24/01/2026
Sebagai pengamal pasaran modal dan pemilik Private Equity Management Corporation (PEMC) yang berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, DSAT melihat kes-kes yang melibatkan dana besar termasuk yang dilaporkan melibatkan Tan Sri Dato' Dr. Mohd Daud Bakar bukan dari sudut individu, tetapi sebagai cerminan cabaran struktur dalam industri pasaran modal.
Apabila dana berjumlah ratusan juta ringgit terlibat, persoalan utama industri bukan sekadar soal reputasi, tetapi,
di bawah lesen apa dana dikutip dan diurus,
sama ada skala dana tersebut sepadan dengan mandat lesen,dan
sejauh mana tadbir urus dan pengasingan struktur dipatuhi.
Dalam amalan pasaran, lesen Venture Capital (VC) Ini direka untuk dana berskala kecil hingga sederhana, dengan pelabur terhad dan struktur risiko tertentu.
Apabila dana yang dikaitkan dengan lesen sebegini berkembang ke tahap ratusan juta ringgit, ia secara semula jadi menjadi titik tekanan kepada sistem kawal selia dan kepercayaan pelabur.
Kes-kes seperti ini merupakan cabaran yang lebih mendalam kepada industri pasaran modal, kerana ia menguji kefahaman pasaran terhadap perbezaan lesen,mencabar disiplin pematuhan, dan memberi kesan langsung kepada persepsi pelabur tempatan dan antarabangsa.
Proses undang-undang yang sedang berjalan mesti dihormati sepenuhnya, dan prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah kekal terpakai. Namun dari sudut industri, pengajaran yang jelas ialah,integriti pasaran modal tidak boleh bergantung kepada gelaran atau keyakinan peribadi, tetapi mesti berteraskan kesesuaian lesen, struktur dana dan tadbir urus yang konsisten.
Inilah sebabnya DSAT secara prinsip memilih untuk mengurus dana berskala besar hanya melalui lesen PEMC, yang secara mandat memang diwujudkan untuk dana institusi, pengawasan yang lebih ketat dan kejelasan kuasa dana.
Jika industri ingin kekal diyakini, cabaran-cabaran seperti ini perlu ditangani dengan ketelusan, disiplin pematuhan dan pemahaman yang jelas tentang had kuasa setiap lesen.
DSAT