26/06/2023
Pinjaman peribadi merupakan salah satu fasiliti yang diberikan oleh institusi kewangan untuk rakyat Malaysia bagi tujuan seperti peribadi dan perniagaan. Tidak dinafikan, pinjaman peribadi telah memberi banyak kebaikan kepada individu atau peminjam.
Namun, tidak semua pemohon yang ingin mendapatkan pinjaman peribadi berjaya dan diluluskan oleh pihak bank. Hanya sebahagian sahaja yang berjaya mendapatkan pinjaman peribadi.
6 Punca Utama yang menyebabkan permohonan pinjaman peribadi anda ditolak.
1. LAPORAN CCRIS BERMASALAH
Bagi individu yang sudah mempunyai pinjaman dengan pihak bank, anda perlu memastikan bayaran semula kepada pihak bank dilakukan pada masa yang ditetapkan setiap bulan. Jika ini berjaya dilakukan, rekod CCRIS anda akan kelihatan lebih cantik dan pihak bank atau institusi kewangan lebih mudah untuk memberi pinjaman peribadi kepada anda.
2. DOKUMEN PERMOHONAN TIDAK LENGKAP
Dokumen-dokumen tersebut penting untuk diproses pihak bank kerana ini dapat menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk permohonan tersebut. Oleh itu, pastikan anda menyimpan semua dokumen berkaitan supaya permohonan pinjaman peribadi anda lebih mudah diluluskan.
3. TEMPOH BEKERJA KURANG DARIPADA 3 BULAN
Kebanyakan bank dan institusi kewangan meletakkan syarat minimum bekerja antara 3 hingga 6 bulan untuk memohon pinjaman peribadi.
4. DEBT SERVICE RATIO (DSR) TERLALU TINGGI
Cara untuk kira DSR ini adalah jumlah komitmen bulanan (termasuk komitmen baru) dengan pihak bank bahagi dengan jumlah pendapatan bersih anda setiap bulan. Kemudian, anda akan dapat jumlah peratus sebagai satu petanda sama ada anda mampu untuk pinjaman peribadi baru tersebut atau tidak.
5. SKOR PERMARKAHAN YANG RENDAH
Setiap bank dan institusi kewangan mempunyai satu sistem skor pemarkahan untuk melakukan analisis terhadap permohonan peribadi anda. Melalui sistem ini, anda akan dianalisis berdasarkan faktor-faktor seperti umur, status perkahwinan, kawasan tempat tinggal, tahap pendidikan, majikan, rekod kerja dan lain-lain.
6. SKOR KREDIT YANG RENDAH
Berbeza dengan skor kredit p**a, anda akan dinilai berdasarkan rekod pembayaran semula pinjaman, jumlah hutang terkumpul, tempoh masa pinjaman, dan jenis pinjaman yang dibuatpihak bank atau institusi kewangan. Seperti diterangkan diatas, semua rekod ini akan dilihat melalui laporan CCRIS.
Jika anda mempunyai banyak bayaran semula yang lambat sehingga melebihi 3 bulan, skor kredit anda akan menjadi lebih rendah. Tetapi, jika anda mempunyai rekod yang baik dan tidak pernah lewat membuat bayaran semula, skor kredit anda akan lebih tinggi.
KAMI BANTU SEMAKKAN KELAYAKAN ANDA DAN MENYUSUN KEWANGAN DENGAN LEBIH TELITI 😊
Hanya whatsapp payslip terkini!
📞 En Manan
https://wa.me/message/TP5KRMUU4FL6L1
Tuah Plan Financial Consultation
📞 Puan Zaty
https://wa.me/message/XXTWKBVUJU54J1
Tuah Plan Financial Consultation