Dream Wealth

Dream Wealth Empower Your Mind

14/07/2023
15/09/2022
29/03/2021
15/01/2019

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan platform media sosial bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang memiliki harta atau kekayaan luar biasa tetapi gagal mengisytiharkan cukai pendapatan.

14/01/2019

Bagi yang menjual secara tunai, ianya berlaku segera. Ada juga perniagaan yang mengambil deposit bagi pesanan yang besar. Dapat duit dahulu sebelum jualan disempurnakan.

16/03/2017

"Tuannn, untung bisnes yang disimpan itu mahu buat apa?"

Asasnya, ada 4 perkara :

1. Labur semula untuk perkara-perkara yang membantu bisnes untuk berkembang. Ada banyak.

Antaranya bawa masuk ahli pas**an baru, naikkan bajet untuk pemasaran, luaskan jajahan takluk, perkukuhkan setiap komponen dalam bisnes dan pembelian aset syarikat.

2. Simpanan kecemasan syarikat untuk 6 hingga 12 bulan ke hadapan.

3. Zakat perniagaan. Ini hukumnya wajib.

4. Cukai. Ini akan membantu perkara no 1 iaitu 'growth' bisnes kita. Ia juga satu undang-undang yang wajib dipatuhi.

26/02/2017

1. Mula-mula kena tahu apa yang kita nak.

Misalnya salah satu dari perkara ini.

+ Pencen dengan cash RM 1 juta
+ Passive income bisnes RM 10 ribu sebulan
+ Ada rental income RM 15 ribu sebulan
+ Dividen saham RM 100 ribu setahun
+ Nak wakafkan semua harta sebelum mati

2. Seterusnya kira berapa investable asset sedia ada sekarang.

3. Kemudian baru tahu apa yang sepatutnya dibuat. Sebabnya, kalau apa yang kita nak itu perlukan sejumlah duit yang banyak, maka kena bersedia tambah ilmu & kemahiran. Apabila sudah high skill, maka senang nak dapat high return.

08/02/2017

Modal Saham

Modal RM 5 ribu.

Untung 100%, dapat RM 5 ribu.

Bahagi 12 bulan = RM 417

Modal RM 500 ribu.

Untung 10%, dapat RM 50 ribu.

Bahagi 12 bulan = RM 4,167

Dalam setahun, return 100% belum tentu dapat walaupun sekali

Maka, tidak usahlah berangan dengan pengiraan untung 100%.

Itulah jawapan bagi kalian yang s**a tanya perihal saham untuk menjana income tiap bulan.

18/10/2016

MENANTU KERJA GOMEN.

Mak bapak tersenyum lebar bila dapat tahu bakal menantu adalah penjawat awam konon bergaji tinggi. Terjaminlah sikit anak dara dia nanti. Kerja pun stabil dan kalis krisis ekonomi.

Malangnya, potongan Angkasa bersusun dalam slip gaji. Beratus ribu pembiayaan peribadi. Hutang PTPTN pun tak habis bayar lagi. Tapi kereta mahal harga lebih setahun gaji.

Penjawat awam, mungkin mereka kalis krisis ekonomi. Tak risau dibuang kerja atau gaji tak diberi. Tapi, kalau takda ilmu, mereka boleh terjerat dengan krisis kewangan peribadi.

Jadi, jangan gembira sangat bakal laki kau penjawat awam di jabatan kerajaan. Iya, mereka memang banyak kelebihan dan kemudahan. Tapi kalau tak betul caranya, tak guna juga, kan.

Haha. - HF

25/08/2016

Dengan ilmu, kita boleh elak tersilap langkah sampai rugi puluh-puluh ribu, dapat kenal muka penipu, kurangkan kos beribu-ribu dan capai matlamat lebih laju.

Ilmu sebelum labur, elak melebur.

- HF -

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dream Wealth posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share