19/01/2026
Siang saya kerja driver bas dekat Singapore. Malam atau hujung minggu saya fokus Takaful
Saya inspired dengan kisah sorang brother yang pairing dengan saya masa sesi coaching dekat Takaful Annual Planning Workshop (TAPW) 2026 yang lepas.
Masa tu semua leaders, MDRT dan Starclubbers kene duduk dekat seat yang disediakan untuk menjadi coach kepada konsultan yang lain.
Brother ni pun duduk la dengan saya dan pada sesi tu dia inform yang siang dia kerja driver bas dekat Singapore, malam dan hujung minggu dia fokus dekat takaful.
Saya impress dekat dia sebab saya tahu macam mana tightnya masa orang Malaysia yang cari rezeki Run SGD dekat Singapore.
Diorang kene bangun awal pagi seawal jam 3 pagi, bersiap-siap untuk hadap jem dekat CIQ JB-SG, nak balik Malaysia lagi kene hadap benda yang sama setiap hari. Tidur pun sehari berapa jam jela kan.
So dari segi masa memang pada saya tight gila-gila. Bila masa dia tidur, bila masa dia approach prospek, bila masa dia nak pergi appoinment, nak submit kes, submit claim dan sebagainya.
Cara dia manage masa dia adalah dia fully utilised masa lapang dia. Waktu rehat dia akan approach prospek untuk set appoinment pada hari cuti. Dia pun ada hire Personal Assistant untuk tujuan claim dan lain-lain.
Setiap hari cuti je mesti dia akan pastikan jadual dia full booked untuk appoinment.
Hasil dia?
Tahun pertama 5 bulan dapat sales 125k tpc (PWP)
Tahun kedua sales 200k tpc (PWP)
Tahun ni tahun ke 3 dia saya rasa dengan consistency dan kesungguhan dia tak mustahil tahun ni dia Starclub atau MDRT
Saya tanya dia macam mana dia boleh sekental ni?
Dia jawab " Saya nak buktikan dekat wife dan keluarga saya yang saya boleh berjaya dalam bisness takaful ni "
Mula-mula family tak setuju tapi lama kelamaan ada progress dan family pun mula nampak.
Komisen daripada ratus-ratus naik kepada ribu setiap bulan dan consistent.
So income dia ada dua iaitu gaji SGD lepas convert MYR belasan ribu dan komisen PruBSN yang saya estimate based on sales 2 tahun ni dah hampir RM10k sebulan.
Moral of the story, masa yang kita ada adalah 24 jam untuk semua orang dekat muka bumi ni. Takde kurang takde lebih.
Macam mana kita gunakan masa kita dengan betul untuk generate income. Trade masa kita dengan high income skill.
Kalau brother ni yang kerja ulang alik JB-SG 6 hari seminggu boleh consistent PWP. Tak kan part timer yang kerja 8-5 ptg dekat malaysia tak
boleh kan?
Saya pun bermula dengan part time selama 2 tahun dan consistent PWP juga.
Kalau BIG WHY kita jelas, setiap masalah yang ada mesti kita akan tetap boleh hadapi.
Antara NAK vs TAKNAK dan bagi ALASAN sahaja
Nak berjaya? Follow je cara brother ni