙 Ramadhan 15/30Doa Nabi Yunus adalah antara doa yang sangat mustajab untuk diamalkan ketika kita berada dalam kesusahan...
05/03/2026

🌙 Ramadhan 15/30

Doa Nabi Yunus adalah antara doa yang sangat mustajab untuk diamalkan ketika kita berada dalam kesusahan, kesedihan atau memohon keampunan daripada Allah.

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya:
“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim.”

Semoga di pertengahan Ramadhan ini, kita terus memperbanyakkan doa, istighfar dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Moga setiap doa yang dipanjatkan diangkat dan dimakbulkan.

🤲 Perbanyakkan zikir, perbaiki diri, dan rebut keberkatan Ramadhan.

🌙 Ramadhan 12/30Mari basahkan lidah dengan zikir:“La hawla wala quwwata illa بالله”Ingatlah — setiap kekuatan datang dar...
02/03/2026

🌙 Ramadhan 12/30

Mari basahkan lidah dengan zikir:
“La hawla wala quwwata illa بالله”

Ingatlah — setiap kekuatan datang daripada Allah.

Jom amalkan bersama hari ini 🤍

🌙 INFAQ RAMADHAN – Air Mineral AWA 500ML 🌙Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, kami membuka pelu...
24/02/2026

🌙 INFAQ RAMADHAN – Air Mineral AWA 500ML 🌙

Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, kami membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama berinfaq dengan menyumbang air mineral bagi kegunaan pelajar Maahad Tahfiz.

💧 1 Slot Infaq: RM24 sahaja📍 Disalurkan ke *Madrasah Tahfiz Al -Quran Syazwan*

✨ Istimewa untuk para penyumbang:Bagi sesiapa yang berinfaq, anda boleh sertakan nama arwah atau nama ahli keluarga untuk didoakan dan dibacakan semasa majlis Khatam Al-Quran di Maahad Tahfiz.

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan diberi ganjaran berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini 🤲

📲 Tempah / Infaq Sekarang:016-7052450 (Kamil)

“Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka.”

Address

Koperasi Tabung Haji Berhad, Lantai 15, Menara TH Tun Razak, 201, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60321619637

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Tabung Haji Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share