Himpunan Pakej Haji Dan Umrah

Himpunan Pakej Haji Dan Umrah Himpunan Pakej Haji Dan Umrah Menyediakan Pakej Domestik & Antarabangsa,Tempahan Tiket Pakej Haji &

Assalamualaikum semua..Tawaran hebat pakej umrah bulan november dan december 2017..Untuk maklumat detail hubungi Tuan Ha...
29/07/2017

Assalamualaikum semua..

Tawaran hebat pakej umrah bulan november dan december 2017..Untuk maklumat detail hubungi Tuan Haji Bilal Fuzela : 0136987788

Kelebihan Ibadah Umrah..Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak had...
15/06/2012

Kelebihan Ibadah Umrah..

Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah :

1. MENJADI TETAMU ALLAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak p**a dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga’”

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”

6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)

7. PENGHAPUS DOSA

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”

Address

Kuala Lumpur
56000

Telephone

+601123897756

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Himpunan Pakej Haji Dan Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Himpunan Pakej Haji Dan Umrah:

Share