Nota Usahawan

Nota Usahawan Tips bisnes, murah rezeki dan etika peniaga Islam.

tips bisnes, petua murah rezeki, skim cepat untung, etika peniaga Islami, meraih untung berganda dan diberkati Allah.

05/05/2014

Usaha dan Berjaya

Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam bersabda:

انماالعم بلتعلم والحلم بالتحلم ومن يتحر الخير يعطه ومن يتوق الشر يوقه

"Sesungguhnya ilmu itu diperoleh dengan menuntut ilmu, sikap santun itu diperoleh dengan berusaha bersopan-santun. Sesiapa yang berusaha untuk mendapatkan kebaikan maka dia akan diberi, dan barangsiapa yang berusaha menghindari keburukan maka dia akan terhindar darinya."

(Riwayat Al-Khatib dalam Tarikh-nya 9/127 dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no. 342)

Faedah dari karya Dr Ahmad Farid, Khawatir Imaniah Bab Memiliki Obsesi Tinggi Dalam Hal Kebaikan. Terj oleh Nizar Saad Jabal dkk. Darus Sunnah Press 2012.

Pembentangan malam ini:1. Modal Sosial dalam Bisnes: Tn. Mohd Riduan b Khairi2. Jihad Ekonomi dalam Pengamalan Rasululla...
24/01/2014

Pembentangan malam ini:

1. Modal Sosial dalam Bisnes: Tn. Mohd Riduan b Khairi
2. Jihad Ekonomi dalam Pengamalan Rasulullah SAW: Tn. Mohd Radzi b Othman

19/01/2014

Kerja, Kerja dan Terus Kerja

Bab: Yang dimakruhkan Dalam Hal Meninggalkan Perniagaan di Pasar dan Pekerjaan

Abu Bakar Al-Marwazi meriwayatkan: Abu Bakar menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku mendengar seseorang berkata kepada Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hanbal), "Sesungguhnya pendapatan aku sudah cukup."

Abu Abdullah berkata, "Tetaplah berada di pasar (menjalankan perniagaan). Di sana kamu akan dapat bersilaturrahim (menjalin networking) dan membiasakan diri dengannya."

(Kitab al-Wara oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Ta'liq & Tahkik oleh Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Hamud. Terjemahan Ansari Taslim. Pustaka Azzam 2013)

Refleks

1. Peniaga & pekerja yang sukses ialah mereka yang konsisten atau istiqamah menjalankan bisnes/ pekerjaan.

Sebilangan orang yang baharu belajar bisnes, sekali dapat untung besar, terus cuti beberapa hari. Ini salah dan akan memberi kesan negatif kepada bisnes.

2. Networking adalah satu dari perkara yang paling penting dalam survival bisnes. Peniaga yang sukses ialah peniaga yang pandai dan tiggi seni bergaulnya.

Sayang sekali, tidak sedikit dari kalangan peniaga amatur s**a menjalankan bisnes secara solo. Buka gerai di tepi jalan secara sendirian. Dan mereka amat tidak selesa kalau ada peniaga lain datang membuka gerai di sebelah gerai mereka.

Ini jauh bezanya dengan bisnes yang berkembang sihat (sebahagian besar peniaga Cina mengamalkan begini); peniaga-peniaga akan saling berpakat-pakat berniaga di sebuah kawasan yang sama, membentuk sebuah pasar.

3. Tujuan perniagaan bukanlah untuk mendapat keuntungan dunia semata-mata. Jika tujuannya dunia semata maka ia akan berakhir kepada dua:

(1) berniaga sekadarnya bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Merujuk kepada mereka yang bekerja hanya untuk memenuhkan perut semata. Walhal di dalam ringgit dan sen yang diperoleh itu ada banyak ruang melakukan ketaatan kepada Allah: zakat, infaq, nafkah, sedekah, waqaf, hadiah dan berbagai lagi.

(2) Mereka yang tamak, hakap dan loba yang tidak pernah berasa kenyan, puas dan cukup dengan apa yang telah Allah rezekikan. Mereka ini akan berusaha sedaya-upaya menimbun harta sebanyak-banyaknya.

Sikap yang benar ialah meletakkan kerja dan bisnes itu sebagai satu dari ibadah dan ketaatan kepada Allah. Apabila hal yang demikian berlaku maka tidak akan apa yang menghalang orang-orang yang beriman untuk tetap bekerja dan berniaga.

Kerana targetnya bukan dunia, sebaliknya negeri akhirat sana. Andai dunia dapat dibeli dengan ringgit dan sen, maka percayalah tanah di negeri akhirat itu jauh lebih mahal. Ia memerlukan kita bekerja dan beramal dengan ikhlas seumur hidup untuk mendapatkannya.



Mohd Riduan b Khairi
PPY Borneo 'Membangun Citra Insan'
Http://notausahawan.wordpress.com
Http://ppyborneo.wordpress.com
20 Januari 2014: Miri Sarawak

Amalan Perniagaan Yang Baik1. Sup kosongSatu kebiasaan kedai makan di Sabah (dan juga di beberapa tempat lain) ialah men...
14/01/2014

Amalan Perniagaan Yang Baik

1. Sup kosong

Satu kebiasaan kedai makan di Sabah (dan juga di beberapa tempat lain) ialah menyediakan sup kosong sebagai 'side dish' wajib bagi semua menu makanan. Baik tatkala memesan nasi goreng, mee goreng, meehon goreng hatta jika dipesan mee kari pun tetap mereka akan hidangkan bersama semangkuk kecil sop kosong.

2. 'Air con' Minuman Panas

Manakala di Kedah dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia p**a kebiasaan mereka menghidangkan minuman panas dengan ketulan ais diletakkan di atas piring bersama. Istilahnya ialah 'air con'.

3. Suatu kebiasaan pagi peniaga di Miri (mungkin juga di negeri Sarawak seluruhnya) ialah meletakkan sudu dan garfu di dalam gelas yang berisi air panas. Seakan-akan proses 'steril'.

Dari kedai makanan nasi berlauk hingga restoran mamak, mereka semua mengamalkan perkara yang sama.

Tentu di banyak tempat yang lain masing-masing punya identiti dan keunikan amalan perniagaan masing-masing.

Apa yang ingin ditonjolkan bahawa sesuatu budaya atau kebiasaan baik (juga buruk) itu boleh digagaskan. Perlu ada yang memulakannya, kemudian terus konsisten melaksanakannya.

Apabila amalan atau budaya itu baik, maka ia akan kekal. Dan perlahan-lahan ia akan ditiru dan diikuti oleh peniaga yang lain.

Kita pun tidak sempat atau belum ada yang melakukan pemerhatian dan kajian yang detil mengenai budaya bisnes serantau khususnya masyarakat majmuk di Malaysia.

Maksud saya bukan Melayu, India, China semata. Bahkan ia merentasi lebih Iban, Melanau, Dusun, Bajau dan puluhan yang lain lagi. Setiap suku kaum memiliki kemahiran dan kelebihan tersendiri.

11/01/2014

Berilmu & Berharta: 2 Hal Yang Seiringan

عن معاوية يقول سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين وإنما أنا قاسم والله يعطي ولن تزال هذه الأمة قائمة على أمرالله لا يضرهم من خالفهم حتى يأتي أمرالله

Daripada Muawiyyah r.a berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah faqihkan (memberi kefahaman) dia terhadap agama. Aku hanyalah yang membagi-bagikan sedangkan Allah yang memberi. Dan sentiasalah umat ini tegak diatas perintah Allah, mereka tidak akan celaka kerana adanya orang-orang yang menyelisihi mereka sehingga datang keputusan Allah." (Sahih Al-Bukhari, Kitab Ilmu)

Abu Darda' radiyallahuanhu menyatakan, "Termasuk dari kefaqihan (kefahaman) seseorang Muslim ialah usahanya dalam memperbaiki mata pencariannya."

Abu Darda juga menyatakan, "Baiki mata pencarian termasuk dari baiknya agama, dan baiknya agama termasuk kebaikan akal." (Jaami' Bayaanil Ilmi wa Fadlihi I/1724, no. 1323-1324 via Hukum Meminta-minta dan Mengemis dalam Syariat Islam, Ust. Yazid bin Abdul Qadir Jawas)

11/01/2014

Subsidi & Kehormatan Diri

Sabda baginda Rasul Sallallahu 'Alalihi Wa Sallam yang maksudnya, "Meminta-minta itu merupakan cakaran dan seseorang akan mencakar wajahnya dengan cakaran itu. Kecuali jika seseorang itu meminta kepada kerajaan, atau atas suatu hal yang amat mendesak." (Hadith Sahih riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa'ie dll)

Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz rahimahullah menjelaskan, "Hadith ini menunjukkan bahawa tidak mengapa jika meminta kepada kerajaan, kerana kerajaan mengurus baitul mal kaum Muslimin. Akan tetapi menjaga diri dari meminta-minta lebih afdal: barang siapa menjaga diri maka Allah akan menjaganya. Dan barangsiapa berasa cukup, maka Allah akan mencukupkannya." (Az-Zakah fil Islaam)

Tidak Boleh Selalu Meminta Kepada Kerajaan

Hal ini berdasarkan hadith Hakim bin Hizam radiyallahuanhu ia berkata, "Aku meminta kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, lantas baginda memberiku. Kemudian aku minta lagi, dan Rasulullah memberiku. Kemudian Rasulullah bersabda,

"Wahai Hakim! Sesungguhnha harta itu indah dan manis. Barangsiapa mengambilnya dengan berlapang dada, maka ia akan diberi berkah padanya. Barangsiapa mengambilnya dengan rakus (mengharap-harap), maka Allah tidak akan memberi berkah kepadanya. Dan perumpamaan (orang yang meminta-minta dengan mengharap) bagaikan orang yang makan namun tidak pernah kenyang (kerana tidak ada berkah padanya). Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah."

Kemudian Hakim berkata, "Wahai Rasulullah! Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak menerima dan mengambil sesuatu pun sesudahmu hingga aku meninggal dunia."

Ketika Abu Bakar menjadi khalifah, dia memanggil Hazim untuk diberikan suatu bahagian yang berhak dia terima. Namun Hakim tidak mahu menerima kerana telah berjanji kepada Rasulullah. Ketika zaman Umar menjadi khalifah, dia memanggil Hakim untuk menerima sesuatu, namun Hakim menolak. Kemudian Umar berkata di hadapan para sahabat, "Wahai kaum Muslimin! Aku saksikan kepada kalian tentang Hakim bin Hizam, aku menawarkan kepadanya haknya yang telah Allah berikan kepadanya melalui harta rampasan ini (al-fai), namun ia tidak mahu menerimanya."

Dan Hakim tidak mahu menerima suatu apapun dari seseorang setelah Nabi sampai ia pun meninggal." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dll)

Faedah-Faedah Hadith

1. Hadith ini menunjukkan tentang bolehnya meminta kepada kerajaan. Akan tetapi tidak boleh selalu meminta, seperti kejadian dalam hadith, Nabi menasihati Hakim bin Hizam.

2. Hadith ini juga menerangkan tentang ta'affuf (menjaga diri dari meminta kepada manusia) itu lebih baik. Sebab, Hakim bin Hizam radiyallahuanhu pada waktu itu tidak mahu meminta dan tidak mahu menerima pemberian sesiapapun.

Petikan dan sedikit olahan bahasa dari Hukum Meminta-minta & Mengemis dalam Syari'at Islam. Yazid bin Abdul Qadir Jawas. Pustaka At-Taqwa (2009)

07/01/2014

Satu Dirham & Satu Fulus: Keutamaan Mencari Rezeki

Dari Wahb bin Kaisan, dia berkata: Ada seseorang yang bersedekah kepada kaum miskin, maka Abu Hammam berkata, "Satu dirham yang aku perolehi dengan bekerja bersungguh-sungguh sehingga membuatkan keningku mengeluarkan keringat lebih aku s**ai daripada sedekah mereka 100 ribu tambah seratus ribu tambah seratus ribu."

Abu Ja'far Al-Hadzdza, dari Syuaib bin Harb bahawa dia berkata, "Jangan kamu meremehkan sekecil apapun wang di mana kamu memperolehinya dalam rangka ketaatan kepada Allah. Bukan wang itu yang menjadi tujuan akan tetapi ketaatan kepada Allah. Boleh jadi wang itu digunakan buat membeli sayur dan belum pun lagi ia sempat dihadam di dalam perutmu, sedangkan dosamu telah diampuni."

Catatan:

1. Satu dirham dianggarkan bersamaan RM15.00.
2. 100 ribu dirham dianggarkan bersamaan RM1.5 juta.

Diolah dari: Kitab al-Wara oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Ta'liq & Tahkik oleh Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Hamud. Terjemahan Ansari Taslim. Pustaka Azzam 2013.

06/01/2014

Kisah 2 Peniaga Roti John: A Tale of Two John Bread

Tajuk sudah menarik persis A Tale of Two Sisters. Kisahnya...

En. Azman seorang exec di sebuah cawangam perbankan Islam di Miri menceritakan kepada kami bahawa:

Beliau kenal dengan dua orang peniaga pasar malam yang menjual Roti John. Atas nasihat dan konsultasi exec bank ini maka mereka setuju agar bisnes mereka diaudit (secara tidak bertauliah) untuk merencanakan pengembangan dan masa depan kedua entiti bisnes ini.

Setelah diaudit maka tergamam dan terkejutlah exec bank ini dan yang lebih tergumam dan terkasima ialah peniaga Roti John ini sendiri. Masakan tidak hanya dengan modus operandi pasar malam 3 malam dalam satu minggu jualan kedua peniaga ini dalam setahun masing-masing ialah sebanyak RM300,000!

Kami pun mengeluarkan kalkulator melalui henfon kami untuk mencongak berapakah jualan mereka setiap bulan dan setiap hari. Purata jualan setiap bulan ialah RM25,000.

Secara kasar margin untung peniaga Roti John ialah 40%. Dan margin sebegini adalah suatu yang lazim dan normal dalam industri makanan dan food & beverage. Maknanya untung kasar peniaga Roti John ini ialah RM10,000 sebulan.

Salah seorang dari peniaga ini mengupah seorang pembantu untuk menjaga gerainya. Manakala seorang lagi dibantu oleh isterinya sahaja. Maknanya RM10,000 itu solid untuk mereka sahaja.

Namun yang membezakan peniaga pertama dan peniaga kedua ialah pengurusan kewangan dan hemat dalam perbelanjaan. Peniaga pertama tadi mengupah pekerja dan dia sendiri hanya duduk 'melenggak' berborak goyang kaki. Manakala peniaga kedua kerja sendiri, merasa jerih-perih meniaga. Dan ternyata peniaga kedua lebih hemat dalam perbelanjaan.

Peniaga pertama tidak sedar ke mana akhinya hala dan arus wang hasil perniagaannya sehinggalah dia diberitahu oleh exec ini tadi. Manakala peniaga kedua sudah berjaya membeli rumah bernilai setengah juta di sini (Miri) dan memiliki kereta yang sudahpun langsai habis dibayar.

Cerita-cerita bisnes kecil yang mengaut hasil yang besar sebegini bukanlah kali pertama kami dengar. Beberapa tahun sebelum ini sahabat kami Ust Abu Widad Hidayat bercerita bahawa abang beliau Ust Abu Suffyan menceritakan bahawa di Dungun ada peniaga nasi ayam pasar malam yang peroleh jualan nasi ayam sebanyak RM20,000 setiap bulan.

Namun mereka tidak sedar bahawa mereka peroleh wang yang sangat banyak sehingga mereka disedarkan akan hakikat itu.

Pasar malam adalah lubuk emas peniaga-peniaga Melayu. Dan percayalah demi sebuah tapak pasar malam, ada yang sanggup bergolok, berkeris dan berlembing untuk mendapatkannya.

Di Miri sahaja sudah ada 1000 permohonan 'queu' untuk masuk pasar malam. Namun dek kerana tapak yang terhad, 1000 permohonan ini masing 'pending'.

Dan kerana 'golok', 'lembing', 'sumpit', dll inilah akhirnya kami mengalah dan meninggalkan tapak pasar malam di Taman Bukit Margosa, Taman Senawang Jaya, Seremban 2, dan beberapa tapak pasar malam yang lainnya.

Namun rahsia Biskut Meri dari Lenggeng masih tersimpan rapi dalam kocek dan poket kami. Kami tidak sabar menunggu hari Khamis untuk membeli Roti John!



Oleh Mohd Riduan bin Khairi
PPY Borneo 'Membangun Citra Insan'
Http://notausahawan.wordpress.com
6 Januari 2014, Miri Sarawak.

05/01/2014

Gaji 5000 Dirham, Namun Tetap Cari Makan Sendiri

Sayyar, dari Al-Hassan, dia berkata, "Gaji Salman Al-Farisi adalah 5000 (dirham). Beliau bekerja sebagai Amir (Pegawai Daerah) yang memimpin sekitar 30,000 kaum Muslimin. Kebiasaannya berkhutbah di hadapan orang ramai dengan memakai jubah yang sebahagiannya terjulur (untuk dijadikan hamparan tempat duduk). Dan beliau tidak mengambil gajinya, sebaliknya makan dengan hasil tangannya sendiri."

Diolah dari: Kitab al-Wara oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Ta'liq & Tahkik oleh Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Hamud. Terjemahan Ansari Taslim. Pustaka Azzam 2013.

Catatan: 5000 dirham dianggarkan bersamaan RM 150,000.00

05/01/2014

Kejujuran & 100,000 Dirham

Dari Abu Bakar bin Iyasy, dari Hushain, dari Sya’bi, katanya: “Datang dua orang laki-laki menemui Qadi Syuraih. Salah seorang dari keduanya berkata:

“Aku membeli sebuah bangunan dan aku dapati 100 ribu dirham di dalamnya.”

Si penjual meminta si pembeli untuk mengambilnya, tetapi si pembeli menolak.

“Kenapa aku harus mengambilnya yang aku beli hanyalah bangunannya. Sepatutnya engkaulah yang perlu mengambilnya!” Tolak si pembeli.

“Kenapa harus aku yang mengambil, aku telah menjual bangunan itu beserta apa yang ada di dalamnya.” Tegas si penjual.

Terjadilah saling tolak di antara keduanya. Maka Qadi Syuraih pun menemui Gabenor Ziyad dan memberitahu perselisihan kedua orang tersebut.

“Aku tidak menyangka bahwa orang-orang seperti ini masih ada.” Ujarnya.

Syuraih berkata: “Masukkan ke Baitul Mal dan jadikan pada setiap kantong kadar satu genggaman untuk dibahagikan kepada kaum muslimin. Kemudian berkata kepada Sya’bi: “Bagaimana reaksi Amir (gabenor) dengan kejadian ini?”

“Ia takjub dengan apa yang berlaku.” Jawab Abu Bakar bin Iyasy.

Sumber: Kitab al-Wara oleh Ibnu Abi Dunya. Ta'liq & Tahkik oleh Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Hamud. Terjemahan Ansari Taslim. Pustaka Azzam 2013.

Catatan: 100,000 dirham dianggarkan bersamaan RM 1.5 juta.

Address

Taman Danau Desa
Kuala Lumpur
58100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nota Usahawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share