NADI PPR Seri Alam

NADI PPR Seri Alam Pusat sebarab maklumat nasional (NADI) Yang beroperasi terletak di PPR Seri Alam 2

Pusat Internet Komuniti adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama On Site Services Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. Objektif penubuhan Pusat Internet Komuniti (PI

K) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, PIK juga dilaksanakan sebagai satu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar. PIK PPR Seri Alam 2 menyediakan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar. Kemudahan yang disediakan seperti 20 buah komputer dan bilik latihan untuk program latihan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, pembangunan modal insan dan aktiviti komuniti. Salah satu objektif penubuhan PIK adalah membantu golongan masyarakat di kawasan bandar yang kurang berkemampuan dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Pusat Internet 1Malaysia (PIK) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) terutamanya di bandar-bandar terpilih di seluruh negara.

09/06/2026

Kementerian Komunikasi berhasrat melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera prompt di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara sebagai usaha memperkukuh literasi dan kemahiran kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan generasi muda.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu bukan sekadar memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi AI, malah mampu membina keupayaan anak muda untuk membangunkan aplikasi baharu yang memberi impak langsung kepada komuniti setempat.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2565974



Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi

29/05/2026

Apa yang bermula dengan satu klik boleh membawa kepada kandungan yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak.

Kandungan ganas, unsur eksploitasi, buli siber, cabaran berisiko dan individu tidak dikenali hanyalah sebahagian daripada ancaman yang wujud di ruang digital hari ini. Tanpa pemantauan yang sewajarnya, anak-anak boleh terdedah kepada pengaruh yang memberi kesan kepada emosi, tingkah laku dan keselamatan mereka.

Apabila mereka bersendirian di hadapan skrin, adakah kita benar-benar tahu apa yang sedang mereka lihat?

Lindungi mereka sebelum risiko menjadi realiti.


29/05/2026

📢 Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! 📱✨

Anda hanya perlu:

âś… Download aplikasi NADI
âś… Daftar sebagai ahli NADI
âś… Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi

Pendaftaran kini lebih mudah secara dalam talian di mana jua anda berada, dan nikmati pelbagai kemudahan di NADI secara PERCUMA!

Nota: Pastikan aplikasi NADI anda telah dikemas kini ke versi terkini di App Store dan Google Play untuk menggunakan fungsi pendaftaran ini.



23/05/2026

Keresahan boleh berlaku apabila berdepan tekanan, menjejaskan kesejahteraan emosi dan minda. 🌿

Amalkan tip pengurusan anxiety untuk kekal tenang dan mengekalkan kesihatan mental yang baik. đź’™




23/05/2026

Tular satu imej X-ray usus besar yang dikaitkan dengan seorang pesakit muda yang dikatakan tidak membuang air besar selama 17 hari.

Cerita asalnya sukar disahkan secara rasmi. Tetapi satu perkara memang benar, sembelit bukan perkara kecil jika ia berlaku terlalu lama dan berulang-ulang.

Ramai orang anggap sembelit cuma “tak lawas”. Minum air, makan sayur, selesai. Tetapi dalam kes tertentu, najis boleh menjadi terlalu keras, terkumpul dan tersangkut. Usus boleh mengembang kerana tekanan yang berpanjangan. Perut boleh kembung, sakit, rasa penuh, loya, muntah atau langsung tidak boleh kentut.

Yang bahaya, ada orang sudah terbiasa hidup dengan sembelit sampai rasa itu normal. Seminggu tidak membuang air besar pun masih tunggu. Dua minggu pun masih cuba tahan. Padahal badan mungkin sedang beri amaran.

Dapatkan pemeriksaan segera jika sembelit disertai sakit perut berterusan, muntah, demam, perut semakin kembung, tidak boleh kentut, najis berdarah, turun berat badan tanpa sebab, atau sembelit yang tiba-tiba berubah daripada kebiasaan anda.

Sembelit mungkin nampak malu untuk diceritakan. Tetapi lebih malu kalau kita diam sampai usus sendiri mula “menjerit” minta diselamatkan.

Jangan normalisasikan sembelit yang berpanjangan. Badan kita ada bahasa. Kadang-kadang ia tidak menjerit dengan suara, tetapi dengan perut yang keras, sakit dan tidak lagi mampu lega.

23/05/2026

Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan meneroka dunia digital. Namun, bukan semua kandungan sesuai untuk kanak-kanak dan remaja bawah 16 tahun.

Pendedahan terlalu awal kepada media sosial tanpa pemantauan boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosi, cara berfikir serta keselamatan mereka dalam talian. Risiko seperti buli siber, kandungan tidak sesuai, penipuan dalam talian dan tekanan sosial digital adalah antara cabaran yang semakin membimbangkan.

Sebagai ibu bapa, penjaga dan masyarakat, kita memainkan peranan penting dalam membimbing generasi muda menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab. Mulakan dengan pemantauan yang sesuai, komunikasi terbuka dan pendedahan digital mengikut usia mereka.

Lindungi generasi digital kita. Pastikan mereka membesar dalam persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan sihat.


23/05/2026
23/05/2026

Address

Blok 9 PPR Seri Alam 2
Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PPR Seri Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI PPR Seri Alam:

Share