24/10/2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada anda semua bakal usahawan dobi layan diri. Post ni agak panjang,jemput baca secara santai.Saya cuma nak berkongsi pengalaman bersama usahawan usahawan dobi sepanjang bergelar konsultan dobi layan diri ni.
Ramai PM,tanye pakej dobi layan diri yang murah-murah harge mampu milik ada ke?
Jawapan...
ADA.(sebagai konsultan yang nak ambil peluang , sudah tentu saya akan memberi janji janji manis bulan dan bintang pada pelanggan.Janji dapat close job)..hahaha...Tetapi adalah menjadi tanggungjawab sebagai konsultan untuk memberi khidmat nasihat yang betul kepada bakal usahawan dobi layan diri.
Sebagai bakal usahawan dobi layan diri yang ingin berjaya,anda dinasihatkan untuk buat research dahulu tentang model perniagaan ni dan memahami segala proses tentang industri dobi layan diri.
Kadang kadang bile ade yang tanye,ROI(return on investment) berapa lama? Pulangan berapa lama?Untung ke buka dobi layan diri ni?
Ade yang cakap 1 tahun,2 tahun,3 tahun dah balik modal ..Malah ade juga yang beritahu sepanjang meniaga dobi ni takde untung.
Jadi ia adalah 1 perkara yang subjektif dan berbeza antara setiap pemilik dobi berdasarkan pengalaman masing masing menguruskan perniagaan dobi mereka.
Apa sahaja perniagaan,cuma ada dua perkara yang penting.PENDAPATAN MASUK dan KOS KELUAR. Jika pendapatan masuk lebih dari kos keluar,bermakna perniagaan anda sedang untung.Manakala jika berlaku sebaliknya bermakna anda sedang menanggung kerugian
Contoh Kos tetap bulanan:-
- Sewa kedai
- Bill elektrik
- Bill Unifi
- Bill air
- Bekalan sabun
- Tong gas
- Gaji pekerja(jika ada pekerja)
- Gaji pemilik
Jadi bile anda nak pakej murah dan mampu milik..bermakna jumlah mesin di kedai anda adalah terhad. Dengan mesin yang sedia ada,anda kena buat pengiraan
maximum cycle/pusingan dalam masa 24jam,seminggu dan sebulan.Dari situ,anda dah boleh tahu berapa anggaran 'collection maximum' boleh dapat dalam sebulan. Dengan anggaran "collection" tu, anda rasa cukup atau tidak untuk menampung segala kos perniagaan dobi anda.Boleh buat kira kira sendiri.Jika tidak cukup nak tanggung kos maka perniagaan anda bakal mengalami masalah.
Issue yang kedua saya nak kongsi adalah berkenaan dengan business management/pengurusan perniagaan anda....Di peringkat awal tadi saya ada bercerita mengenai PENDAPATAN MASUK dan KOS KELUAR...sekarang kita nak cerita perihal pengurusan PENDAPATAN MASUK(collection) dan pengurusan KOS KELUAR(overhead).
Perniagaan dobi ni samaja konsep macam meniaga kedai makan iaitu "cash business".Harini ramai pengusaha dobi dah menggunakan sistem QR payment di premis dobi mereke. Bagi kedai yang masih menggunakan sistem token,bermakna anda perlu buat collection duit hasil perniagaan anda di mesin 'coin changer' setiap 2-3 hari sekali.Dekat sinilah kebanyakan pengusaha dobi banyak melakukan kesilapan.'Cash collection' yang mereke ambil,tiada rekod catatan jumlah kutipan dan "duit collection" tersebut tidak dimasukkan ke akaun bank syarikat.Rata rata pengusaha dobi ni akan ambil duit kutipan hasil perniagaan tersebut untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan peribadi atau hal hal berkaitan perniagaan tetapi tidak buat rekod perbelanjaan. Cara yang betul,seeloknya kesemua duit kutipan tersebut dimasukkan dahulu ke dalam akaun syarikat bagi tujuan rekod.Kemudian hujung bulan baru ambil untuk kegunaan urusan perniagaan sahaja..Setelah ditolak segala kos,baru kira samada ada lebihan atau tiada.
Bila anda buat rekod dan bank statement cantik,akan datang jika ada perancangan untuk besarkan perniagaan,dah tiada masalah untuk memohon dana dari bank atau syarikat kewangan.Ketika itu anda sendiri juga mungkin telah ada "cash reserve" untuk tujuan kecemasan.
Ini dah lah tidak buat rekod duit keluar dan masuk.duit collection p**a digunakan ikut sesuka hati.Hujung bulan bila kira kira semula dah tak mencukupi untuk bayar overhead...itu belum ambil kire kos kos tidak diduga seperti mesin rosak,service mesin dan lain lain kos sampingan.Bila ini terjadi mungkin anda terpaksa berhutang untuk menampung kos operasi sekaligus meningkatkan kos keseluruhan perniagaan anda di masa hadapan.
Bila jadi macamni, lama kelamaan perniagaan semakin merudum,mesin tidak dijaga dengan elok dan kualiti basuhan pakaian di premis anda akan terjejas dan akhirnya terpaksalah menjual perniagaan dobi anda kerana sudah tidak mampu untuk mengurus perniagaan...Rugi masa, tenaga dan wang ringgit jika ini berlaku pada anda.
Kesimp**annya untuk jadi seorang pengusaha dobi yang berjaya,seharusnya anda buatlah kajian terlebih dahulu merangkumi segala aspek sebelum menceburkan diri dalam bidang ini.Perniagaan anda tidak pernah silap..yang silap adalah pemilik perniagaan tu sendiri. Sebagai konsultan,saya boleh beri sedikit nasihat ,tetapi akhir sekali andalah yang menentukan halatuju perniagaan anda.
*Saya kongsi gambar 'collection' kedai salah seorang pelanggan kami yang menggunakan sistem QR Payment sepenuhnya di premis dobi mereka.Mula beroperasi pada bulan Mac tahun 2024 dengan modal anggaran RM270K++. Sehingga bulan October 2024,"collection" mereka sudah mencecah RM100K++(hampir 8 bulan beroperasi)
Anda boleh kira sendiri,dengan kutipan sebanyak ini,berapa lama masa diperlukan oleh pemilik untuk balik modal perniagaan tersebut.Jika pengurusan betul dan momentum diteruskan,tidak mustahil pemilik mampu untuk membuka cawangan yang seterusnya.Namun begitu ia tetap bergantung pada bagaimana anda menguruskan perniagaan dan juga pengurusan kewangan yang betul serta berhati hati. Apa sahaja perniagaan tetap ada risikonya tersendiri.Yang penting bagaimana anda menguruskan ia.
Harap dengan sedikit penjelasan ini,ia dapat membuka mata anda tentang model perniagaan dobi layan diri ini..Kalau ada soalan lagi boleh tanya ya.Saya akan cuba bantu anda semampu yang boleh.Tanggungjawab sebagai konsultan adalah sekadar membantu anda di luar sana memahami tentang model perniagaan ini kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diuruskan.
Terima kasih kerana sudi membace:)
-admin-
FMC Laundrette
[email protected]
017-208 7786
www.wasap.my/60172087786/dobilayandiri
www.wasap.my/60172087786/dobilayandiri
www.wasap.my/60172087786/dobilayandiri