07/07/2026
AHMADβS FRIED CHICKEN BERTUKAR WAJAH. APA YANG USAHAWAN BOLEH PELAJARI?
Ahmadβs Fried Chicken kini secara rasminya dijenamakan semula sebagai Ahmadβs HotChicken di bawah pengurusan baharu.
Sekali pandang, mungkin ramai menganggap ia hanyalah pertukaran nama dan logo.
Tetapi dalam dunia perniagaan, rebranding hampir tidak pernah berlaku tanpa sebab.
Ia biasanya dibuat kerana syarikat ingin memasuki fasa pertumbuhan baharu, menarik segmen pelanggan yang berbeza, memperkukuhkan kedudukan jenama atau memperbaharui persepsi pasaran.
Dalam kes Ahmadβs HotChicken, bukan sahaja identiti jenama diperbaharui, malah mereka turut memperkenalkan pengalaman pelanggan yang lebih moden termasuk sistem 5 Levels of Heat, penambahbaikan menu, resipi dan pembungkusan.
Ini menunjukkan bahawa rebranding yang baik bukan sekadar menukar logo.
Ia perlu disokong dengan perubahan pada pengalaman pelanggan.
Namun, ada satu perkara yang sering terlepas pandang oleh ramai usahawan apabila melakukan rebranding.
Iaitu perlindungan harta intelek.
Ramai beranggapan selepas siap logo baharu dan papan tanda baharu, proses rebranding sudah selesai.
Hakikatnya, jenama baharu juga perlu diberikan perlindungan yang sewajarnya.
Di sinilah peranan MyIPO menjadi penting.
Apabila sesebuah syarikat memperkenalkan nama, logo atau identiti baharu, mereka seharusnya turut menyemak dan menguruskan pendaftaran Trade Mark supaya jenama tersebut mendapat perlindungan undang-undang.
Ini bukan sekadar soal pematuhan.
Ia adalah strategi perniagaan.
Jenama merupakan aset.
Apabila dilindungi, ia boleh dilesenkan, difrancaiskan, meningkatkan nilai syarikat dan memberikan keyakinan kepada pelabur serta rakan strategik.
Sebagai seseorang yang telah lebih sedekad terlibat dalam industri francais dan pembangunan perniagaan, saya sering melihat ramai usahawan sanggup berbelanja besar untuk pemasaran, renovasi dan pengiklanan.
Tetapi terlupa melindungi aset yang paling bernilai.
Iaitu jenama mereka sendiri.
Sebab itu setiap kali kita melihat sesebuah syarikat melakukan rebranding, jangan hanya melihat kepada logo atau warna baharu.
Lihat juga kepada strategi di sebaliknya.
Kerana rebranding yang berjaya bukan hanya mengubah persepsi pelanggan.
Ia juga mengukuhkan nilai syarikat untuk jangka masa panjang.
Tahniah kepada pengurusan baharu Ahmadβs HotChicken atas transformasi ini.
Semoga perjalanan baharu ini terus membawa kejayaan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan tempatan.
Meh kami bantu anda, Jom kita sembang. π€