14/04/2026
πππππ πππππππ
Mulai hari ini, selaras dengan peraturan kastam dan dasar nasional yang berkuat kuasa, pihak kami, Avatar Transportation, tidak lagi menerima sebarang barangan bercorak penyamaran (camouflage) termasuk beg, pakaian, kasut dan lain-lain yang berkaitan melalui perkhidmatan penghantaran udara dan laut kami.
Sehubungan itu, pihak tuan/puan diminta untuk mengambil maklum bahawa pelanggaran terhadap peraturan ini berkemungkinan boleh melibatkan tindakan undang-undang, termasuk kes jenayah.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di En. Shah 019-2070607 @ Puan Gieanna 017-3073786
Yang Menjalankan Tugas,
Amir Syahreeza
Pihak Pengurusan Avatar Transportation