Terjah Kedai Makan

Terjah Kedai Makan Team TERJAH Kedai Makan Akan Bantu Famouskan Kedai Makan Anda. �

Untuk Kami Review Dan Buatkan Vide

26/08/2021

Asyik makan burger jer dengan brand RAMLY ni. Kali ni kita try nasi lemak dia macam mana.

14/02/2020

Hasil dari kajian oleh National Eye Institute, AREDS (The Age-Related Eye Disease Study) telah menunjukkan kombinasi age...
09/02/2020

Hasil dari kajian oleh National Eye Institute, AREDS (The Age-Related Eye Disease Study) telah menunjukkan kombinasi agen antioksidan yang tinggi bersama Vitamin A, C dan E serta mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata Degenerasi Makula (Macular Degeneration) dan Katarak.
Terdapat empat penyakit mata utama yang berisiko tinggi akibat kekurangan vitamin iaitu:
1. Katarak
2. Degenerasi Makula
3. Mata kering
4. Lebam di sekeliling mata
Jadi ambil lah makanan yang tinggi vitamin A, C dan E seperti Lobak, Sayuran Hijau Yang Berdaun, Avokado, dan Kekacang.
Haaa lg satu ! Blueberry.☺️

7 Cara Didik Anak Makan Makanan Sihat.1. Ibu bapa kena jadi "Role Model". They will copy what you eat.2. Ajak anak shopp...
31/01/2020

7 Cara Didik Anak Makan Makanan Sihat.
1. Ibu bapa kena jadi "Role Model". They will copy what you eat.
2. Ajak anak shopping makanan sihat dan biar mereka kenal setiap makanan bernutrisi. Boleh main teka teki khasiat atau nama sayur kt depan rak sayur. Hehe
3. Elakkan anak banyak makan manisan kerana boleh buat anak anda ketagih.😧
4. Sediakan makanan dengan menarik. Contohnya potong roti atau pancake dalam bentuk "teddy bear".
5. Jangan ikut kemahuan anak untuk makan makanan tidak berkhasiat. Biarkan mereka lapar, mereka akan makan apa sahaja di hadapan mereka. Jangan mengalah ok ?😏
6. Makanan tambahan, contoh nya buat kek, tambahkan topping dia dengan buah buahan.

7. Variasikan makanan. Jangan asyik buah dgn sayur je, makanan sihat kan banyak. Contoh, peanut butter sandwich, ayam masak sup.

Semoga Bermanfaat 😘

MAAF TIADA MASA UNTUK INTRO PANJANG.TOLONG BACA! AMAL DAN SHARE !!TOLONG SHARE !!URGENT!!1. ELDERBERRYBuah Elderberry me...
29/01/2020

MAAF TIADA MASA UNTUK INTRO PANJANG.
TOLONG BACA! AMAL DAN SHARE !!
TOLONG SHARE !!
URGENT!!
1. ELDERBERRY
Buah Elderberry merupakan buah yang anti-oksidan dan mempunyai keupayaan untuk melawan keradangan.
2. CENDAWAN BUTANG
Mengandungi selenium mineral dan anti-oksidan yang membantu mengurangkan risiko selsema menjadi lebih teruk.
Kajian terhadap haiwan menunjukkan ianya memberi kesan anti-virus, anti-bakteria, dan anti-tumor.
3. ACAI BERRY
Ianya dapat membantu melawan proses penuaan dan juga dari dijangkiti penyakit.
4. TIRAM
Mineral zinc membantu untuk menjalankan sistem imun serta membantu dalam penyembuhan luka.
5. TEMBIKAI
Mempunyai banyak anti-oksidan yang kuat, serta glutathione. Glutathione boleh didapati berhampiran dengan kulitnya.
6. KOBIS
Sumber immune-strengthening glutamine.
7. BADAM
1/4 cawan badam dapat memberikan lebih kurang 50% khasiat vitamin E yang membantu meningkatkan sistem imun.
8. GRAPEFRUIT
Mempunyai kandungan vitamin C yang banyak.
9. GERMA GANDUM
Penuh dengan khasiat seperti zinc, anti-oksidan, vitamin B.
Juga mengandungi serat, protein, dan lemak yang baik.
10. YOGURT RENDAH LEMAK
Kandungan vitamin D yang tinggi dapat mengurangkan risiko demam dan selsema.
11. BAWANG PUTIH
Perlu dimasak dalam minyak selama 15 - 20 minit dahulu bagi mengaktifkan enzim yang merangsang sistem imun.
12. BAYAM
Mempunyai serat, anti-oksidan seperti vitamin C, dan banyak lagi.
13. TEH
Anti-oksidan yang terdapat dalam tea akan mencari dan memusnahkan sel radikal bebas yang merosakkan.
14. KELEDEK
Mempunyai anti-oksidan beta-carotene, yang membersihkan radikal bebas yang merosakkan.
15. BROCOLLI
Asas immune-boosting. Penuh dengan nutrien yang melindungi badan kita.

Banyakkan doa pada Allah. Tawakal.

ADAB MAKAN YANG MUNGKIN KITA LUPA1. Membaca' BISMILLAH'2. Makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan, sebab syaitan...
26/01/2020

ADAB MAKAN YANG MUNGKIN KITA LUPA

1. Membaca' BISMILLAH'

2. Makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan, sebab syaitan makan dan minum menggunakan dengan tangan kiri. Jadi, janganlah cuba-cuba nak ikut telunjuk syaitan.

3. Didahulukan makan dari tepi pinggan, bukan dari tengah. Sebab, barakah itu turun di tengah-tengah makanan.

4. Tidak mengaibkan makanan atau memburuk-burukkan makanan disebabkan kemungkinan makanan tersebut kurang rasa atau tidak enak.

5. Dianjurkan makan secara berjamaah, sebab di dalamnya terdapat barakah.

6. Jika makanan terjatuh, ambil dan makan kecuali jika makanan tersebut kotor.

7. Menjilat jari selepas makan dan sebelum mencuci tangan.

8. Memuji dan berdoa selepas makan.

9. Membasuh tangan dengan bersih.

Seperti laporan ABC Science bertarikh 14 May 2012, menurut Profesor Michael Cowley, Pengarah Institut Obesiti dan Diabet...
21/01/2020

Seperti laporan ABC Science bertarikh 14 May 2012, menurut Profesor Michael Cowley, Pengarah Institut Obesiti dan Diabetes, Universiti Monash, Australia, 60 hingga 70 peratus berat badan kita ditentukan oleh gen kita.
Saintis telah mengenal pasti kurang daripada satu per lima gen yang terlibat. Info genetik akan bercantum dan menghasilkan individu baru dari pembiakan seksual.
Ramai di antara kita masih membawa fat-gene yang menyebabkan berat badan berlebihan kerana badan tidak akan mengubah respon terhadap makanan yang dimakan.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terjah Kedai Makan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terjah Kedai Makan:

Share

Category