28/12/2023
“Untung la awak dapat komisyen dari jualan ni. Banyak lak tu, sampai boleh beli kereta mewah, rumah besar, cuti sana sini. Senangnya awak dapat duit banyak, saya client awak ini hidup macam ni saja, kerja dapat gaji, then bayar takaful ‘untuk’ awak dapat komisyen.”
Inilah skrip yang biasa kami rakan-rakan yang terlibat dalam industri jualan/ perkhidmatan dengar dari bakal pelanggan/ kawan-kawan.
➟ REN Jual Rumah dapat komisyen 3% (ada portion untuk agensi hartanah)
➟ Takaful Agent dapat komisyen antara 10%-35% (bergantung kepada produk)
➟ Unit Trust Agent dapat komisyen antara 2%-3% daripada jumlah investment.
Kita mungkin kira komisyen yang dia dapat, tapi pernah tak kita kira berapa banyak wang, masa, tenaga yang mereka telah gunakan untuk closed satu kes?
Jual rumah, bukan bawa satu buyer terus closed deal, ada ketika, seorang buyer, bawa view tiga kali, last tak jadi beli sebab nenek tak setuju. Ada juga listing bawa buyer yang ke 18 pun belum boleh jual lagi. Setiap kali viewing, minyak dan tol kena bayar juga.
Promosi insurance, nak dapat satu appointment kena contact berpuluh-puluh orang, dari puluhan dapat satu appointment, belum tentu closed lagi, sebab nak tanya dulu pasangan ok ke tak masuk insurance ini.
Inilah kehidupan kita, antara kita saling bergantungan. Dia dapat komisyen sebab dia kerja, dan bukan kata senang untuk jalankan kerja macam dia lakukan sekarang.
Tiada yang senang dan simple dalam pencarian rezeki, orang yang berjaya kerana ada usaha yang dia lakukan yang jarang kita nampak kesusahan yang dilaluinya selama ini. Masa kita nampak dia telah bawak Mercedes, BMW, Audi dan ada Semi D atau Banglo. Sewaktu dia menangis sendirian kita tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu pun.
Nak berjaya? Kenalah berkorban, Belajar dari kesusahan yang pernah orang berjaya lalui, dan nekadkan hati juga aku harus lalui kesusahan ini untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur apabila berjaya nanti.