25/01/2022
GAJI HARI BAYAR DI TANGAN.
Macam mana nak beli rumah dengan buat loan?
Jawapan Saya
CADANGAN 1
Pastikan boss ada ssm dan minta boss buat baucer gaji setiap bulan, walaupun gaji dibayar secara harian.
Pastu minta boss transfer gaji hari dalam akaun. Guna handphone pun boleh, senang jer sekarang ni. Untuk buktikan yang mana ada gaji masuk akaun.
Buat perkara di atas sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
Pastu pergi bank try mohon kad kredit patuh syariah. Guna kad tadi untuk isi minyak jer. Pastikan bayar on time. Guna selama 3 bulan ke 6 bulan untuk tunjuk pada bank yang kita ni pembayar hutang yang bagus.
Pastu boleh try apply loan untuk rumah pulak.
CADANGAN 2
Buka SSM sendiri walau pun keje dengan orang.
Pastu buka akaun bank atas nama SSM yang kita dah daftar tadi.
Masukkan duit ke dalam akaun bank tadi setiap kali gaji.
Pastu kalau ada job lain contoh macam ada event atau apa sahaja kerja dapat duit masuk dalam akaun tadi.
Cukup 1 tahun isytihar cukai pendapatan dengan LHDN. Kalau tak cukup haul tak kena cukai pun. Yang penting isytihar. Buat selama 2 tahun.
Pastu pergi bank try apply loan rumah.
Itu SECARA RINGKAS yang saya boleh kongsikan. Bunyi macam senang tapi nak buatnya agak mencabar. Paling senang cari orang yang boleh buatkan dan bantu.