SKCo membantu perniagaan anda mendapatkan dan menambahbaik program Pensijilan ISO, Halal dan GMP.

22/11/2022

Salam Jumaat dan Salam Merdeka 65 tahun!Terdapat 5 kaedah yang dilihat mampu memberikan impak dalam membudayakan kualiti...
02/09/2022

Salam Jumaat dan Salam Merdeka 65 tahun!

Terdapat 5 kaedah yang dilihat mampu memberikan impak dalam membudayakan kualiti dalam sesebuah syarikat tempatan. Menjayakan budaya kualiti bermaksud implementasi lebih dari sekadar memenuhi kehendak perundangan dan piawaian sahaja. Ianya adalah budaya penambahbaikan yang berterusan di tempat kerja. Mari kita baca artikel menarik ini.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah bangsa Melayu yang selalu kita dengar. Selalunya masyarakat mengaitkan pepatah ini dengan mendidik anak-anak semenjak usia muda dalam sesuatu perkara yang baik. Pepatah ini juga, amat sesuai untuk golongan Pengamal Kualiti dalam industri di Malay...

09/08/2022
Salam Aidiladha buat semua Islam di Malaysia.Semoga Aidiladha membawa kita memahami erti kasih sayang dan syukur kepada ...
09/07/2022

Salam Aidiladha buat semua Islam di Malaysia.Semoga Aidiladha membawa kita memahami erti kasih sayang dan syukur kepada Allah SWT sebagaimana kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dan anakanda Nabi Ismail as.

Ayuh kita semua hayati kisah mereka agar menjadi tauladan buat umat Islam pada hari ini.

Buat mereka yang pulang ke kampung halaman,selamat pergi dan selamat kembali.Berhati-hati di jalan raya dan pandu dengan selamat.

Tulus ikhlas dari kami team SKCo.

Sama-sama kita berdoa
08/07/2022

Sama-sama kita berdoa

08/07/2022

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk Hari Arafah.

Jangan lupa puasa sunat Hari Arafah. Banyak fadilatnya.

Banyakkan juga amalan sunnah yang lain seperti berdoa dan zikir kerana sebaik-baik doa dan zikir adalah pada hari Arafah.

خير الدعاء دعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).


4 hari lagi menjelang Wukuf
05/07/2022

4 hari lagi menjelang Wukuf

Kemuncak Haji

Wuquf : 4 HARI LAGI!

05/07/2022

Hari ini 834 tahun yang lalu, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memperoleh kemenangan dalam Pertempuran Hattin.

Sebelum mangkat, Raja Baitulmaqdis, Baldwin IV mengikat perjanjian damai dengan Sultan Mesir dan Syria, Salahuddin al-Ayyubi. Namun pada Disember 1186, Reynald de Chatillon melanggar perjanjian tersebut dengan menyerang rombongan dagang Islam ke Kerak.

Berang, Salahuddin berikrar untuk membunuh Reynald lalu mengumpulkan kekuatan dari segenap wilayah jajahan kerajaan Ayyubid. Sekitar 40,000 tentera dipimpin merempuh tanah jajahan Kristian, bermula dengan menakluk Cresson pada 1 Mei 1187.

Sebagai tindak balas, sekitar 20,000 tentera Salib dipimpin oleh Raja Baitulmaqdis yang baharu, Guy de Lusignan mara ke Safurriya dan mendirikan kem di sana, bersama Reynald dan Balian of Ibelin sebagai panglima kanannya.

Salahuddin menyedari bahawa lebih mudah menewaskan musuh dalam pertempuran terbuka berbanding menyerang mereka di pangkalan, maka beliau menyerang dan menakluk kota Tiberias untuk mengumpan angkatan Salib supaya bergerak dari Saffurya.

Ia berhasil, dan pada 3 Julai, Guy memimpin tenteranya mara ke Tiberias. Namun dalam cuaca panas terik dan berdebu, mereka diserang oleh pasukan pemanah berkuda Ayyubid dari segenap arah dan memaksa mereka bermalam di tengah jalan sambil terus ditekan.

Pada siang 4 Julai, angkatan Salib yang kehausan dan lemah mengubah haluan menuju ke Hattin, di mana ada sumber air. Namun sepanjang itu, mereka terus diasak dengan serangan pemanah ditambah asap daripada pembakaran semak di sekitar oleh tentera Ayyubid.

Segenap laluan ditutup oleh barisan tentera Salahuddin, sehingga akhirnya mereka dikepung. Mereka bertempur namun tidak berdaya lagi melawan, akhirnya tentera Salib menyerah kalah dan Guy dijadikan tawanan perang atas belas Salahuddin.

Namun tidak buat Reynald. Putera Antioch itu yang turut sama ditawan bersama Guy berkelakuan biadap sebelum akhirnya menemui ajal di tangan Salahuddin sendiri, yang melunaskan ikrarnya untuk menghukum si pelanggar janji itu.

Kemenangan di Hattin itu telah meranapkan angkatan tentera Kerajaan Kristian Baitulmaqdis lantas membuka laluan mudah kepada Salahuddin untuk menakluk kota suci itu pada 2 Oktober tahun itu.

Sumber: World History, History Today

Seminar Kesedaran Halal-Sijil Penyertaan disediakanSeminar ini adalah pengenalan kepada Pensijilan HALAL JAKIM.Seminar i...
23/06/2022

Seminar Kesedaran Halal-Sijil Penyertaan disediakan

Seminar ini adalah pengenalan kepada Pensijilan HALAL JAKIM.Seminar ini terbuka kepada :
1)Pengusaha Katering
2)Pengusaha Restoran/Kafe/Gerai
3)Usahawan Makanan/Minuman

Objektif seminar ini adalah untuk memberikan perkongsian awal tentang Apa itu Halal,Konsep Halal dan lain-lain perkara berkaitan Halal.Jika anda daripada industri selain makanan dan minuman, anda juga turut dialu-alukan menyertai seminar ini.

Tarikh : 20 Ogos 2022 (Sabtu)
Waktu : 8:30am – 1:00pm
Lokasi : Dewan Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa,Kuala Lumpur.
Yuran : RM100.00 seorang

Untuk pendaftaran, sila Scan QR code di atas atau tekan link ini https://bit.ly/halalawareness-August2022

Semoga beroleh manfaat dan pahala berpanjangan.

23/06/2022

AMARAN ❗️

Perakuan dan Penandaan HALAL

Penggunaan Logo Halal Malaysia,hanya boleh dibenarkan selepas setelah syarikat mendapat pengesahan halal dripada pihak berkuasa berwibawa (JAKIM/JAIN).

Follow us
IG : .my
FB : skco.my
Website : www.skco.my

Address

No. 42-A Jalan EngGang Timur 7, Taman Keramat
Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60183588330

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKCo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SKCo:

Share