06/06/2020
Saya perlu anda share sebanyak yang mungkin ke group atau timeline anda.
Mana tahu bila korang share tu, ada insan yang sudi menghulur sumbangan dana. Tiap wang masuk adalah untuk mereka yang memerlukan keperluan asas ini yang berharga rm22.90 setiap satu. Setiap penerima mendapat 2 bungkusan lampin dewasa ini, bermakna jumlah utk satu penerima ialah rm45.80.
Kami target 1000 orang penerima untuk program kedua dan ketiga nanti, insyallah. Bermakna, kami perlukan sumbangan yang besar untuk meneruskan program ini.
Bantuan korang tersangatlah kami hargai. DWP membantu kami mengrealisasikan impian penyampaian bantuan yg pertama. Semoga anda menjadi pelantar pahala untuk program yang seterusnya 🙏❤️
Lampin Pakai Buang Dewasa
Lampin ini bukan murah harganya dan ianya perlu dipakai oleh segelintir warga emas dan OKU yang uzur dan sakit setiap hari.
Bagi insan-insan yang tidak lagi berkemampuan dan mempunyai pendapatan diusia emas atau OKU, keperluan ini agak membebankan diri dan keluarga mereka.
Oleh itu, Penggerak Komuniti Negara - P122 Seputeh telah tampil dengan inisiatif penggump**an barangan dan dana untuk membantu insan yang memerlukan ini.
Depression Wellness Project sangat berbesar hati untuk berganding bahu membantu dalam projek komuniti ini,
memandangkan kita masih lagi dalam tempoh PKPB, ramai warga yang masih lagi tidak dapat keluar bekerja dan ada p**a yang kehilangan perkerjaan, penyediaan keperluan seperti lampin pakai buang ini mungkin menjadi sedikit tekanan kepada mereka.
Diharap projek komuniti ini dapat membantu mereka sedikit sebanyak dalam mengharungi norma baharu yg mencabar ini.
ini dimulakan di PPR Kg Muhibah, Seputeh.
Seramai 16 penerima warga emas dan OKU telah dikenalpasti dan layak menerima sumbangan yang telah dikumpul.
Alhamdulillah, jika kami mempunyai lebihan dana, insha Allah lebih ramai penduduk di kawasan PPR lain akan dapat dibantu.
Anda juga boleh membantu menyumbang dalam bentuk barangan dengan menghantar barangan ke center DWP di Damansara Damai (sila lihat about us untuk alamat penuh) atau sumbangan dana melalui link ini https://www.billplz.com/pprproject
Tak kisah berapa pun sumbangan anda, kecil atau besar mampu membantu orang yang memerlukan insha Allah
terima kasih 💕