SALIHIN (Chartered Accountants)

SALIHIN (Chartered Accountants) We think differently in thriving and future-proofing your business. Going further,thrive with SALIHIN Firm of Auditors, Business Advisors, Tax Agents

31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Pengurusan dan seluruh warga SALIHIN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kemerdekaan yang kita nikmati merupakan amanah berharga hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu. Marilah kita terus memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina sebuah negara yang maju, inklusif serta sejahtera.
Semoga semangat “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” terus menyatukan rakyat dan memastikan kemakmuran negara dapat dirasai bersama denga Malaysiaku!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

28/08/2026

28 Ogos 2026, Gombak - Sempena Maulidur Rasul dan Kemerdekaan, SALIHIN berkesempatan mengadakan Tazkirah Khas bersama Al-Fadhil Ustaz Dr. Haji Abdul Jabbar Al-Hafiz (Imam Muda Jabar) di Surau As-Solihin, SALIHIN HQ.
Menghayati kelahiran Rasulullah SAW sebagai cahaya hidayah yang membimbing ummah, serta memahami erti kemerdekaan melalui kekuatan iman, ilmu dan akhlak.
Semoga perkongsian ini menjadi pedoman untuk terus meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan.

28 Ogos 2026, Gombak — SALIHIN telah menganjurkan tazkirah khas sempena Maulidur Rasul dan Kemerdekaan di Surau As-Solih...
28/08/2026

28 Ogos 2026, Gombak — SALIHIN telah menganjurkan tazkirah khas sempena Maulidur Rasul dan Kemerdekaan di Surau As-Solihin, SALIHIN HQ, bersama penceramah jemputan, Al-Fadhil Ustaz Dr. Haji Abdul Jabbar Al-Hafiz, atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Jabar.
Mengangkat tajuk “Dari Jahiliah kepada Hidayah: Kelahiran Rasulullah Memerdekakan Ummah”, tazkirah ini mengajak para hadirin menghayati kelahiran Rasulullah SAW yang membawa cahaya hidayah dan membebaskan ummah daripada belenggu jahiliah, sekali gus memahami erti kemerdekaan yang lebih luas melalui kekuatan iman, ilmu dan akhlak.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Imam Muda Jabar atas perkongsian yang penuh pengajaran, serta kepada semua yang bersama-sama mengimarahkan majlis ini.
Semoga setiap pengisian yang disampaikan menjadi pedoman dalam meneladani akhlak Rasulullah SAW serta menyemai jiwa yang merdeka, berilmu dan bertanggungjawab dalam kehidupan.

28/08/2026

📌 DARI JAHILIAH KEPADA HIDAYAH: KELAHIRAN RASULULLAH MEMERDEKAKAN UMMAH 📌
Saksikan tazkirah khas sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H dan Hari Merdeka 2026 bertajuk "Dari Jahiliah kepada Hidayah: Kelahiran Rasulullah Memerdekakan Ummah" bersama Imam Muda Jabar di laman rasmi Facebook SALIHIN (Chartered Accountants) yang dibawakan secara langsung dari Surau As-Solihin, SALIHIN HQ, Gombak.

PRAY FOR NEPAL 🇳🇵Let us come together in prayer for the people of Nepal affected by the devastating floods following an ...
27/08/2026

PRAY FOR NEPAL 🇳🇵

Let us come together in prayer for the people of Nepal affected by the devastating floods following an avalanche.
Our thoughts and prayers are with the victims, their families and loved ones during this difficult time. We also pray for the safe return of Malaysians who remain missing, and hope that they will be found safe and reunited with their families soon.
May strength, comfort and hope be with everyone affected, and may the ongoing search and rescue efforts bring good news.
Stay strong, Nepal. You are in our prayers.

26 – 27 August 2026, Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Kuala Lumpur: SALIHIN Academy successfully delivered an In-Hous...
27/08/2026

26 – 27 August 2026, Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Kuala Lumpur: SALIHIN Academy successfully delivered an In-House Training on “Kursus Pengukuhan Penulisan Pemerhatian Audit” for Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
The training focused on enhancing participants’ capabilities in preparing effective audit observations through structured writing approaches, clear articulation of findings and professional audit documentation practices.
We extend our appreciation to Encik Aliff Ikhwan Mohamad, Encik Muhammad Fahim Aripin and Puan Norlin Mainir for their valuable contribution and expertise throughout the session. Our appreciation also goes to the MAIWP team for their active participation and engagement.
At SALIHIN Academy, we provide tailored learning solutions to strengthen organisational capabilities through relevant knowledge and practical skills. Visit www.salihinacademy.com to explore our training programmes.

📌 DARI JAHILIAH KEPADA HIDAYAH: KELAHIRAN RASULULLAH MEMERDEKAKAN UMMAH 📌Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1448H...
27/08/2026

📌 DARI JAHILIAH KEPADA HIDAYAH: KELAHIRAN RASULULLAH MEMERDEKAKAN UMMAH 📌
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1448H dan Hari Merdeka 2026, SALIHIN akan mengadakan Tazkirah Khas bertajuk “Dari Jahiliah kepada Hidayah: Kelahiran Rasulullah Memerdekakan Ummah” bersama Imam Muda Jabar seperti berikut:
📆 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 9.00 pagi
Jangan lupa temujanji kita di laman rasmi Facebook SALIHIN (Chartered Accountants) untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini.

27 Ogos 2026 - Pengurusan dan seluruh warga SALIHIN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Mohammad Ashra...
27/08/2026

27 Ogos 2026 - Pengurusan dan seluruh warga SALIHIN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan, jasa serta sumbangan beliau dalam menerajui LTAT dan memperkukuh peranan institusi dalam menjaga kepentingan warga Angkatan Tentera Malaysia.
Semoga pengiktirafan ini terus menyuntik semangat kepada beliau untuk meneruskan kepimpinan cemerlang serta memperkukuh peranan LTAT demi manfaat warga Angkatan Tentera Malaysia dan negara.

STRENGHTEN YOUR ORGANIZATION'S CYBER READINESS AT SBEC 2027Calling all business leaders, C-suite executives, IT and cybe...
26/08/2026

STRENGHTEN YOUR ORGANIZATION'S CYBER READINESS AT SBEC 2027
Calling all business leaders, C-suite executives, IT and cybersecurity professionals, risk and audit teams, and professionals involved in digital governance and resilience.
Join us for the Cybersecurity Masterclass: Cyber-Ready Sarawak – Mastering Framework, Best Practices, and the Quantum Frontier, an SBEC 2027 Satellite Programme in collaboration with Nexagate Sdn Bhd.
This one-day masterclass will explore cybersecurity frameworks and standards, cybersecurity audit, cyber security risk assessment, and post-quantum cryptography — providing practical perspectives for today’s evolving digital landscape.
🗓️16 December 2026
⏰ 8.00 AM – 5.30 PM
📍BCCK, Kuching
Strengthen your knowledge, connect with industry professionals and prepare for emerging cyber risks.
Visit our website for more information and secure your place now at www.sarawakbudgetconference.com.

25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🕌

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan jadikan sunnah serta akhlak mulia Baginda sebagai inspirasi serta panduan terbaik dalam memikul tanggungjawab, melaksanakan pekerjaan, dan menyantuni hubungan sesama insan demi kelestarian hidup seharian.
Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Semoga kita semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan keberkatan Allah SWT, serta dikurniakan syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Address

Level 25/02, Menara FELDA No 11, Persiaran KLCC
Kuala Lumpur
50088

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SALIHIN (Chartered Accountants) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share