Delinaz II

Delinaz II Menjual Pelbagai barangan Aksesori Wanita. Keronsang, Bag, Tudung, Jamu, dan lain-lain.

27/06/2022
23/06/2022

Resepi Air Asam Ketagih

Kenapa saya letak namanya ketagih?
Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari- hari. Rasanya memang sedap gilaaa.

Kawab fb saya semua dah pakat share resepi ni. Terliur kata mereka. Rugi p**a rasa tak panjangkan untuk kawan MAHN. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngamm.

Pesanan terakhir, rugi sangat tak cuba. Hii
Ikuti resepinya di bawah okay.

Cara-cara:

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar Holland
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;

- 1 biji lemon
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
- 3 tangkai cili padi hijau
- 3 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.

Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

- Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.

* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.

Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

Selamat mencuba.

Kredit: Afy AL Habibi ( MAHN)

PERIUK BUBUR BABY >>>
https://shope.ee/3KmxmfQHgG

23/06/2022

RESEPI AYAM GORENG KARI YUMMEH

Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kalini bella nak share resepi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
Bahan A
•••••••••
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan B
•••••••••
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum

Cara-cara
1. Kisar kesemua bahan A
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B
3. Perap selama sejam
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
5. Sedia dihidangkan

Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Selamat mencuba 📷

Kredit: Bella Shabuddin

22/06/2022

Terung goreng berlada 😋

Resepi terung goreng berlada
10biji terung potong ikut s**a goreng
150gm ikan bilis goreng garing
Bahan kisar
10biji cili besar campur merah hijau
15biji padi
Sedikit halia
2biji bawang merah besar
3ulas bawang putih
Sedikit perahan lemon @ air asam jawa

Cara membuat
Panas minyak masuk bahan kisar kacau hingga naik minyak dan garing. Masuk garam gula dan serbuk perasa perahan lemon @ asam jawa sesuai dengan citarasa masing2. Klu nk kuah masuk air sedikit.Masuk terung dan ikan bilis kacau rata tutup api. Tadaa dah siap blh makan dengan nasi panas2 ikan goreng dan apa2 yg anda s**a. Slmt mencuba!

Kredit : azizah daud

22/06/2022

*Resepi Rendang Hijau Ayam @ Daging*👩‍🍳

Bahan-bahannya:

Seekor ayam @ sekilo daging

2 genggam cili api (warna hijau je)
2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci lengkuas
4 ulas bwg putih
4 biji bwg besar
6 btg serai
1 inci halia

**Blend semua dgn sikit air jadikan pes**

Santan (1 biji kelapa)
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar kerisik
3 Asam keping
Garam, gula & bahan perasa

Cara2:

Tumiskan pes td minyak agak2 la... dah kering sikit masukkan daun limau... pecah minyak masukkan ayam @ daging brsama asam keping... dah kering sikit air ayam @ (daging boleh tambah air beberapa kali sampai empuk) masukkan santan dan kerisik... Jgn lupa perasakan dgn garam, gula dan bhn perasa... Taburkan hirisan daun kunyit... ok siap... ikut la nk kering @ berkuah sikit... slmt mencuba ye... 😍😘😜😋

Kredit Resepi : inaz iska

22/06/2022

Goreng ayam rempah kari je hari ni... Orang kate sedap makan panas2 hujan ni... Alhamdulillah...

Edited, resepi ayam goreng rempah kari.

🍗Ayam sebelah potong ikut s**a..
🍗Serbuk rempah kari 1 sudu besar
🍗Serbuk kunyit 1 sudu besar
🍗Tepung jagung 2 sudu besar
🍗Garam 1 sudu teh
🍗Secukup rasa 1 sudu teh
🍗Kacau rata semuanya n biarkan sekejap...
🍗Kemudian goreng mcm biasa...

Nak lagi sedap bila ayam dah masak, masukkan daun kari... 🌿

Credit : Acik Siti

22/06/2022

Resepi ASAM PEDAS PARI
(Asam pedas Johor)

BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Pari
20 tangkai kering direbus *
5 ulas bawang merah*
1 Biji Bawang Besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
Sedikit belacan*
1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terp**ang nk b*k mana)
1 batang bunga kantan ( belah 2 )
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Air secukuonya
Cara2nya
1. Kisar bahan Yang bertanda *
Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau,,biar betul2 pecah minyak ye..
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jgn cair ye biar pekat2 sikit, tp jgn pekat sngt, agak2 lah ye...
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan
sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari msk, last masukkan bendi, xpayah Lama sngt nanti bendi lembek. .dh agak2 lembut bendi blh tutup api. ..Dan sedia dihidangkan,,

Kredit : Nor Khomariah Norrohman

22/06/2022

Resipi Cencaru sumbat Sambal Portugis

Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan.
Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.

Bahan2 sambal

Daun kesum racik2
Bunga kantan hiris nipis2
15biji Limau kasturi/cuit(perah amik air)
Gula
Garam
Secukup rasa
Aji (ikot masing2)

*1biji bawang besar
* 3 biji Bawang kecil
*3 biji Bawang putih
*Sedikit belacan
*1biji Tomato
*15 tangkai Cili kering direbus
*3 cili besar hijau
*10 cili api

Cara masak

Blend kasar2 semua bahan bertanda*

Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak.

Bila sambai dh masak,masukkan air asan limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.

Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa klo nk letak aji boleh jgk.

Kacau2 lg dan rasakan.

Bila dh pekat ttp api.
Dan masukkn dlm cencaru td belah belakang sumbat sambal td.
Goreng dgn garing.

Angkat dan boleh letak lg sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng td.

Siap mkn ns pns2😋😋

Kalo nk bakar pom boleh ikot cara2 masing2. 😊

Ikan apa2 pom boleh jgk ikot selera masing2😊

Kredit : Una Husna

Address

Kuala Lumpur
55100

Telephone

0198188874

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Delinaz II posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share